Soalan :
Saya ingin bertanya tentang hukum beramal dengan pelbagai mazhab sebab di dalam website selalu disertakan pendapat beberapa mazhab apabila ditanya tentang satu-satu hukum sedangkan kita di Malaysia mengguna pakai mazhab Imam Syafie. Bolehkah saya gunapakai hukum-hukum Mazhab Syafie untuk sesetengah ibadah dan mazhab lain untuk ibadah yang lain? Ataupun adakah perlu pilih satu mazhab dan ikut keseluruhannya?
Jawapan :
Tidak ada nas yang mewajibkan seseorang untuk terikat dengan mazhab tertentu. Pelajarilah agama dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan yang ada dan beramallah dengan pandangan yang saudara yakin bahawa ia paling menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah.
Mungkin diperingkat awal saudara perlu bertaklid kepada sesuatu pandangan (tanpa dalil) sebagai langkah awal untuk beramal. Tetapi tidak harus selama-lamanya bertaklid.
Hendaklah belajar (sama ada melalui guru atau pembacaan) dan beramal berdasarkan ilmu dan hujjah, bukan semata-mata mengikut sahaja.
Wallahu a'lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Saturday, September 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment