Tuesday, November 30, 2010

MEMAKAI MINYAK RAMBUT

Jika seseorang memakai minyak rambut dan berwuduk tanpa membasuhnya, adakah wuduknya sah? Adakah perlu membasuhnya terlebih dahulu?

Jawapan:

Sebahagian ulama berpendapat sekiranya minyak rambut sedikit, ia tidak menghalang air sampai ke rambut. Justeru, jika kamu menggunakan minyak rambut yang melekit seperti gel dan boleh dibuang, kamu perlu membasuhnya sebelum berwuduk sebagai langkah berhati-hati sahaja. Jika memakai sesuatu yang tidak dapat dihilangkan walaupun menggunakan sabun seperti inai, wuduk tetap sah.

Menurut pemahaman saya, pendapat paling rajih (tepat) ialah memadai seseorang menyapu kepala menggunakan kedua-dua belah tangannya sekali lalu sahaja kerana kebiasaannya minyak rambut akan hilang apabila mengenai air. Sedangkan, Nabi s.a.w gemar meminyakkan rambutnya dan tidak pula dinukilkan baginda membasuh kepalanya terlebih dahulu.

Menurut sunnah yang sahih hanyalah menyapu kepala bukannya membasuh. Atas dasar itu, mengapa harus ditimbulkan masalah air sampai ke kulit kepala atau tidak. Malah, tidak wajib mengenakan air ke setiap helaian rambut sebagaimana hadis sahih diriwayatkan daripada Ummu Salamah.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

No comments:

Post a Comment