Sunday, July 5, 2009

Hukum Pakai Shampoo Dan Pencerah Muka

Soalan:-

Saya masih curious tentang penggunaan Shampoo and alat pencerah muka, adakah shampoo seperti Black Shiny(tujuan untuk menghitamkan rambut) ataupun shampoo meluruskan rambut dan pencerah muka termasuk dalam merubah ciptaan Allah. Mohon penjelasan.


Jawapan:

1. Shampoo untuk menjadikan rambut hitam bersinar (black shiny) dan menjadikan rambut lebih mudah terurus bukanlah merubah ciptaan Allah, bahkan termasuk dalam sunan fitrah dalam bab penjagaan rambut supaya kemas dan terurus. Dalilnya: dari Abu Hurayra ra:

Sabda Baginda saw- Terjemahnya: “barangsiapa yang ada rambut, maka hendaklah dia merawatnya” (HR Abu Daud, dinilai sahih al-Albani dalam sahih Abu Daud 4163 dan Hasan oleh mutaakhirin yang lain spt AlSyaukani, Ibn Hajar dan al-Nawawi)

Jadi penggunaan shampoo black shiny dan menjadikan rambut mudah terurus hanyalah termasuk dalam maksud hadith tersebut (al-Qardhawi, Fiqh Thaharah, 155)

2. Penggunaan cream pencerah muka ini adalah harus kerana yang dilarang ialah apa yang dilakukan oleh wanita zaman dahulu yang dinamakan mengupas kulit wajah dengan penggunaan ubat (AlQaasyirah).

Dalilnya dari Aisyah ra:- Terjemahnya: Bahawa Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meraung, yang mencukur rambut dan yang mengupas kulit.” [Bukhari:1296; Muslim:104]

Maksud mengupas kulit ialah skin bleaching seperti yang dilakukan oleh Michael Jackson. Cream pencerah yang banyak dijual dalam pasaran hanya sekadar membersihkan muka kerana keadaan cuaca tropika yang panas dan berhabuk.

Sekian WA

3 comments:

  1. bagaimana dng shampoo yg dikatakan untuk kesihatan kulit kepala dan pada masa yg sama akan menghitamkan rambut - Ada inai didlmnya

    ReplyDelete
  2. Salam Rahamah,

    Saya telah bertanyakan kepada Ustaz dan berikut adalah jawapan beliau:

    Jika syampo itu sekadar menserlahkan warna rambut sedia ada, diharuskan. Adapun jika hingga dapat menghitamkan rambut yang putih atau beruban, tidak harus kerana terdapat hadis melarang mencelup/mewarna rambut dengan warna hitam. Adapun selain warna hitam (seperti warna inai) adalah diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah suci.

    Wallahu a'lam.
    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/


    jika ada kemusykilan, cuba bertanyakan langsung kepada ustaz di:

    jpertanyaan@yahoo.com

    sekian, harap telah dapat membantu.
    terima kasih berkunjung ke blog saya.

    ReplyDelete
  3. tkasih ustaz atas penjelasan tersebut.

    ReplyDelete