Hukum solat sunat tarawih adalah sunat muakkadah (yang sangat dituntut) bagi didirikan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara sendirian atau berjemaah.
Sunat didirikan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam. Walau bagaimanapun, solat sunat tarawih boleh juga didirikan di rumah. Waktu solat sunat tarawih ialah selepas menunaikan solat isyak di bulan Ramadhan.
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
Cara solat sunat tarawih ialah:-
1. Dimulai dengan Takbiratul Ihram berserta niat "Sengaja aku sembahyang sunat tarawih 2 rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala."
2.Kemudian ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali Takbiratul Ihram sehingga selesai salam.
3.Kemudian didirikan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun-rukun solat sunat tarawih sama sahaja dengan rukun-rukun solat yang lain. Sebagaimana biasa selepas membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat solat tarawih dibaca pula surah-surah tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah Al-Takathur hingga surah Al-Lahab. Susunan surah-surah sila lihat Al-Quran.
4.Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan pada tiap-tiap rakaat yang pertama selepas membaca Al-Fatihah dibaca surah Al-Qadr dan pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan.
5.Selepas selesai solat sunat tarawih boleh diikuti dengan solat sunat witir sebanyak 3 rakaat dengan 2 salam (2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam). Pada rakaat ketiga selepas bacaan doa iktidal (Rabbana lakal Hamdu), disunatkan membaca doa qunut (seperti bacaan pada solat subuh) sehingga sempurna rukun dan solatnya.
Wednesday, September 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment