Monday, August 24, 2009

Zakat Emas

Soalan:-

1) Apakah anggaran gram bagi emas perhiasan dan emas simpanan yang dikenakan zakat emas? Ada yang mengatakan zakat emas bagi barangan kemas perhiasan akan dikenakan apabila berat barangan tersebut mencecah 800gram manakala barangan kemas yang disimpan dikenakan zakat apabila mencecah 85 gram?


Jawapan:-

1) Tidak ada khilaf di kalangan fuqaha tentang wajib zakat pada emas yang disimpan. Kadar nisabnya ialah 20 mitsqal bersamaan dengan 85 gram. Maka dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripadanya.

Manakala zakat emas bagi perhiasan wanita, ada khilaf di kalangan fuqaha. Jumhur berpendapat emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita tidak dikenakan zakat KECUALI jika ia melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan).

Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu.

Sebagai contoh, uruf perhiasan emas wanita di negeri Selangor ialah: RM5,000. Maka jika seseorang memakai perhiasan emas yang bernilai RM9,000 maka zakatnya ialah:

(kadar yang dipakai–kadar uruf) x 2.5% = kadar zakat

(RM9,000 – RM5,000) x 2.5% = RM100.

No comments:

Post a Comment