Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu, adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah-laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.
Buat baik kepada sesama manusia - boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa.
Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
Jika kerja jadi ibadah, ianya jalan untuk membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ianya jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Author unknown
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment