Anas r.a bercerita katanya: "Nabi SAW pernah memendekkan solat beliau, tetapi beliau melakukannya dengan sempurna.”
- (Bukhari)
Huraian:-
Ketika solat, selain melibatkan gerakan fizikal, ia juga melibatkan roh kita. Roh inilah yang sebenarnya diperlukan dalam solat kerana ketika itulah ia kembali menemui Tuhannya. Fizikal kita hanyalah sebagai pengantara, sedangkan rohlah yang menghayati bacaan tersebut.
Justeru orang yang memahami tujuan solat yang sebenar tentunya mahukan solatnya itu berjalan dengan tenang, santai dan ada toma’ninah. Bukan solat seperti ribut atau laksana ayam mematuk padi sehingga roh selalu tertinggal ke belakang. Dengan perkataan lain, mulut kita secara spontan membaca bacaan, namun fikiran kita melayang entah ke mana. Tiba-tiba solat kita telah pun siap dan kita pun memberikan salam.
Hakikatnya bersolat adalah masa untuk kita berdialog dengan Allah secara langsung. Kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengadu. Maka sewaktu solat, adukanlah semua persoalan kita kepada Allah. Roh kita akan dapat merasakannya Contohnya hati kita terasa sebak dan airmata akan menitis dengan sendirinya. Namun jika kita bersolat secara cepat dan terkocoh-kocoh, mungkin roh tidak sempat menikmati pertemuan ini dengan Allah SWT. Kita akan merasakan bahawa solat itu satu bebanan yang menyusahkan sekali gus menjadikan kita bersolat secara terpaksa!
Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment