Saturday, July 25, 2009

Ibu Menghabiskan Makanan Anak

Soalan:-
Assalamualaikum w.r.t, saya ingin bertanya mengenai kesahihan amalan yang menyatakan
bahawa makanan lebihan dari anak kita sendiri tidak baik untuk kita habiskan kerana dibimbangi anak-anak tersebut apabila mereka besar nanti, ada kecenderungan untuk tidak menghormati ibu-bapa mereka. Ini kerana selama ini saya cuba mengelakkan makanan tersebut dari membazir dan saya akan cuba habiskan walaupun makanan tersebut daripada lebihan makanan anak saya sendiri. Harap ada jawapan daripada bijak pandai sekalian.

Jawapan:

Salam, sepanjang pencarian kami, kami tidak menjumpai adanya sandaran atau dalil Sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah , bahawa memakan lebihan makanan anak-anak akan menyebabkan anak tersebut tidak akan menghormati ibubapanya diwaktu dewasa kelak.

Apa yang jelas ianya mungkin berasal dari pegangan orang-orang terdahulu yang lebih bersandarkan kepada logik akal dan adat setempat.

Malahan, sesungguhnya ibubapa yang menghabiskan lebihan makanan anak-anaknya itu dianggap satu perbuatan yang baik dan terpuji lantaran tidak mahu termasuk dikalangan orang-orang yang membazir.

Apa yang terbaik ialah dengan mendidik dan mengajar anak-anak kita agar membiasakan diri untuk menghabiskan setiap makanan yang dimakan dan menjauhi sifat membazir yang merupakan amalan syaitan.

No comments:

Post a Comment