Friday, July 31, 2009

Hukum Sertai Pertandingan Memancing

Soalan: Saya gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?

Jawapan:

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang di ambil dari sumber yang mana? Adakah ia di ambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu di beri hasil dari wang kutipan penyertaan, maka hukumnya haram. Sumber haram ini tidak boleh di manfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan; yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.

Contohnya, setiap peserta di kenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu, di berikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan menang). Maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya) .

Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun, tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.

2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.

3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.

4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.

5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram.


(Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

Larangan Bercakap Semasa Mengerjakan Solat

Daripada Muawiyah bin al-Hakim Assalmi r.a. katanya, “Pada suatu masa, aku sembahyang bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba seorang dari jamaah bersin, aku pun mengucapkan “Yarhamukallah!” Semua ahli jamaah menjeling kepadaku, lalu aku berkata "Aduhai kesalnya aku! (didalam hati), Satu bencana akan menimpaku, kenapa kamu memandangku?” Semua ahli jamaah memukul peha dengan tangan mereka. Setelah itu barulah aku mengerti bahawa mereka menghendaki aku diam, aku pun diam”.

Apabila Rasulullah SAW selesai mengerjakan sembahyang, baginda tidak berkata apa-apa kepadaku. Demi bapa dan ibuku, tidak pernah aku berjumpa orang yang paling baik cara mengajarnya selain daripada Rasulullah. Demi Allah, baginda tidak memarahi, memukul dan mencelaku. Baginda hanya bersabda, “Sesungguhnya semasa mengerjakan sembahyang tidak dibenarkan sedikit pun bercakap kerana sembahyang itu merupakan tasbih, takbir serta bacaan ayat-ayat al-Quran.”

-Riwayat Muslim


Huraian:-

1. Sembahyang adalah doa dan ia juga merupakan tasbih, takbir dan bacaan al-Quran. Ia tidak boleh ditambah dengan perkataan-perkataan (percakapan-percakapan) yang lain.

2. Seseorang yang bersin di dalam sembahyang, maka ahli jamaah tidak dituntut menjawab bersin tersebut.

3. Rasulullah adalah orang yang paling baik dakwahnya dan menjadi contoh kepada umat manusia.

4. Berdakwah hendaklah disampaikan dengan cara yang penuh berhikmah dan contoh yang baik.

A Little Success

If you can't bring yourself to be positive about the big things, then be positive about the little things. That's easy enough to do, and it can make a surprisingly significant difference.

The little annoyances, distractions, challenges and difficulties in your world may seem minor when viewed separately. However, they can all add up to create a major negative drag on your life.

You can easily choose to rid yourself of those little negative influences, one by one. Before long, the positive effect will be dramatic.

If you spend the next few minutes doing nothing except worrying about your problems, you'll just end up even more anxious and worried. If, instead, you spend that same five minutes to overcome a relatively minor problem, you'll end up feeling a little more empowered and in control of your own destiny.

A little bit of success will motivate and inspire you, like nothing else can, to create a little more success, again and again. Soon, you'll discover that those little successes are adding up to a life of big and meaningful achievement.

-Ralph Marston

Nilai Sebenar Mengecap Kebahagiaan

KEBAHAGIAAN adalah impian semua insan. Setiap individu, pasangan suami-isteri dan keluarga, tanpa mengira umur impikan kebahagiaan dan ketenangan. Namun begitu, tidak semestinya wang ringgit, pangkat besar, isteri cantik atau suami kacak, atau harta boleh membahagiakan seseorang.

Sesungguhnya, sebahagian tanda hidup bahagia insan Allah ada dalam keadaan berikut:-

•Menjauhkan diri daripada sesuatu yang haram atau bersubahat dengannya.

•Bersahabat dengan orang baik dan soleh.

•Belas kasihan dan memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain.

•Merendah diri dan tidak takbur dengan harta dan kedudukan.

•Bersifat dermawan dan mulia.

•Sedikit bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu.

•Sentiasa kuat kemahuan untuk beribadat seperti mendirikan solat dan membaca Al-Quran.

•Senang mengingati urusan akhirat dan selalu mengingatkan mati.


Sebahagian tanda bagi orang yang hidup dan hatinya sengsara adalah seperti berikut:-

•Kemahuannya kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.

•Rakus denga harta benda dan menyombong diri.

•Suka bercakap kotor dan memburuk-burukkan orang lain.

•Berperangai buruk dan suka berkawan dengan orang yang derhaka kepada Allah.

•Memandang ringan solat lima waktu.

•Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman.

•Keberatan memberi pertolongan kepada orang lain.

•Melupakan dosa yang lalu.

•Membandingkan dengan orang diatasnya berhubung urusan dunia.

•Membandingkan orang dibawahnya berhubung urusan akhirat.

•Mengungkit kembali kebaikan yang lalu, sedangkan dia tidak tahu samada amalannya di terima atau tidak.

Lapar Dan Kenyang

Semoga kita semua tabah hadapi ujian kehidupan ini dan istiqamah dalam beribadat kepada Ilahi... .

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.

1.
LAPAR: menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi penglihatan hati.

KENYANG: menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

2.
LAPAR: merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.

KENYANG: zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

3.
LAPAR: menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.

KENYANG: tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

4.
LAPAR: tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.

KENYANG: menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

5.
LAPAR: mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

KENYANG: mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

6.
LAPAR: kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun

KENYANG: akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak. Otak kekurangan oksigen.

7.
LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.

KENYANG: syaitan makin mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

8.
LAPAR: terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang di makan.

KENYANG: mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, taun dan lain-lain.

9.
LAPAR: menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan

KENYANG: sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan, sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

10.
LAPAR: menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.

KENYANG: tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.


Lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena) . Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menahan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula. Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota itu berfungsi dengan baik. Insya Allah kita akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita. Berusaha, berjaya!

Membantu Orang Yang Sedang Nazak

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut(kerana menurut ustaz,sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Al-Qurannya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin, yang lain-lain boleh bersama-sama semak.

ii. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak, mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iii. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ilaa ha illallah".

iv. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ilaa ha illallah" lagi.

v. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara-mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.

Thursday, July 30, 2009

Fast Recovery

Even when you are thoroughly committed to staying positively focused, life can get in the way. Though you may have the best of intentions, there will be times when you veer off course as a result of your own actions.

When that happens, don't beat yourself up about it. Just recognize it, accept it, learn from it, and get moving again in a positive direction.

Winners and losers will both stumble. The difference is, winners have learned to quickly get back up.

If you make a mistake, or lose your temper, or allow yourself to become distracted, it's normal and natural, and not the end of the world. Though it is painful when you've disappointed yourself, you have the opportunity to make something positive out of that pain.

It is indeed a good thing to realize that what you have just done was not the best choice. When you know you've stumbled, decide to recover quickly. Soon you'll be moving ahead even faster than before.

-Ralph Marston

Biodata Imam Muslim

Nama penuh beliau ialah Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naisaburi. Digelar Abu al-Husain.

Lahir di Naisabur (salah sebuah tempat di Iran) pada tahun 206 Hijrah.

Mula menuntut ilmu khususnya dalam bidang hadith ketika umurnya belasan tahun.
Merantau jauh dalam perjalanan menuntut ilmu khususnya hadith.

Beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru. Di antara guru-gurunya yang terkenal ialah Ahmad Ibn Hanbal, al-Bukhari, Ishaq Ibn Rahuyah / Rahawaih, Abu Hatim al-Razi, Abu Zur’ah, al-Darimi dan lain-lain lagi.

Beliau juga mempunyai ramai pelajar-pelajar yang datang dari segenap tempat untuk menuntut ilmu daripadanya. Di antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah al-Tirmidzi dan Ibn Khuzaimah.

Beliau dipuji oleh ramai ulama termasuklah guru-gurunya sendiri seperti Ishaq Ibn Rahuyah yang menyatakan kekagumannya terhadap Imam Muslim sejak beliau masih menjadi penuntut lagi.

Salah seorang gurunya bernama Muhammad Ibn Basyar telah menyenaraikannya sebagai salah seorang daripada empat ’Hafiz’ dalam hadith. Mereka ialah – al-Bukhari, Abu Zur’ah, al-Darimi dan Muslim. Ketiga-tiga pakar hadith yang disebut bersamanya (al-Bukhari, Abu Zur’ah dan al-Darimi) juga sebenarnya adalah guru-guru Muslim. Ini jelas menunjukkan kehebatan beliau walaupun masih bergelar ‘penuntut’ ilmu hadith.

Setelah merantau ke pelbagai tempat dan menulis lebih kurang 300 000 hadith (termasuk kata-kata sahabat dan tabiin), beliau kembali ke tanah airnya dan memulakan penulisan buku Sahih Muslim pada tahun 235H dan selesai menulisnya pada tahun 250H.

Selain buku Sahih Muslim, beliau turut mengarang buku-buku lain dan antara yang masih kekal dicetak pada masa kini adalah seperti buku al-Tamyiiz yang mengumpulkan hadith-hadith yang dhaif dan cara ulama hadith salaf mengenal pasti kedhaifan pada hadith, al-Kuna wa al-Asma’, al-Munfaridat wa al-Wihdan dan lain-lain lagi.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai ladang yang menjadi sumber pendapatannya untuk menuntut ilmu.

Meninggal pada tahun 261H. Semoga Allah merahmati beliau.


Sumber rujukan:-

1-Syarh ’Ilal al-Tirmidzi – Ibn Rajab al-Hanbali.

2-Muqaddimah analisis buku al-Ilzamat wa al-Tatabbu’ – Syeikh Muqbil al-Wadi’e.

3-Manhaj al-Muhaddithin – Dr. Sa’d al-Humayyid.

4-Masodir al-Sunnah wa Manahijuha – Dr. Hatim al-Syarif.

5-Al-Ta’rif Bi al-Imam Muslim wa Kitabihi al-Sahih – Dr. Abd. Rahman al-Sudais
When you're willing and able to adapt to changing conditions, you're always in the right place at the right time

Lalat Dan Penyakit; Rasulullah Dan Saintis

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.”

-Riwayat al-Bukhari


Huraian:-

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Hendaklah Kita Menjadi Seorang Yang Pemaaf

Seringkali kita menghadapi kesukaran untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita. Adakalanya kita masih terbawa-bawa dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan kita dengan pihak tersebut. Ini secara tidak langsung menyalahi perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencintai sesama muslim. Sabda Nabi s.a.w.:-

"Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.-(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 13)

Oleh itu ada baiknya bagi kita untuk meneliti tuntutan syarak berkaitan dengan sikap saling maaf-memaafkan dan apakah sikap-sikap yang perlu kita praktikkan untuk menjadi seorang yang pemaaf.

APAKAH MAKNA MEMBERI KEMAAFAN

Memberi kemaafan bermaksud walaupun seseorang itu mampu untuk membalas kejahatan yang dilakukan terhadapnya atau menuntut sesuatu dari mereka yang melakukan kesalahan tersebut, namun dia tidak melakukannya. Malah dia memaafkannya secara ikhlas demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Orang yang paling gagah perkasa di antara kalian semua adalah mereka yang dapat mengawal nafsunya di waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua itu
adalah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal dia mampu untuk membalasnya.-(Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Dunya dan al-Baihaqi dengan sanad yang
dha’if)"

Sesungguhnya di dalam al-Qur’an terdapat sebuah kisah yang akan lebih memperjelaskan makna memberi kemaafan.

Nabi Yusuf a.s. merupakan anak kesayangan bagi Nabi Ya’kub a.s. sehinggakan Nabi Yusuf dicemburui oleh saudara-saudaranya yang lain. Lalu mereka mengkhianati Nabi Yusuf dan mencampakkan baginda ke dalam sebuah perigi. Namun baginda telah diselamatkan oleh sekumpulan musafir dari negara Mesir lalu dia bawa kembali ke sana. Untuk dipendekkan cerita, akhirnya Nabi Yusuf telah dilantik oleh pemerintah Mesir untuk menjadi pembesar negara yang bertanggungjawab menjaga perbendaharaan. Baginda kemudiannya ditakdirkan untuk bertemu semula saudara-saudaranya yang telah mengkhianati baginda sebelum ini. Dengan kekuasaan yang ada pada tangan baginda tentu sekali dengan mudah baginda mampu untuk membalas perbuatan khianat saudara-saudara kandungnya itu. Namun sikap pemaaf baginda telah menghindarinya dari bersikap sedemikian rupa dan kisah ini telah dirakamkan di dalam al-Qur’an melalui ayat-ayat di bawah:

"Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah?" Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku(Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat-Nya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak
menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami(disebabkan taqwa dan kesabaranmu) ; dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".

Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani". (Yusuf (12) : 90-92)

KEUTAMAAN MEMBERI KEMAAFAN

1) Sikap pemaaf merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa

Orang yang bertaqwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Allah SWT telah mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang yang bertaqwa). Firman-Nya:

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan(mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit
dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." -Aali Imraan (3) : 133-134)

2) Allah Subhanahu wa Ta'ala mengampunkan mereka yang pemaaf serta menempatkan mereka di syurga.

Dari ayat di atas ini juga dapat kita membuat kesimpulan bahawa mereka yang pemaaf mudah mendapat keampunan Allah SWT dan akan ditempatkan di syurga. Di ayat yang lain Allah SWT berfirman:

"… dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. -(al-Nuur (24) : 22)

3) Sikap pemaaf merupakan akhlak yang mulia yang dituntut oleh syarak

Sikap mudah memaafkan orang lain merupakan suatu akhlak yang mulia lagi terpuji dan ianya tergolong dalam amalan yang amat digalakkan perlaksanaannya oleh Allah SWT. Firman-Nya:

"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang
dikehendaki diambil berat(melakukannya). -(Al-Syuura (42) : 43)

4) Allah SWT mengasihi mereka yang pemaaf

Allah SWT mengasihi mereka yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Firman-Nya:

"… dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.-(Aali Imraan (3) : 134)

Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi oleh Allah SWT akan mudah mendapat rahmat serta keampunan-Nya.

Demikianlah beberapa keutamaan yang sempat penulis ketengahkan untuk menunjukkan betapa agungnya sikap mudah memaafkan serta melupakan kesalahan orang lain terhadap kita.

NABI S.A.W. MERUPAKAN SEORANG YANG PEMAAF

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. merupakan sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat
manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).-(Al-Ahzaab (33) :21)

Di antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah s.a.w. adalah sikap pemaaf baginda. Hal ini dapat kita perhatikan di dalam banyak peristiwa yang terjadi pada diri baginda melalui banyak riwayat-riwayat yang sabit. Namun
begitu memadai bagi penulis untuk menurunkan beberapa sahaja hadis-hadis yang berkaitan. Aishah r.a. berkata:

"Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mempergunakan tangannya untuk memukul isteri atau
pelayan, kecuali ketika dalam perang fisabilillah dan belum pernah Rasulullah diganggu lalu membalas kecuali jika terlanggar suatu hukum Allah, maka dia membalas
kerana Allah 'Azza wa Jalla. -(Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 2328)

Hadis di atas ini menjadi dalil bahawa sifat suka memberi kemaafan ini harus sesuai dengan keadaan. Sekiranya hukum Allah SWT ditolak malah dihina, maruah umat Islam dicalar, maksiat berleluasa dan lain-lain perbuatan berat yang menyalahi syarak, maka sewajarnya untuk kita memberi balasan ataupun tindakan yang sewajarnya. Sebagai
contohnya sekiranya ahli keluarga kita melakukan maksiat, maka tidaklah semestinya untuk kita secara semberono memaafkannya tanpa memberi hukuman yang setimpal. Sekiranya setelah ditegur ataupun diberi hukuman setimpal dan dia menyedari akan kesilapannya serta bertaubat untuk menjauhi perbuatan maksiat tersebut maka hendaklah kita memaafkannya serta menyokong usahanya untuk berubah ke arah kebaikan.

Anas r.a. berkata:
"Ketika saya berjalan bersama Nabi s.a.w. sedang Nabi memakai selendang Najran yang
tebal, tiba-tiba bertemu seorang Badwi lalu menarik selendang itu dengan keras sehingga meninggalkan bekas pada leher Nabi s.a.w. sambil berkata: “Hai Muhammad! Berikan kepadaku dari harta Allah yang ada padamu.” Maka Rasulullah menoleh kepada orang Badwi tersebut sambil tersenyum, kemudian Nabi menyuruh pesuruhnya untuk memberikan pada Badwi itu permintaanya. -Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam
Shahih al-Bukhari, hadis no: 3149)

Ibnu Mas’ud r.a. berkata:
Seolah-olah saya masih melihat pada Rasulullah s.a.w. ketika kejadian seorang Nabi
yang dianiayai kaumnya hingga berlumuran darah, sambil mengusap darah dari mukanya lalu bersabda: “Ya Allah, ampunkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.” -(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 3477)

Semoga riwayat-riwayat di atas akan dijadikan pedoman bagi kita untuk mudah memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA UNTUK MENJADI SEORANG YANG PEMAAF

Sesungguhnya terdapat beberapa kualiti diri yang perlu ada di dalam diri masing-masing sebelum dapat menjadi seorang yang pemaaf. Tanpa ciri-ciri tersebut tentu sekali amat sukar bagi sesiapa jua untuk memaafkan mahupun melupakan kesalahan orang terhadap dirinya.

Ciri-ciri tersebut adalah:

1) Bersabar

Boleh dikatakan sikap sabar ini adalah pokok bagi bercambahnya segala akhlak-akhlak yang mulia. Sikap pemaaf tidak akan terlaksana tanpat sifat sabar. Sekiranya seseorang membuat kesalahan terhadap kita lantas kita hilang sabar, maka ianya akan menimbulkan perasaan marah. Dan sekiranya perasaan marah ini pula tidak dibendung, ianya akan menimbulkan pula perasaan dendam terhadap pelaku kesalahan tersebut. Sebaliknya sekiranya kita mampu untuk bersabar terhadap kesalahan orang lain terhadap kita, maka kita akan lebih mudah untuk memaafkannya serta melupakan segala kesalahan yang telah dilakukannya. Oleh itu, tidaklah menjadi satu hal yang aneh sekiranya Allah SWT memberi ganjaran yang amat besar bagi mereka yang penyabar.

Firman-Nya:
"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu.(Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". -(al-Zumar (39) : 10)

Antara sikap yang perlu diambil sekiranya seseorang sedang berkata buruk terhadap kita, adalah dengan mengucapkan: “Sekiranya apa yang dikatakan itu benar semoga Allah mengampuni diriku, dan sekiranya ucapannya berisi kedustaan maka semoga Allah mengampuni dirinya.”

Marilah kita cuba untuk mempraktikkannya kerana ternyata sikap ini dapat mengelakkan terjadi perbalahan yang berpanjangan malah orang yang mempunyai niat buruk terhadap kita juga berkemungkinan tinggi akan insaf terhadap kesilapan dalam dirinya kerana melihat sikap sabar yang ada dalam diri kita.

2) Mengawal perasaan Marah

Perasaan marah merupakan satu senjata tipu daya syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Oleh itu Rasulullah s.a.w. menyarankan bagi mereka yang sedang marah untuk membaca ta’awudz sebagamana yang diriwayatkan oleh Sulaiman bin Shurad r.a.:

"Ketika saya duduk bersama Nabi s.a.w., mendadak ada dua orang yang saling memaki,
sedang salah satu daripadanya telah merah wajahnya serta tegang pula urat lehernya. Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Saya mengetahui suatu kalimat yang kalau dibaca pasti hilang apa yang dirasakannya iaitu "Aku memohon perlindungan daripada Allah dari (hasutan) syaitan.” Maka para sahabat memberitahukan pada orang yang sedang marah itu: “Nabi s.a.w. menyuruh engkau membaca "Aku memohon perlindungan daripada Allah dari (hasutan) syaitan.” -(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 3282)

Syaitan sememangnya sentiasa ingin melihat kehidupan manusia porak-peranda dan berduka-cita. Lalu dibisikkan ditelinga-telinga manusia, api kemarahan dan menghindari sikap saling bermaafan untuk mengeruhkan lagi suasana. Ini sememangnya tugas syaitan, musuh yang nyata bagi golongan yang beriman. Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. -(al-Mujadalah (58) : 10)

Maka itu, penting bagi kita untuk mengawal perasaan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini ternyata amat dititik-beratkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana apabila seorang sahabat meminta sebuah nasihat daripada baginda s.a.w., ternyata baginda bersada:

"Jangan Marah."

Kemudian orang tersebut mengulangi permintaanya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab:

"Jangan Marah." (Sila rujuk peristiwa ini di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6116)

Ternyata mengawal perasaan marah itu adalah penting disisi Nabi s.a.w. sehingga
berulang-ulang kali baginda mengingatkannya kepada sahabat tersebut. Baginda juga beranggapan bahawa bagi seseorang yang mampu mengawal perasaan marah, maka dia
merupakan seorang yang gagah perkasa. Sabdanya:

"Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergulat (bergusti), tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah. -(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6114)

Allah SWT juga akan memberi ganjaran yang besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya) , maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di
hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya. -(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 2417)

Sebaiknya untuk kita meredakan perasaan marah kita terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa kita untuk melihat sudut positif yang terdapat di dalam orang yang sedang kita marahi tersebut. Mungkin terdapat banyak perkara-perkara baik yang pernah dia lakukan terhadap kita yang sekiranya kita renungkan secara mendalam akan memadamkan api kemarahan yang wujud di dalam jiwa kita. Sebagai contohnya apabila
kita marah melihat kesalahan yang dilakukan oleh isteri kita maka hendaklah kita fokuskan perbuatan-perbuatan yang baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan kita. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya, maka mungkin dia boleh meredhai akhlaknya yang lain". -(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, hadis no: 1469)

3) Menghilangkan perasaan dendam kesumat

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan dengan segera akan menyebabkan ia masuk ke dalam batin dan bergelora di dalam hati. Akhirnya ianya akan mewujudkan perasaan dendam di dalam jiwa. Maka hati akan merasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta perasaan ingin menjauhkan diri daripada orang tersebut. Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita ingin menghukum pihak yang telah melakukan kesalahan terhadap kita. Saidina Abu Bakar al-Shiddiq r.a. pernah
menghadapi masalah perhubungan dengan salah seorang ahli keluarga beliau yang bernama Misthah, lalu beliau mengambil keputusan untuk tidak memberi nafkah
kepadanya. Kemudian turunlah firman Allah Ta’ala:

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." -(al-Nuur (24) : 22)

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh orang lain dengan kejahatan yang lain. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ianya hanya akan mengeruhkan lagi suasana. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada di dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang
tersebut." -(Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim r.a.)

4) Lemah lembut

Di antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan sikap saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah-lembut dalam pergaulan seharian terutamanya dengan sesama muslim merupakan satu akhlak yang terpuji dan mencerminkan budi pekerti yang luhur dan kewarasan jiwa. Nabi s.a.w. pernah bersabda:

"Wahai ‘Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) kelemah-lembutan apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak Dia berikan atas (sebab) selainnya." -(Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslm, hadis no: 2593)

Dan Allah SWT juga telah menganugerahkan kepada Nabi-Nya sikap lemah lembut terhadap umat manusia yang lain dan sikap ini merupakan daya tarikan terhadap manusia disekelilingya terhadap dakwahnya. Melalui sikap lemah-lembut ini jugalah membuahkan munculnya sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain. Firman Allah SWT:

"Maka dengan sebab rahmat(yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. -(Aali Imraan (3) : 159)

KESIMPULAN

Maka dengan ini hendaklah kita menjadi seorang yang gemar memaafkan kesalahan orang lain kerana sifat ini merupakan cerminan bagi akhlak yang mulia serta ianya dituntut oleh syarak. Sikap saling memaafkan ini merupakan salah satu dari ciri-ciri yang perlu wujud di dalam masyarakat Islam demi untuk mengukuhkan perpaduan serta persaudaraan yang kian terhakis. Perpecahan yang melanda umat Islam telah melemahkan kita sehinggakan kita berantakan sesama sendiri sedangkan pihak musuh Islam sentiasa menantikan ruang-ruang kelemahan yang ada demi untuk meruntuhkan apa sahaja kekuatan yang masih wujud pada umat Islam. Ingatlah bahawa semua umat Islam itu bersaudara dan hindarkanlah dari berpecah-belah. Firman Allah SWT:

"Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu(sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. -(Aali Imraan (3) : 103)

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Wednesday, July 29, 2009

Calm Your Mind

You can choose your thoughts. And you can choose, for a while, to be free of those thoughts.

