Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Mahukah aku tunjukkan satu pemadam yang dengannya dapat kamu hapuskan dosa serta mengangkat darjat?". Jawab para sahabat: "Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Kata baginda: "Sempurnakanlah wuduk sewaktu kepayahan (seperti sejuk, sakit dan sebagainya), banyak berjalan ke masjid dan menanti waktu masuk sembahyang; perkara inilah yang dinamakan Ribat.”
- (Muslim)
Huraian:
1. Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T itu sungguh luas. Ini terbukti dengan terdapatnya berbagai bentuk perbuatan yang dikategorikan sebagai amal ibadah serta mendapat ganjaran bonus daripada Allah SWT.
2. Selaku manusia yang beriman, peluang-peluang ini hendaklah direbut dengan penuh keimanan; apalagi jika perkara-perkara itu kelihatan terlalu remeh (biasa) dan mudah.
3. Dalam setiap perbuatan, niat adalah perkara yang paling penting kerana dengan inilah Allah SWT mengukur sejauh manakah keikhlasan hati hamba-Nya.
Sunday, November 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment