Sunday, August 30, 2009

Doa Agar Tergolong Orang Beriman


Surah Ali-Imran; Ayat 53.
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu masukkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

Ibn Jarir mengatakan bahawa apabila Nabi Isa a.s. dikepung bersama 19 pengikutnya daripada kalangan al-Hawariyyin di Baitul Maqdis. Maka Nabi Isa telah berkata kepada pengikutnya:

“Siapakah yang akan mengambil wajahnya untuk dibunuh oleh musuh. Sebagai balasannya, Allah akan memberikan kepadanya syurga.” Maka seorang daripada mereka menerimanya lalu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
-(tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).

“Masukkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi” bermaksud bersama Nabi Muhammad SAW dan umat baginda
- (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-‘Imran).

Sedangkan Nabi Isa a.s. yang mulia memohon tersenarai sebagai umat Nabi Muhammad SAW, alangkah malunya kita jika tidak memohon mendapatkan kemuliaan itu.

Khasiat dan kaifiat beramal

Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan.
- (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).

No comments:

Post a Comment