Serenity does not require any particular environment or conditions on the outside. Serenity is a state you can achieve on the inside, whatever else might be going on.

At any time, you can choose to calm your mind. Clear your thoughts away and for a while, feel the refreshing and renewing peace.

Discover how easy it can be to let go of the thoughts racing through your head, and let in a feeling of serenity. Choose to put yourself in a state where even the distractions cannot affect you.

See that the disappointments of the past are far, far away. Let your peaceful, accepting experience of the moment fill you with a solid, confident energy.

Step back for a little while and feel the calm reality of who you are, of the life you are living. Enjoy a serene moment, and your eyes will be opened to the positive possibilities that are all around you.

-Ralph Marston

Wasiat Dalam Masyarakat Islam

Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam hari ini kurang pengetahuan tentang wasiat. Wasiat sering disalah-ertikan di mana ramai yang beranggapan wasiat adalah kata-kata atau pesanan seseorang mengenai hartanya sebelum meninggal dunia.

Sebenarnya, wasiat adalah dokumen bertulis yang mengandungi ikrar ataupun hajat seseorang yang dibuat ketika hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk dilaksanakan selepas kematiannya.

Masyarakat Islam harus sedar bahawa penulisan wasiat bukanlah bermatlamat untuk menidakkan hukum faraid. Penulisan wasiat bertujuan memudahkan proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka dan sekaligus nasib waris-waris dapat dipelihara.

Berikut adalah antara masalah-masalah yang kerap timbul akibat ketiadaan wasiat:

a)Proses pengagihan harta pusaka berlarutan sehingga bertahun-tahun

b)Nasib waris-waris tidak terbela khususnya anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah

c)Suami / isteri tidak mendapat bahagian harta sepencarian

d)Hutang tertunggak

e)Proses perundangan yang menyulitkan waris-waris

f)Hubungan kekeluargaan di kalangan waris-waris terjejas

g)Manipulasi terhadap harta pusaka

h)Perniagaan tidak dapat diteruskan


Manakala berikut adalah senarai individu-individu yang perlu membuat wasiat:

a)Anak
b)Suami/Isteri
c)Individu yang tiada anak
d)Individu yang mempunyai anak di bawah 18 tahun
e)Individu yang mempunyai anak tiri/angkat
f)Individu yang hanya mempunyai anak perempuan
g)Ibu/Bapa tunggal
h)Pemilik saham syarikat

Ramai yang masih berandaian bahawa harta-harta seseorang akan secara automatik diagihkan kepada waris-waris setelah berlaku kematian. Tetapi malangnya, pelbagai proses yang kompleks perlu dilalui oleh waris-waris sebelum harta peninggalan dapat diagihkan.

Mengikut perangkaan Amanah Raya Berhad (ARB), harta pusaka kira-kira bernilai RM15 bilion ketika ini tidak dapat diagihkan dan terbeku disebabkan masalah perwarisan. Harta-harta tersebut sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh waris-waris yang sah dan layak sekiranya wujud wasiat.

Individu-individu yang perlu membuat wasiat tidak semestinya yang kaya-raya. Dengan hanya berhartakan contohnya RM5000.00, seseorang itu perlu juga membuat wasiat sama ada harta itu berupa harta alih seperti akaun simpanan atau harta tidak alih seperti tanah. Tiada sesiapa yang mahu waris-warisnya bersusah-payah turun naik mahkamah dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan harta peninggalan mahupun dalam usaha melunaskan hutang-hutang si mati.

Nafsu dan perasaan manusia terlalu rumit untuk diramalkan. Keadaan keluarga yang harmoni pada hayat kita, boleh bertukar menjadi haru-biru dan berpecah-belah disebabkan kelemahan pentadbiran ataupun perebutan harta peninggalan kita. Justeru itu, ingin ditekankan di sini bahawa, melalui penulisan wasiat, pelbagai komplikasi jangka panjang mahupun jangka pendek boleh dielakkan selain menjamin kesejahteraan institusi kekeluargaan.

Sabda Nabi S.A.W:
"Harta dunia adalah milik Allah S.W.T, kita hanyalah sebagai pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut syariat Islam".

Kini, dokumen wasiat anda boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa perlu melantik peguam. Anda juga tidak perlu risau kerana wasiat anda akan disimpan oleh ARB dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian status semasa anda. Dan yang paling penting kos untuk menyediakan dokumen wasiat anda adalah sangat rendah. Individu-individu juga boleh membuat pembayaran secara ansuran semaksimum 10 bulan.

Terdapat beberapa pakej menarik yang boleh dipilih oleh individu-individu dalam penulisan wasiat. Secara umum, berikut adalah kandungan-kandungan yang terdapat dalam dokumen wasiat mengikut kehendak seseorang individu:

a)Informasi Mengenai Pewasiat seperti nama & alamat

b)Pengisytiharan sihat akal fikiran dan tubuh badan serta faham tentang kesan wasiat

c)Pelantikan wasi dan wasi pengganti

d)Tanggungjawab wasi dan pemegang amanah di dalam pelunasan hutang dan mengutip aset si pewasiat

e)Siapa tahu tentang kedudukan aset dan liabiliti

f)Pengisytiharan harta sepencarian

g)Pengekalan harta pusaka

h)Cara pembahagian harta pusaka

i)Kebolehasingan (severability)

j)Pelantikan penjaga sah anak-anak

k)Yuran pelajaran anak-anak di IPTS atau IPTA

l)Perwarisan perniagaan

m)Penjelasan belanja pengebumian

n)Penjelasan belanja pentadbiran pusaka

o)Peranan wasi untuk waris tanpa hadir

p)Peranan wasi di dalam pelupusan aset jika wujud pertelingkahan

q)Persepakatan waris-waris

r)Peringatan untuk semua

s)Waris bertakwa kepada Allah S.W.T

t)Permohonan ampun dan maaf dari ahli keluarga dan waris

Tahukah bahawa setelah kematian anda, harta-harta seperti akaun semasa, akaun simpanan di Tabung Haji, ASB, KWSP dan sebagainya akan terbeku dan kebiasaannya waris-waris terpaksa menunggu sehingga beberapa tahun sebelum harta-harta itu dapat diagihkan? Janganlah berlengah lagi dalam melindungi harta anda dan orang-orang yang anda sayangi walaupun anda masih muda. Jangan tinggalkan mereka dengan masalah kewangan ditambah pula dengan prospek sistem perundangan yang menyulitkan.

Sujud Sahwi

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat.

Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan

Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan

Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh*, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

c. Sujud Sahwi Kerana Ragu-Ragu

Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:

1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.


Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

1.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.

2.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka perlu pula melakukan salam sekali lagi.

3.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh* secara sengaja, maka batallah solatnya.

•Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.

•Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.

•Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

4.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.


**
Sunat Ab'adh ada 7 perkara:
1. Tahiyyat awal.
2. Selawat didalam Tahiyat awal
3. Duduk Tahiyat
4. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir.
5. Selawat di dalam qunut
6. Berdiri semasa qunut
7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyyat akhir.
Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi
The opportunity to make a difference is one of life's greatest blessings. Plunge into the most difficult challenges first. You'll stand out from the crowd as an effective problem solver.

Kunci Kerukunan Ummah

Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”

(Bukhari)

Andai Cinta Hendak Di Beri

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti.

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam?

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tidak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...

Tuesday, July 28, 2009

Willingness

Talent and ability have an influence on your level of accomplishment, yet there is another factor that plays a much greater role. That factor is willingness.

You can come up with all sorts of excuses and reasonable explanations for why you are, where you are. The truth is, you are precisely where you have been willing, up to this point, to bring yourself.

You can know just what to do, and have every ability and resource with which to do it. And yet you also must be willing, or it will never happen!.

Willingness comes from knowing why, on a deep and undeniable level. Willingness comes from making a solid, consistent and persistent connection to your most meaningful purposes.

Willingness comes from understanding that every action has consequences, as does every failure to act. Your most authentic and abiding desires are faithfully expressed by what you are willing to do.

Seek to remember, perhaps for the first time in a long time, who you are and why you are here. And find the willingness to bring your own unique purpose to life.

Wasiat Untuk Anak Perempuan

Wasiat Auf bin Muslim Asyaibani, yang telah di tujukan khas buat anak perempuanya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Al Haris bin Amr (pemerintah negeri Kandah)..

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya, nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami dan kau terlalu berharga bagi kami. Tetapi! wanita dicipta untuk lelaki, lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu, meninggalkan teratak tempat besarmu, melangkah menuju ke alam baru yang belum kau kenal yang belum kau biasa.

Bawalah wasiat dariku sepuluh sifat, sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia.

1. Kau milik suamimu. Anggap dirimu sebagai hamba, tentu suamimu jadi teman yang paling setia.

2. Relakan hatimu sekadar yang ada, semoga suci hatimu dengan taat setia dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu.

3. Jauhkan dirimu dari segala yang buruk, yang dihidu atau dipandang mata.

4. Awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa.

5. Sembunyikan suram wajahmu, gantikan ia dengan sinar.. secerah sang suria pagi dan badan yang semerbak harum bermandikan bauan, mata berpasak, kening bercelak. Itu menambah seri, itu membangkitkan kasih di hati dan bagi yang tiada (tidak mampu), air sudah cukup memadai.

6. Jaga masa makannya, juga waktu tidurnya. Kerana perut kosong hilang bicara, mata mengantuk hilang kesabaran di dada.

7. Kunci mulutmu, tabahkan hatimu. Badanmu terselamat, jiwa temanmu tidak terseksa.

8. Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka, pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira. Akibat aksi tidak senada, hilang simpatimu disebab pertama; keruh suasana disebab kedua.

9. Hulur tanganmu... andai kau menghulur sebelah tangan, nescaya dia menghulur kedua belah tangan. Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan.

10. Ketahuilah! Kasihmu tidak sampai kemana jika hatimu berdua tidak sejiwa. Kasih kau, kasihlah dia. Benci kau, bencilah dia. ALLAH saja yang menentukan nasibmu"

Berkat dari wasiat ini, anak perempuannya telah mencapai darjat yang mulia di sisi suaminya dan dikurniakan tujuh putera yang kemudiannya telah menjadi pemerintah agung di negeri Yaman..

p/s untuk mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk buku Abdul Wahhab Salleh yang bertajuk "Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh" ..terbitan Klang Book Centre, edisi 1987.

Wudhu 24 Jam

Wudhu adalah ubat.

Jikalau kita mendalami Al-Quran, pasti dapat ketemu dengan berbagai-bagai ubat di dalamnya.

Salah satu ubat adalah dengan berwudhu'. Rasulullah sendiri sentiasa dalam keadaan berwudhu, sehingga sebelum tidur baginda, air wudhu pasti akan mengalir dahulu.

"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta'ala." -(Riwayat Muslim)

Teknik wudhu 24 jam

Mudah sahaja. Selepas mandi, ambillah wudhu' walaupun bukan untuk tujuan solat. Selepas berhadas kecil tidak kira dimana sahaja, jangan keluar dari tandas kecuali selepas berwudhu'. Biasakan diri dan wajibkan diri untuk berwudhu' tidak kira di mana kita berada

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
'Mahukah saya tunjukkan padamu hal-hal yang mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjat mu?' 'Mahu, ya Rasulullah', ujar mereka. "Menyempurnakan wudhu, menghadapi segala kesusahan, dan sering melangkah mengunjungi masjid, serta menunggu solat demi solat". -( HR Malik,Muslim, Tarmizi dan Nasa'i. Hadith )


Doa selepas berwudhu'

Dari Umar ra. :- Telah bersabda Rasulullah saw : 'Tidak seorang pun diantaramu yang berwudhu lalu menyempurnakannya, kemudian membaca : Asyhadu alla ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh (aku mengakui bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku mengakui bahawa Muhammad itu hamba dan utusan-Nya), kecuali dibukakanlah baginya pintu syurga yang lapan buah itu, sehingga ia dapat masuk dari mana pun disukainya" -(HR Muslim)

Kesimpulan:-

Berwudhu merupakan salah satu jalan untuk mengubat hati parah dan luka, punah dan musnah , dengki dan amarah yang biasa melanda diri. Biasakan berwudhu, hati akan sentiasa tenang, tidak kira ketika solat, tidur, makan, belajar dan sebagainya.

"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu." -(Hadis riwayat al-Imam Ahmad)
Fully accept that it is up to you to get where you choose to go. And you'll find everything necessary to make it so. The things that happen to you are not nearly so important as the things that happen from you.

Kualiti Iman Seorang Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

-Baihaqi

Huraian Pengajaran Hadis :-

i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.

ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya. Sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.

iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

Haram Bagi Lelaki Memakai Gelang

Rasulullah larang pakai gelang tangan bagi kaum lelaki walaupun untuk tujuan perubatan.

Antara perkara yang dilupakan oleh orang Islam hari ini bagi memperkasa jati dirinya ialah dengan memperdalami ilmu-ilmu fardu ‘ain dan mengetahui perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan pegangan dan hubungan mereka kepada Allah SWT.

Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah dalam al-Quran, antaranya menerusi ayat 120 surah al-Baqarah maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kamu (sebagai orang Islam) hingga kamu mengikut agama mereka”.

Menerusi ayat 82 surah al-Maidah pula, Allah menegaskan maksudnya : “Kamu akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka”.

Justeru, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak memperdalami ilmu-ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan, cara hidup orang-orang Kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam juga terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan, sebagai contoh mereka mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini, sedangkan banyak cara atau kaedah lain yang boleh berbuat demikian, tapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar kaum muslim dilaknat oleh Allah, apabila dilaknat sudah tentu mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya daripada ‘Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, "Apakah bendanya ini? (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya)". Lelaki itu berkata : "Ia adalah gelang perubatan". Baginda Rasulullah menegaskan : "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) selama-lamanya". -Hadis Sohih yang ke 19885 riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.

Jenis - jenis gelang yang haram bagi lelaki:
1- Gelang Kayu Koka
2- Gelang Kristal
3- Gelang Tasbih
4- Gelang Getah plastik
5- Gelang Besi magnetik
6- Gelang Besi Tabung Haji (bila dah sampai Malaysia)
dan gelang-gelang lain yang bila dilihat orang, orang ramai kata ianya gelang, hatta budak kecil pun kata gelang.


Jenis-jenis gelang yang diharuskan :
1- Gelang pesakit semasa di hospital. Ia ditanda nama pesakit dan wad.
2- Gelang penjenayah/pesalah. Ianya dipakaikan oleh pihak polis bila tangkapan dibuat.
3- Gelang kaki bagi pesakit gila.


Author : Ustaz Zainudin Hashim

Monday, July 27, 2009

Expect The Best

Some people make a practice of expecting the worst, in an effort to avoid being disappointed. Yet when you expect the worst, you also focus on it and visualize it, thereby pushing yourself in a negative direction.

A more positive and effective strategy is to expect the best. Then, build upon that expectation with preparation and action.

Expect the best, and visualize, in great detail, your own participation in it. That puts you into a powerful frame of mind, orients (sesuai dengan keadaan keliling) you toward success, and brings your expectations to life.

Expect the best, and you enable yourself to recognize and make full use of the opportunities coming your way. Expect the best, while preparing to handle whatever may come along, and you'll be ahead of the game from the very beginning.

No, life will not always live up to your highest expectations. Yet when the disappointments do come, choose to expect the best eventual outcome, and you're much more likely to get it.

Base your expectations on the best that you can imagine for every situation. More often than not, you'll go precisely where you expect to go

Albaqiyyatussholihat

Ternyata bahawa pendidikan hati secara berzikir sepanjang masa adalah kaedah berkesan untuk menggilapkan hati supaya bebas dari gangguan syaitan. Allah telah memberi jaminan kepada orang yang bersih hatinya.

Surah Asy-Syams: 9-10:-
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Zikir-zikir yang paling baik diamalkan ialah lafaz:
1. Subhanallah
2. Alhamdulillah
3. Allahuakhbar
4. Lailahaillallah
5. Walahaulawalaquwatailla billahilaliyulazim

Dalam Islam, lima zikir ini dikenali sebagai Albaqiyyatussholihat dimana amalannya boleh memberi pahala yang berterusan di akhirat. Pembersihan hati amat penting kepada manusia untuk membentuk keinsafan dan kesedaran diri supaya berlaku jujur, membuat baik kepada dua ibubapa, memelihara kesucian diri, kasih sayang dan mendekati kepada aktiviti terpuji yang lain.
In a world that changes impossibly fast, it is more important than ever to have solid values that keep you grounded. The way to capture the value of this moment is to give all you have to living it.

Keutamaan Sedekah

Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda: "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang memohon dipelihara (agar dia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan siapa yang memohon dicukupkan (agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(Bukhari)

Bolehkan Berwudhuk Tanpa Menanggalkan Khuf (kasut kulit)?

Soalan:-

Bolehkan Berwudhuk Tanpa Menanggalkan Khuf (kasut kulit), al-Jaurab (Stokin), Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)?

Jawapan:-

Berkenaan Khuf (Kasut Yang Diperbuat Daripada Kulit)

1 – Memakai khuf dalam keadaan suci (berwudhuk)

“aku bermusafir bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan. Lalu aku ingin membuka menanggalkan khuf Baginda. Kemudian baginda bersabda: Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Kata Imam An-Nawawi rahimahullah:
“...bahawa tidak boleh menyapu khuf kecuali memakainya selepas menyempurnakan wuduk.” (Rujuk syarh sahih Muslim, jil. 3. 170)

2 – Khuf mestilah dalam keadaan suci (bersih dari najis)

Abu Said al-Khudri r.a. berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. mengimami solat para sahabatnya, maka baginda telah menanggalkan kedua-dua belah seliparnya lalu meletakkan kedua-duanya di sebelah kirinya. Apabila para sahabat melihat perbuatan itu, mereka juga menanggalkan selipar mereka.

Setelah selesai solat, baginda bertanya: Mengapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka: Kami telah melihat engkau menanggalkannya lalu kami pun menanggalkan selipar kami.

Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku memberitahu bahawa terdapat kotoran (najis). Oleh itu, apabila seseorang datang ke masjid, lihatlah selipar mereka. Jika dia melihat ada kotoran atau najis pada seliparnya, sapukanlah ke tanah dan solatlah menggunakan selipar itu.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ahmad, ad-Darimi, Ibn Khuzaimah, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zhahabi dan al-Baohaqi. Juga al-Albani di dalam al-Irwa, m/s. 284)

3 – Sapuan hanya boleh dibuat jika berhadas kecil. Jika hadas besar, wajiblah menanggalkannya dan mandi wajib

Sofwan bin ‘Assal r.a. berkata: “Apabila kami bermusafir, Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami agar tidak menanggalkan khuf selama tiga hari tiga malam dan tidak menanggalkannya jika buang air besar, air kecil, dan tidur kecuali kerana junub.” (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai’e, Ibn Khuzaimah, Abdul Razzaq, Ibn abi Syaibah, dan al-Baihaqi. Disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa, m.s. 104)
Kata al-Imam as-Syaukani r.h.: “Hadis ini merupakan dalil bahawa tidak perlu menanggalkan khuf dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan berhadas kecil selagi mana tidak berjunub.” (Nail al-Authar, jil. 1, m.s. 231)

4 – Waktu (sela masa) dibolehkan bagi menyapu khuf

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. menetapkan (tempoh menyapu khuf) tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam ketika bermukim.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sheikh Ibn Uthaimin r.h. menjelaskan hal ini sebagai katanya: “Berdasarkan kaedah ini, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa pendapat paling rajih (tepat) adalah permulaan tempoh (hari) sapuan dikira ketika mula menyapu khuf dan bukannya ketika (mula) berhadas.” (Rujuk Syarh al-Mumti’, jil. 1. m.s. 208)

Imam an-Nawawi juga menjelaskan sebagai katanya: “Hadis ini merupakan hujah yang terang dan dalil yang jelas bahawa syarat menyapu khuf telah ditetapkan waktunya, iaitu selama tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam ketika bermukim. Inilah pendapat yang dipegang oleh Abu Hanifah, as-Syafie, Ahmad, dan jumhur ulama terdiri daripada para sahabat serta generasi selepas mereka.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, m.s. 176 dan al-Muhalla, jil. 2, m.s. 87-89)

5 – Kaedah sapuan ke atas khuf

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa, m/s. 103)

Al-Sha’nani r.h. menjelaskan: “Bahawa hadis ini menunjukkan sapuan hanya di atas khuf dan tidak ada cara selain itu. Jangan sesekali menyapu di bawah khuf.” (Rujuk Subul al-Salam, jil. 1, m/s. 22)

Ibn Qayyim juga menjelaskan: “Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya. Tidak sahih riwayat mengenai sapuan di bawah khuf kecuali terdapat hadis yang munqati’ (terputus sanadnya). Sedangkan, hadis yang sahih menyatakan sebaliknya.” (Rujuk Zaad al-Ma’ad, jil. 1, m/s. 199)

Al-Auza’i r.a. berkata: “Nabi s.a.w. menyapu dengan kedua-dua belah tapak tangannya di atas kedua-dua belah khufnya sekali sapuan menarik ke atas hingga ke betis.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, m/s. 454)

Sapu dengan sekali sapuan sahaja:
Al-Fadhl bin Bisyrin berkata: “Aku telah melihat Jabir bin Abdullah berwudhuk lalu menyapu di atas kedua-dua belah khufnya sekali sapuan, iaitu daripada hujung khuf ke atas. Kemudian, dia telah menunaikan solat lima waktu. Katanya: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. melakukan begitu. Oleh itu, aku pun turut melakukan seperti apa yang aku lihat Rasulullah s.a.w. lakukan.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, m/s. 453)
Nafi’ berkata: “Aku telah melihat Ibn Umar r.a. menyapu atas kedua-dua belah khufnya, iaitu sekali sapuan menggunakan kedua-dua belah tangannya. (Rujuk Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 220 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 445)
Berkenaan Selain Khuf (Kasut, stokin, dan seumpamanya...)

6 - Bolehkah Menyapu Kepada Sarung Kaki (al-Jaurab) Menggantikan Khuf?

Al-Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua belah khuf dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi - sebagai hasan sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa dan Tamam al-Minnah)

Al-Syaukani r.h. berkata: “Hadis telah menunjukkan bahawa boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab.” (Rujuk Nail al-Authar, jil. 1, m/s. 228)

Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah – Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sunan Ibn Majah)

‘Amru bin Huraith r.a. berkata: “aku telah melihat Ali bin Abu Talib kencing. Kemudian, beliau berwuduk sambil menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis riwayat Ibn abi syaibah, jil. 1, m/s. 189 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)

Hammam bin al-Harith r.a. berkata: “Abu Mas’ud telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis Riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi syaibah, jil. 1, m/s. 188 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)
Menurut Qatadah r.a., bahawa Anas bin Malik r.a. telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi Syaibah, jil. 1, m/s. 190 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462-463)

Yahya al-Buka’ r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata: “Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di bahagian atas kedua-dua belah khuf.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn abi Syaibah, jil. 1, m/s. 189, Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 463 dan al-Baihaqi, jil. 1, m/s. 285)

Ibn Taimiyyah r.h. menjelaskan: “Boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab apabila ia digunakan semasa berjalan sama ada diperbuat daripada kulit atau tidak mengikut pendapat ulama adalah yang paling sahih (tepat).” (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, jil. 21, m/s. 214-215)

Ibn Qayyim r.h. berkata: “Mengenai keharusan menyapu di bahagian atas al-Jaurab adalah pendapat kebanyakan para ilmuan. Antara mereka yang kami maksudkan adalah terdiri daripada para sahabat, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Abdullah bin al-Mubarak, Sufyan al-Tsauri, ‘Atho’ bin abi Rabah, al-Hasan al-Basri, Said bin al-Musayyab, dan Abu Yusuf. Kami tidak mengetahui bahawa terdapat sebahagian sahabat mengingkari perbuatan nama-nama yang kami sebutkan.” (Rujuk Tahzib al-Sunan, jil. 1, m/s. 188-189, dan al-syarh al-Mumti’, jil. 1. m/s. 193)

Sheikh ‘Uthaimin r.h. menjelaskan: “Apa sahaja yang dipakai pada kaki sama ada dinamakan khuf, jaurab (stokin), muq, dan seumpamanya, hukum menyapu di bahagian atasnya adalah boleh. Ini kerana, ‘illah (sebab dan tujuan) semua itu adalah sama.” (Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, m/s. 193)

7 – Bolehkah Menyapu Di Atas Khuf dan al-Jaurab Yang koyak?

Sufyan at-Tsauri r.a. berkata:
“Sapulah di bahagian atas apa sahaja yang dipakai di kaki. Bukankah engkau dapati khuf golongan muhajirin dan ansar berkenaan koyak, uzur, dan lusuh.” (Hadis riwayat abdul Razzaq dan al-Baihaqi)

Sheikh Ibn ‘Uthaimin r.h. berkata: “Pendapat paling rajih (tepat) ialah boleh menyapu bahagian atas al-Jaurab yang koyak atau nipis sehingga menampakkan kulitnya.” (Rujuk Majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 167 dan Risalah al-Mashu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 84-86)

8 – Adakah Terbatal Wuduk Sekiranya Berhadas, Dan Kemudiannya Berwudhuk Semula Berserta Khufnya (dengan memakai khuf) Lalu Membuka Khuf (Selepas Wudhuk)?

Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa: “Tidak terbatal wuduk orang yang menyapu khuf dan serban disebabkan dia menanggalkannya (membuka kasut setelah berwuduk dengannya; juga bagi serban yang menggantikan sapuan ke atas kepada). Begitu juga tidak terbatal tempohnya disebabkan perbuatan itu. Dia juga tidak wajib menyapu kepala atau membasuh kedua-dua kakinya (selagi masih berada di dalam tempoh sapuan).” (Rujuk al-Ikhtiyarat, m/s. 15, Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 86-88 dan majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 179)

9 – Terbatalkah Wuduk Serta-Merta Disebabkan Tempoh Sapuan Telah Tamat?

Sheikh Ibn ‘Uthaimin r.h. berkata: “Wuduk tidak terbatal disebabkan tempoh sapuan telah tamat. Ini kerana, apa yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. hanyalah tempoh (yang membolehkan) sapuan yang berakhir bukannya tempoh wuduk berakhir. Baginda langsung tidak menetapkan tempoh suci berakhir (terbatal wuduk) sehingga kita sanggup mengatakan bahawa apabila tempoh sapuan telah tamat maka wuduk pun terbatal. Bahkan, apa yang ditetapkan ialah mengenai sapuan. Sepatutnya kita katakan: Apabila tempoh telah tamat, tidak boleh menyapu khuf.

Tetapi, jika kamu menyapu khuf dalam tempoh belum berakhir, engkau berada dalam keadaan suci (berwuduk). Kamu berada dalam keadaan wuduk yang sempurna berdasarkan dalil syarak. Setiap perkara yang dilakukan dengan sempurna berdasarkan dalil syarak, sudah tentu tidak membatalkan wuduk kecuali ada dalil syarak yang lain membuktikan ia terbatal. Sedangkan, tidak ada dalil mengenai perkara itu.” (juk Majmu’ Fatawa Ibn ‘Uthaimin dan Rasa-il al-Sheikh al-‘Uthaimin, jil. 11, m/s. 179 dan Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 92-93)


Kesimpulan:
Al-Albani berkata: “Setelah mengetahui perkara itu, seseorang tidak boleh lagi berbelah-bahagi untuk menerima rukhsah (keringanan) ini selepas sabit hadis mengenainya. Lebih-lebih lagi setelah para juga sahabat melakukannya.” (Rujuk Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 54)

i - Apabila seseorang itu berwudhu' dengan sempurna lalu kemudian terus memakai kasut dalam keadaan wuduk (memakai kasut dalam keadaan berwuduk – suci dari hadas), maka apabila dia hendak mengulangi wuduknya di kemudian masa, dia tidak perlu membasuh kaki dengan air (tidak perlu buka penutup kakinya) tetapi mencukupi dengan menyapu di bahagian atas kasut tersebut.

ii - Syarat kasut yang dipakai adalah sesuatu yang menutupi dari jari-jari kaki sehingga ke buku lali (ankle). Jikalau kasut tersebut tidak mencapai hingga ke buku lali maka memadai dengan memakai sarung kaki yang menutupi buku lalinya itu.

iii - Kebolehan menyapu di atas kasut terhad kepada satu hari penuh bagi orang yang berada di kampung halaman atau tiga hari penuh bagi orang yang berada dalam perjalanan.

Antara Faedah Dan Hikmah Keringanan Daripada Hal Ini:

i – Merupakan contoh keringanan (rukhsah) yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajar diikuti.

ii – Memberi keringanan dan kemudahan ketika dalam perjalanan di tempat-tempat yang menyukarkan kita untuk membuka kasut, seperti di dalam hutan, padang pasir yang panas, dan tempat bersalji yang sejuk.

Posted by : nawawi

Sunday, July 26, 2009

Yours To Fulfill

Right now, there is something you can do to make a positive difference in your world. Instead of just speculating about it or wishing for it, go ahead and do it.

Positive, effective action is what changes things. And you're fully capable of taking those actions that will bring your highest visions to life.

Avoiding, delaying and making excuses will just waste time and produce regrets. The time has come to take action.

Until you take decisive, committed action, your problems will continue to hound you and your dreams will continue to elude you. Get moving now, and your actions will surely begin to bring those dreams to life.

You are designed from the inside out for meaningful achievement. Go ahead and feel the delightful satisfaction of doing what you are meant to do.

Get busy, take action, and make it happen. Life's best possibilities are yours to fulfill.
-Ralph Marston

Ketetapan Ajal

Dari Abdullah r.a katanya: "Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi s.a.w berdoa: "Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda Nabi s.a.w : "Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tidak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang sudah dibahagi bahagikan yang tidak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tidak dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”

-(Muslim)

Perbezaan Ibadah Lelaki Dan Wanita

Para ulamak Fekah mengklasifikasikan beberapa perbezaan ibadah serta tanggungjawab syariat yang harus dilaksanakan oleh kaum lelaki dan wanita. Antaranya:-

* Kaum wanita tidak boleh membawa jenazah ke tanah perkuburan baik jenazah itu perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Kaum wanita tidak wajib keluar berjihad bersama lelaki.

* Mereka dikehendaki duduk di tempat yang paling belakang sekali dalam solat berjemaah.

* Kaum wanita tidak wajib solat berjemaah di masjid. Bagi wanita yang belum berkahwin, adalah makruh solat di masjid dan bagi yang telah berkahwin, mereka perlu meminta izin dari suami, tetapi lebih afdal jika dikerjakan di rumah.

* Wanita diharuskan menepuk belakang tapak tangan mereka jika berlaku kesilapan imam dalam solat tetapi lelaki disunatkan membaca tasbih.

* Wanita tidak boleh azan dan tidak boleh mengimamkan lelaki dalam solat.

* Wanita tidak boleh membaca dengan nyaring di dalam solat jika ada lelaki ajnabi dan menurut setengah pendapat memang tidak boleh jika ada lelaki ajnabi atau tidak.

* Kaum wanita hendaklah merapatkan anggota badan mereka ketika rukuk dan sujud tetapi lelaki disunatkan membukanya.

* Wanita tidak diwajibkan solat Jumaat, mereka juga tidak boleh mengangkat suara ketika takbir hari raya atau talbiah pada haji.

* Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muda dan dua tapak tangannya sedang lelaki auratnya antara pusat dan lulut.

* Wanita boleh memakai pakaian sutera dan perhiasan emas sedang lelaki diharamkan
memakainya.

* Wanita (isteri) tidak dikenakan kifarat sekiranya melakukan jimak di siang hari dalam bulan Ramadan tetapi lelaki (suami) wajib membayar kifarat.

* Wanita tidak boleh bermusafir jika tidak disertai oleh muhramnya seperti suami, bapa atau sebagainya.

* Air susu wanita boleh mengikatkan pertalian ibu susu sedangkan lelaki tidak.

* Dalam hak penjagaan anak wanita lebih didahulukan dari lelaki.

* Wanita akan mengalami haid, nifas dan istihadhah sedang lelaki tidak.

* Jenazah wanita dikafani dengan 5 lapis kain sedang jenazah lelaki dikafani dengan 3 lapis kain.

Orang-Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" -(QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang-orang yang berada di saf bahagian dadapan di dalam solat.Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan" (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)•

4. Orang-orang yang menyambung saf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf - saf" (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)•

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian "Aamiin", kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dosanya di masa lalu akan di ampuni" (Sahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)•

7. Orang-orang yang melakukan solat subuh dan 'asar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)•

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'Aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Sahih Muslim no. 2733)

9. Orang-orang yang berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' (Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur" (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang bila saja hingga petang dan di waktu malam bila saja hingga subuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya sahih"

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Saturday, July 25, 2009

Makruh Sembahyang

PERKARA YANG MENGURANGKAN PAHALA SEMBAHYANG

1.Meninggalkan yang sunat

2.Memaling muka ke kanan dan ke kiri

3.Memandang atau mengangkat muka ke atas

4.Rukuk dan sujud yang dilakukan dengan tidak sempurna

5.Menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud ketika hendak sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya sekali dalam keadaan terpaksa

6.Meludah ke kanan atau ke hadapan. Sebaliknya hendaklah meludah ke kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya (jika solat berseorangan dan tidak dilakukan di dalam masjid).

7.Solat dengan meletakkan kedua-dua tangannya pada pinggang

8.Memberi isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat menjawab salam atau untuk menegur imam

9.Mengira atau membilang sesuatu.

10.Mengangkat tangan ke atas atau membalik-balikkannya ketika mengucapkan salam.

11.Membuka mulut ketika menguap. Rasulullah s.a.w. bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar)". -Riwayat Tarmizi & Muslim.

12.Solat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil dan air besar atau menahan lapar.

13.Memandang kepada sesuatu yang melalaikan yang berada di hadapan seperti gambar, pakaian yang berwarna-warni dan sebagainya.

14.Menurunkan kain hingga mencecah ke lantai serta menutupi kedua-dua buku lali (bagi lelaki)

15. Solat dalam keadaan mengantuk.

16. Membunyikan ruas-ruas tangan (meletupkan anak-anak jari).
Replace worry with action and you'll go above and beyond anything you could have previously imagined. Your thoughts right now are setting the direction of your future.

Seperti Ayam Mematuk Padi

Anas r.a bercerita katanya: "Nabi SAW pernah memendekkan solat beliau, tetapi beliau melakukannya dengan sempurna.”

- (Bukhari)

Huraian:-

Ketika solat, selain melibatkan gerakan fizikal, ia juga melibatkan roh kita. Roh inilah yang sebenarnya diperlukan dalam solat kerana ketika itulah ia kembali menemui Tuhannya. Fizikal kita hanyalah sebagai pengantara, sedangkan rohlah yang menghayati bacaan tersebut.

Justeru orang yang memahami tujuan solat yang sebenar tentunya mahukan solatnya itu berjalan dengan tenang, santai dan ada toma’ninah. Bukan solat seperti ribut atau laksana ayam mematuk padi sehingga roh selalu tertinggal ke belakang. Dengan perkataan lain, mulut kita secara spontan membaca bacaan, namun fikiran kita melayang entah ke mana. Tiba-tiba solat kita telah pun siap dan kita pun memberikan salam.

Hakikatnya bersolat adalah masa untuk kita berdialog dengan Allah secara langsung. Kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengadu. Maka sewaktu solat, adukanlah semua persoalan kita kepada Allah. Roh kita akan dapat merasakannya Contohnya hati kita terasa sebak dan airmata akan menitis dengan sendirinya. Namun jika kita bersolat secara cepat dan terkocoh-kocoh, mungkin roh tidak sempat menikmati pertemuan ini dengan Allah SWT. Kita akan merasakan bahawa solat itu satu bebanan yang menyusahkan sekali gus menjadikan kita bersolat secara terpaksa!

Kesan Istighfar

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

- Riwayat Abu Daud


Huraian:-

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum (dipelihara daripada dosa besar dan kecil).

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai, seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Ibu Menghabiskan Makanan Anak

Soalan:-
Assalamualaikum w.r.t, saya ingin bertanya mengenai kesahihan amalan yang menyatakan
bahawa makanan lebihan dari anak kita sendiri tidak baik untuk kita habiskan kerana dibimbangi anak-anak tersebut apabila mereka besar nanti, ada kecenderungan untuk tidak menghormati ibu-bapa mereka. Ini kerana selama ini saya cuba mengelakkan makanan tersebut dari membazir dan saya akan cuba habiskan walaupun makanan tersebut daripada lebihan makanan anak saya sendiri. Harap ada jawapan daripada bijak pandai sekalian.

Jawapan:

Salam, sepanjang pencarian kami, kami tidak menjumpai adanya sandaran atau dalil Sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah , bahawa memakan lebihan makanan anak-anak akan menyebabkan anak tersebut tidak akan menghormati ibubapanya diwaktu dewasa kelak.

Apa yang jelas ianya mungkin berasal dari pegangan orang-orang terdahulu yang lebih bersandarkan kepada logik akal dan adat setempat.

Malahan, sesungguhnya ibubapa yang menghabiskan lebihan makanan anak-anaknya itu dianggap satu perbuatan yang baik dan terpuji lantaran tidak mahu termasuk dikalangan orang-orang yang membazir.

Apa yang terbaik ialah dengan mendidik dan mengajar anak-anak kita agar membiasakan diri untuk menghabiskan setiap makanan yang dimakan dan menjauhi sifat membazir yang merupakan amalan syaitan.

Masbuq

Masbuq ialah apabila makmum ketinggalan dalam solat berjemaah.

Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakaat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam, maka ia telah mendapat satu rakaat." -(H.R. Abu Daud).

Dari hadis di atas, maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk dianggap telah mendapatkan satu rakaat, biarpun tanpa sempat menyempurnakan rukun fatihahnya.

Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal, dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq").

Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir, tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir. Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua. Setelah solat berakhir dan imam memberi salam, maka makmum itu perlulah bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakaat yang tertinggal.

Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun selesai solatnya. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah sembahyang itu.

Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.
Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat, maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat.

Friday, July 24, 2009

The Trap Of Anger

Your anger hurts you much more than it affects anyone else. When your energy and awareness are tightly wrapped around anger, you're not much good for anything else.

There are many things beyond your control that can be perfectly legitimate reasons for anger. Yet the amount of time you maintain that anger is completely up to you.

The more quickly you move on, the better off you'll be. When you feel the first sensation of anger, let that be a reminder to let it go.

Anger can be useful in calling your attention to matters that require your response. But anger itself is not an effective response.

Take a slow, deep breath and remind yourself of how much more effective you can be by maintaining a positive, results-oriented approach. Decide, in a cool, calm and thoughtful manner, exactly what response would be the most powerful and valuable, and then make it happen.

Don't let the foolish, thoughtless, destructive actions of others catch you in a trap of anger. Take note of the anger, let it go, put your focus on being your best, and you'll surely emerge as a winner.