Jawapan yang paling tepat adalah: Seluruh Al-Quran.
Namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan Nabi s.a.w. ini:-
"Bacalah Al-Quran kerana di hari kiamat kelak, ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya. Bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari kiamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya. Bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir."
- (Riwayat Muslim)
Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya dengan seperti teduhan sayap burung atau awan.
Dalam hadis sahih yang lain, disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.
Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Tuesday, March 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment