Monday, August 3, 2009

Air Mazi Tidak Mewajibkan Mandi Hadas Besar

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Aku adalah seorang yang selalu keluar air mazi, lalu aku menyuruh al-Miqdad ibn al-Aswad bertanya kepada Nabi SAW, lalu ia pun bertanya, maka baginda menerangkan : “Padanya, air sembahyang.”

-Al-Bukhari . Muslim

Huraian:-

Islam mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak berhubung dengan amal ibadat. Oleh itu Islam tidak menerima ibadah seseorang melainkan setelah memenuhi syarat-syarat yang tertentu. Misalnya ibadah solat, ia disyaratkan berwuduk terlebih dahulu. Mengambil wuduk pula disyaratkan dengan air yang suci lagi bersih. Begitu juga wuduk seseorang dikira batal disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.

Keluarnya air mazi yang najis merupakan salah satu perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Maka, seseorang yang keluar air mazi tidak diwajibkan mandi tetapi hanya diwajibkan membasuh kemaluan dan berwuduk sahaja.

No comments:

Post a Comment