Soalan:-
1. Selepas selesai solat Jumaat, Imam mengangkat tangannya ketika berdoa kemudian menyapu mukanya, dan diikuti oleh semua, apakah ianya daripada bid'ah ?
2. Jika ianya bid'ah, maka apakah yang patut saya lakukan ?
3. Imam berdoa selepas solat dengan berjemaah, apakah ianya harus ?
Jawapan :-
Adapun tentang berdoa secara berjemaah oleh seorang di belakang Imam selepas solat telah dijawab tentangnya oleh as-Syeikh Ibn Uthaimin di dalam al-Fatawa 368 dengan katanya :
Sesungguhnya ianya sebahagian daripada bid'ah yang tidak diperolehi daripada Nabi dan tidak juga dari para sahabat baginda, dan yang di syariatkan bagi orang-orang yang menunaikan solat, selepas solat untuk mereka berzikir kepada Allah SWT yang satu. Sepertimana yang telah didatangkan oleh Nabi dan dilakukan demikian itu secara Jahr sepertimana di dalam sahih Al-Bukhari dari Hadith Ibn 'Abbas r.a. katanya : "Adalah baginda meninggikan suara dengan berzikir ketika selesai semua manusia dari solat yang wajib di zaman Nabi s.a.w."
Dan adapun tentang menyapu muka selepas berdoa maka tidak thabit tentangnya dari hadith yang sahih. Bahkan sebahagian ahli ilmu menunjukkannya sebagai bid'ah, lihat Mu'jam al-Bid' 227.
Maka jangan lakukan engkau bid'ah dan jangan bersama padanya, akan tetapi nasihat dan menyuruh mereka kepada sunnah dan mengingatkan manusia dan khabarkan kepada mereka dengan hukum syara'. Kita memohon kepada Allah untuk memberi hidayah kepada kita semua ke jalan yang lurus dan selawat ke atas Nabi kita Muhammad.
- al-Islam Soal dan jawab
as-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid.
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment