Saturday, September 5, 2009

Menghormati Jenazah

Dari Umar bin Rabi’ah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda: "Apabila kamu melihat jenazah, berdirilah sehingga ia meninggalkan kamu.”

- Al-Bukhari

Huraian:-

Umat Islam adalah digalakkan untuk mengucapkan takziah kepada sesiapa yang meninggal dunia. Begitu juga setiap jenazah hendaklah dihormati kerana ia merupakan makhluk bernama manusia yang mempunyai maruah. Sebab itulah Islam menghendaki agar sesiapa yang menguruskan jenazah agar sentiasa berlemah lembut di saat memandikan, mengkafankannya serta menjaga aurat jenazah itu sendiri sebagaimana yang sepatutnya.
Sesungguhnya jasad yang sudah terputus roh dari badan akan merasai kesakitan sekiranya diperlakukan dengan kasar.

Bahkan jika dikaji hanya di dalam agama Islam sahaja kita dapati terdapatnya adab-adab tertentu terhadap jenazah di mana kita dilarang sama sekali menyakitinya sama ada dengan percakapan mulut (membicarakan keburukan si mati) apalagi dengan mengasarinya dengan anggota.

No comments:

Post a Comment