Tuesday, March 9, 2010

Tawaf Sambil Bawa Kasut

Soalan:

Semasa mengerjakan Haji, saya tawaf dengan membawa kasut di dalam beg plastik kerana takut hilang kasut. Apakah sah tawaf dan haji saya?

Jawapan:

Saudara/saudari sudah pun selesai mengerjakan haji. Justeru tidak perlu dilayani was-was yang berpunca daripada syaitan yang mahu merosakkan ibadah hamba Allah.

Lagipun, perbuatan membawa kasut atau selipar ketika tawaf tidak merosakkan tawaf. Kecuali jika diyakini ada najis padanya.

Adapun, jika syak samada terdapat najis atau tidak, dan berlaku syak selepas selesai ibadah, maka tidak perlu dilayani syak tersebut, kerana ia menjurus kepada penyakit was-was.

Wallahu A’lam


Credit to: Al-Ahkam.Net

No comments:

Post a Comment