Soalan:-
Apa pendapat ustaz terhadap orang Islam yang makan di restoran orang kafir, terutama kami di luar negara yang jarang terdapat restoran muslim. Seperti yang kita tahu pinggan mangkuk yang mereka gunakan adalah yang sama yang mereka gunakan untuk daging babi, dan tidak disamak mengikut kaedah Syafi’e.
Dalam perkara ni, bolehkah kami menggunakan pendapat mazhab Maliki yang tidak mensyarakkan kewajipan menyamak tersebut atau adakah kaedah lain yang boleh kami gunakan dalam masalah ini?
Jawapan:
1. Hukum makan di premis/restoran non-muslim.
Hukumnya : Harus, kerana asas pemakanan dalam Islam ialah halal dan bersih. Jika di pastikan halal (disembelih atau pengusaha restoran itu ahlil kitab) dan kebersihan terjamin, maka ia halal di makan.
- (Dalil: "Pada hari ini dihalalkan bagi kamu yang tayyibat”
Panduan: Jika anda musafir ke negara Kristian seperti UK atau EC atau USA, hampir setiap bandar besar ada penempatan orang Islam dan anda lebih mudah kerana makanan orang Kristian-Yahudi boleh dimakan (kecuali khinzir) menurut jumhur.
2. Hukum makan di premis makanan yang menyediakan khinzir.
Restoran/Premis ini hendaklah dijauhi kecuali darurat di mana nyawa orang Islam terancam kelaparan dan itulah satu-satunya restoran yang ada. Ini bukan masalah samak atau tidak, tapi syubhat dari segi penyediaan makanan adalah suatu yang perlu dijauhi mengikut petua Imam Syuyuti, ”Jika bercampur yang halal dan haram, maka dimenangkan yang haram.”
Pastikan anda mencari restoran yang tidak menyediakan khinzir terlebih dahulu. Masyarakat Barat amat telus dan mereka akan menceritakan kepada anda jika anda bertanya mengenai makanan yang disediakan di premisnya.
3. Apakah boleh menggunakan kaedah Malikiah?
Boleh, jika dharurat.
Rujukan:
Fatwa Mufti kerajaan Brunei, Irsyad Hukum 1999
Fiqh alManhaji, Dr alBugho
Halal dan Haram, Dr Qardhawi (Allahu a’alam)
Dikirim oleh Mohd Masri
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment