Friday, July 31, 2009

Membantu Orang Yang Sedang Nazak

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut(kerana menurut ustaz,sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Al-Qurannya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin, yang lain-lain boleh bersama-sama semak.

ii. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak, mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iii. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ilaa ha illallah".

iv. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ilaa ha illallah" lagi.

v. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara-mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.

No comments:

Post a Comment