Friday, November 26, 2010

Hukum Menulis Ayat AlQuran Dalam Hiasan

Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya


Keputusan :

i. Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;

ii. Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;

iii. Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampur-adukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;

iv. Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan

v. Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.


Keputusan Muzakarah JK Fatwa
13-15 Jun 2005 • Muzakarah Kali Ke-69

No comments:

Post a Comment