Melihat anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibubapa pening. Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibubapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.
Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.
Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Beliau berkata, "Doa tidak makbul jika solat tidak dijaga oleh ibubapa sendiri kerana ia tiang agama. Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup, tetapi ibubapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka."
"Kalau mereka sendiri, sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak, tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?
"Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.
Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak samada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.
Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibubapa amat besar dalam membentuk disiplin sekaligus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.
Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib.
"Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan."
"Ibubapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibubapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah."
"Pada zaman serba canggih, ibubapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan.
"Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.
Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.
Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka.
"Jika ibubapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.
"Amalkan mendakap dan memeluk anak. Ini akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya.
"Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibubapa mereka," katanya.
Maksudnya:
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(SURAH AL-AHQAF : 15)
Friday, October 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment