Saturday, October 31, 2009

There Is No Such Thing As Failure

If you refuse to believe in failure, then you will achieve greatness in whatever you attempt.

If you don't achieve the outcome that you desired, then you have just learned how not to do it. Armed with that knowledge, you can attempt again. You can learn from every experience.

Our best teachers are the mistakes we make and the mistakes of others. Those who achieve greatness know how to learn from all experiences, good and bad.

-Ralph Marston

Kepentingan Berkasih Sayang

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua, maka bukan dari kalangan kami.”

- Riwayat Abu Daud

Huraian :

1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat-menghormati dan kasih-mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.

2. Orang yang gersang daripada sifat kasih-sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat.

3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah samada terhadap kanak-kanak dan orang tua, merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.

Fahami Fikiran Anak Apabila Mendidik

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Mendidik anak perlu bersandarkan pengetahuan, kerana meniru didikan dari keluarga yang kita anggap cemerlang semata-mata tanpa menyesuaikan dengan keluarga sendiri serta kemampuan diri, anda hanya dianggap sebagai ibubapa yang tidak berpendirian.

Didikan awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibubapa melalui kehidupan yang sempurna.

Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."

Dalam hal ini, biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan berfaedah untuknya serta tidak memudaratkan diri dan orang lain, namun kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.

Malangnya, segelintir ibubapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga.

Pakar Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.

Jelasnya, ibubapa yang mengarah selalunya berpunca dari ibubapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibubapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.

Keibubapaan yang 'membenarkan' pula turut menimbulkan kemudaratan apabila membenarkan segala tindakan anak tanpa berfikir panjang samada sesuatu tindakan yang dilakukan itu baik atau sebaliknya. Keibubapaan yang terbaik ialah membimbing dan memberikan tunjuk ajar, menghukum apabila silap tetapi memberikan kebebasan apabila perlu.

"Didikan dianggap aspek paling penting kerana ia adalah corak awal membentuk keperibadian mereka yang dibawa sehingga ke dewasa. Selalu orang berkata, 'alah... budak-budak, biasalah kena marah kalau tidak mereka tidak belajar.' Sebenarnya, kanak-kanak boleh dimarah tetapi marah pun perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibubapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin memperbetulkan kesilapannya.

"Walaupun segelintir anak, secara luarannya nampak selamba dan tidak kisah bila dimarah tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam, menyimpan pemikiran bahawa ibubapa membencinya hingga menyebabkan apabila dewasa, mereka enggan berjumpa ibubapanya sendiri," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menjadi Ibu Bapa Yang Baik' pada 'Seminar Ke Arah Menjadi Ibu Bapa dan Guru Mithali' baru-baru ini.

Seminar sehari itu anjuran bersama Persatuan IbuBapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya dan program Positive Parenting, Persatuan Pediatrik Malaysia.

Beliau berkata, didikan yang kurang sempurna boleh memberi kesan kepada anak membabitkan keyakinan diri yang rendah menyebabkan selalu ketinggalan di dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.

Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering di berikan sokongan moral.

"Ibubapa selalu tersalah anggap menyatakan anak tidak memahami apa yang mereka lalui hingga menyebabkan mereka cenderung menipu. Sebagai contoh, andai seorang ibu menitiskan airmata kerana dikasari suami, anda boleh katakan "Mak menangis sebab dimarahi ayah". Kenyataan itu sudah cukup walaupun tidak menerangkan sebab dimarah, tetapi yang paling penting, jangan menipu. Jangan menitipkan elemen menipu dalam keluarga kerana kesannya buruk sekali," katanya.

Selain aspek didikan, apa yang dipertontonkan kepada anak turut mempengaruhi mereka seperti televisyen dan komputer. Kotak hiburan itu sebenarnya mampu dikawal ibubapa asalkan mereka mengambil berat apa yang dipertontonkan oleh anak membabitkan bahan yang ditonton serta jumlah masa yang diberikan.

"Program bercorak hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menyisipkan elemen ilmu hanya membuang masa. Program seperti realti TV yang semakin digilai kini juga harus dperhalusi kerana bukan semua yang dilihat mendatangkan manfaat. Namun dalam mendidik anak-anak ibubapa seharusnya juga mencermin diri sendiri. Andai anak dilarang menonton terlalu lama, ibubapa juga seharusnya menghadkan masa menonton. Jangan menjadi mangsa TV!

"Ibubapa perlu sedar andai mereka ingin membentuk anak menjadi sempurna, ia perlu dimulakan dari dalam diri sendiri. Berkasih-sayanglah sesama sendiri kerana kasih sayang itu mampu diluahkan dan diterapkan dalam diri anak-anak," katanya.

Fakta Mendidik Anak

Kurangkan hukuman fizikal kerana ia hanya menyakitkan, tetapi kurang berkesan mendidik. Andai anak melakukan kesilapan yang perlu diberikan denda, jelaskan erti kesilapan mereka dan kenapa denda itu perlu dilakukan, seperti "Kita mempunyai undang-undang dalam keluarga yang tidak membenarkan pulang lewat dari jam tujuh malam, dan ia perlu dipatuhi..." dan anak-anak akan menerima kesilapan itu kerana ia sudah tahu melanggar peraturan dengan pulang pada jam 10 malam.

Hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak sebagai pengajaran tetapi beberapa perkara perlu diambil kira iaitu jangan marah ketika kita berada dalam keadaan marah; mengherdik mereka di hadapan orang ramai atau kawan-kawannya; jangan marahkan mereka kerana diri mereka sebaliknya marah atas kesalahan yang mereka dilakukan.

Ibubapa jangan terlalu berharap mendapat anak yang sempurna dari segala segi kerana adalah menjadi sesuatu yang biasa andaikata mereka melakukan kesilapan apatah lagi memang manusia tidak sempurna. Ia amat bergantung kepada sejauh mana kemampuan ibubapa itu sendiri.

Matlamat disiplin ialah untuk mengawal dan membentuk peribadi anak dengan sempurna. Ada ibubapa yang gembira andai mampu menjadikan anak bagai 'alat kawalan jauh' tetapi pernahkah kita terfikir adakah itu yang kita mahukan sedangkan anak mengikut kerana takut, bukan hormat?

Berita Harian

Perihal Fidyah

Pertanyaan:

Bolehkah fidyah menggunakan duit?

Jawapan:

Menurut kefahaman saya, paling afdal fidyah yang perlu dikeluarkan adalah dalam bentuk makanan asasi bukannya ditukar kepada wang ringgit berdasarkan firman ALLAH S.W.T:

“Wajib ke atas orang-orang yang tidak mampu berpuasa mengeluarkan fidyah, iaitu memberi makan kepada orang miskin.”
- Surah al-Baqarah : 184.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

Friday, October 30, 2009

Hukum Memakai Rambut Palsu

Pertanyaan 1 :

Apa hukumnya orang yang menyambung rambutnya dengan rambut tambahan ?

Jawapan :

Diharamkan/dilarang menyambung rambut dengan rambut tambahan (wig/sanggul) atau dengan benda lainnya yang menyerupai rambut. Berdasarkan dalil-dalil yang melarang hal tersebut. (“Hadis Asma binti Abu Bakar r.a., Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya"
- (Muttafaqun ‘alaihi)

Rujukan:
Komite Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia
Ketua : Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz
Wakil : Syaikh ‘Abdur-Razaq ‘ Afifi
Anggota : Syaikh ‘ Abdullah Ibn Ghudayyan
Fataawa al-Lajnah ad-Daimah lil-Buhuts al-’Ilmiyyah Wal-Iftaa Saudi Arabia,- Jilid 5, Halaman 193, Pertanyaan nombor 10 dari fatwa No. 9850; Fatawa wa Ahkaam fi Sya’r an-Nisaa- Pertanyaan 5 Halaman 8. (aa)

(Diterjemahkan dari: http://www.fatwaonline.com/fataawa/womensissues/beautification/bea001/0020106_1.htm)


Pertanyaan 2 :

Bagaimana hukum mengenai seorang perempuan yang memakai rambut palsu (wig/sanggul/) untuk mempercantikkan dirinya untuk suaminya?

Jawapan :

Memang setiap pasangan harus mempercantik dirinya (si suami) atau dirinya (si isteri) untuk pasangannya, di dalam rangka menyenangkan pasangannya dan memperkuat perasaan (kasih/cinta) diantara keduanya.

Bagaimanapun, hal ini harus dilakukan dengan cara yang tercakup dalam batas syariah sehingga tidaklah terlarang. Adapun memakai rambut palsu (wig/sanggul) adalah model yang dipraktisi wanita-wanita non-Muslim dan menjadi cara yang popular dalam usaha untuk mereka mempercantikkan diri. Jika wanita muslimah memakai dan mempercantikkan dirinya dengan itu, sekalipun hanya untuk (didepan) suaminya, maka dia sedang meniru wanita-wanita kafir dan Nabi s.a.w. telah melarangnya. Beliau berkata: "Barangsiapa menyerupai satu kaum maka dia termasuk golongan mereka."

Terlebih lagi, hal tersebut sama ertinya “menyambung rambut palsu atas seseorang”. Nabi s.a.w. telah melarang perbuatan tersebut dan mengutuk orang yang melakukannya. Hadis Asma binti Abu Bakar r.a. Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya
- (Muttafaqun ‘alaihi)”


Pertanyaan 3 :

Apakah diperbolehkan untuk seorang perempuan untuk menggunakan rambut palsu guna mempercantikkan dirinya untuk suaminya? Apakah ini termasuk di dalam larangan menyambung rambut ke rambut seseorang?

Jawapan :

Rambut palsu terlarang dan dikategorikan suatu model menyambung rambut ke rambut seseorang. Walaupun tidaklah sama persis, namun hal itu membuat rambut perempuan nampak lebih panjang dan menjadi mirip menyambung rambut. Nabi s.a.w. telah melaknat pekerja yang menyambung rambut, demikian juga ke atas seseorang yang meminta disambungkan.
- (HR. Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya).

Namun, jika seorang wanita tidak mempunyai rambut dikepalanya sama sekali, sebagai contoh, dia seorang yang botak, maka dia boleh menggunakan suatu rambut palsu untuk menutupi seluruh cacatnya, ini kerana adanya pertimbangan diizinkan untuk menghilangkan kecacatan.

Sebagai contoh, Nabi s.a.w. yang telah membolehkan seorang lelaki yang mempunyai hidungnya terpotong dalam suatu pertempuran, untuk memakai hidung palsu emas. Keadaannya dapat lebih fleksibel berbanding itu. Yakni boleh juga meliputi permasalahan menjalani perawatan plastik (bedah plastik) untuk memperbaiki hidung yang kecil dan sebagainya. Bagaimanapun, proses mempercantik tidaklah sama halnya menghilangkan cacat.

Jika masalahnya berkenaan menghilangkan kecacatan, maka tidak ada kejelekan didalamnya, seperti ketika hidung bengkok dan perlu diluruskan atau menghilangkan tanda/tahi lalat. Tidak ada kejelekan dalam tindakan yang demikian.

Akan tetapi, bukanlah termasuk menghilangkan kecacatan, seperti membuat tatoo (rajah) atau menghilangkan rambut alis mata, hal itu terlarang.

"Allah melaknat wanita yang membuat tato, wanita yang minta dibuatkan tato, wanita yang mencabut alisnya, wanita yang minta dicabutkan alisnya, dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan memperindahnya, wanita yang merubah ciptaan Allah Azza wa Jalla.”
- (HR. Bukhari dan Muslim dari shahabat Ibnu Mas’ud r.a.).

Penggunaan rambut palsu, walau dengan izin dan persetujuan suami, adalah terlarang izin atau persetujuan didalam hal-hal yang Allah telah melarangnya.

(Syaikh Ibn ‘Utsaimin, Fataawa Al-Mar’ah)
(Diterjemahkan dari http://www.fatwaonline.com/fataawa/womensissues/beautification/bea001/0000206_38.htm)

Let It Go

What do you do when someone is rude to you? Are you quick to take offense, anxious to get even, eager to teach the person a lesson?

If you react to what someone else does, this behavior accomplised nothing for you. In fact, to lash out at someone, is a weak response. It doesn't matter what your reaction is -- that person controls you.

The best and strong response is to continue on the path you set for yourself, rather than be deterred by the actions of someone else. This is not to say that you should sit back and take abuse from others. If someone has it in for you, by all means get out of the way. Don't waste a lot of time plotting revenge, though. It is an enormous waste.

Think for a moment. What good is it going to do you to get all upset about someone? When something like this happens, you actually have a choice. You can either let it consume you, and set a negative tone for the whole day, or you can let it go, and move on to more important concerns.

Closely related to reaction is blame. Blame is a trap that many people fall into. Trying to assign and publicize blame for situations and events is fruitless. It really doesn't matter who is to blame, because there's nothing you can do about it. Knowing who to blame does not change the situation. Don't waste your time figuring out who is responsible for a bad situation. Instead, spend your efforts to determine who is best equipped to get you out of the situation.

Taking offense and dwelling on blame get you high blood pressure, wasted time, lots of enemies, and negative energy. Forgiving and forgetting get you peace of mind, friends, and a positive outlook, not to mention an enormous amount of time available for ‘productive pursuits’.

Challenge yourself today to try and let things go. Watch your reactions, and don't let people or situations exert their control over you. Know your own path, and follow it confidently. That will make it difficult for anyone to dislodge you from it.

-Ralph Marston

Doa Memohon Diberikan Kuasa

Kerana pentingnya kuasa untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman:



“Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”.
- (Al-Isra’: 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan, baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah.
- (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Thursday, October 29, 2009

Kehebatan Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq Dan An-Naas

Dari Mu'adz ibnu Abdullah ibnu Khubaib dan ayahnya dari Uqbah ibnu Amir Al-Juhaini berkata: "Ketika aku menuntun kenderaan Rasulullah saw dalam perjalanan perang, tiba-tiba beliau bersabda: "Wahai Uqbah, bacalah". Maka aku mendengar sepenuhnya, kemudian beliau bersabda lagi: "Wahai Uqbah, bacalah". Maka aku mendengar lagi dengan sepenuhnya. Lalu beliau bersabda untuk ketiga kalinya: "Wahai Uqbah, bacalah". Aku bertanya: "Apa yang aku baca." Beliau bersabda: "Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan An-Naas." Maka aku membaca surah-surah itu bersama beliau hingga selesai. Kemudian beliau bersabda: "Tidak ada suatu doapun yang dibaca seseorang untuk mencari perlindungan yang bisa menandingi surah-surah ini."
- Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 5. Hadis Nombor 5275.


Dari ' Aisyah ra. katanya: Apabila salah seorang isteri Rasulullah saw. sakit beliau tiupkan kepadanya surat-surat Mu'awwidzaat. (iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) Maka tatkala beliau sakit hampir meninggal ku tiupkan pula kepadanya dan ku sapukan tangannya ke tubuhnya, kerana tangan beliau lebih besar barakahnya daripada tangan ku."
- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2053.


Dari Mu'adz ibnu Abdullah dari ayabnya berkata: "Pada suatu malam ketika hujan turun rintik-rintik dan keadaan gelap gulita, kami menunggu Rasulullah saw untuk solat bersama kami. Setelah Rasulullah saw datang untuk solat bersama kami, beliau bersabda: "Bacalah". Aku bertanya: "Apa yang aku baca." Sabda beliau: "Bacalah, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas di waktu petang dan di waktu pagi sebanyak tiga kali, nescaya kamu akan tercukupi di dalam segala sesuatu."
- Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 5. Hadis Nombor 5273.

Apa Kewajipan Kita Terhadap Al-Quran?

4 Kewajipan Terhadap Al-Quran:-

Imam Hasan Al-Banna dalam satu taujihatnya kepada ahli-ahli Ikhwan Muslimin berkata: "Hendaklah kamu tunaikan empat kewajipan kamu terhadap al-Quran" -

1. Meyakini bahawa tidak ada jalan hidup yang selamat melainkan yang diambil daripada Al-Quran. Sebarang sistem atau peraturan dalam apa bidang sekalipun, jika tidak bersandar atau tidak di ambil daripada Al Quran, maka ia pasti akan menemui kegagalan.

2. Menjadikan Al-Quran sebagai teman hidup iaitu dengan selalu membacanya dan bersungguh-sungguh ketika membacanya. Membaca Al-Quran hendaklah dijadikan amalan tetap pada setiap hari.

3. Menghormati Al-Quran iaitu dengan menjaga adab-adab ketika membaca Al-Quran dan juga ketika mendengar bacaan Al-Quran.

4. Beramal dengan segala ajaran dan hukum-hakam yang terkandung di dalam Al-Quran. Hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran terbahagi kepada dua kategori:

a) Hukum-hakam yang berkait dengan setiap individu; iaitu hukum-hakam yang khusus kepada setiap manusia secara individu seperti solat, puasa, haji, taubat, istighfar dan akhlak-akhlak terpuji (benar, memenuhi janji, amanah) dan sebagainya.

b) Hukum-hakam yang berkait dengan masyarakat atau sosial; iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan pemerintahan dan hal-hal yang menjadi kewajipan negara seperti menegakkan undang-undang jenayah Islam (hudud), jihad dan sebagainya. Hukum-hakam ini menjadi kewajipan ke atas negara untuk melaksanakannya. Sekiranya negara tidak melaksanakannya, maka ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan kewajipan masyarakat pada ketika itu (iaitu ketika hukum-hakam sosial ini tidak dilaksanakan).
- (Hassan al Banna, Hadis as-Thulasa’, hlm. 14-17)

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Your Many Blessings

How often do you stop to count your blessings? In your daily struggle for more, how often do you feel joyful and thankful for the many, many things you already have?

In your ambitious quest to better your life, be careful that you don't overlook the wealth that you already have. Did you know that you already have abundant (amat banyak) wealth?

Take stock of the things you have, the things you know, the people in your life, your spirituality, your skills, your opinions, your special perspective on life, your family, your hobbies, your sense of humor, your appreciation for beauty, your caring for others, your concern for those less fortunate, your ability to see opportunity. The list of possibilities is endless, and these things all have value beyond anything you can imagine.

Take a good hard look at yourself and to count your blessings. Think of as many of them as you can. Think of the beauty and richness of your life. These things don't require money or power or position. They all spring from your attitude, the way you react to situations, the way you value others, the way you value life itself.

Right now, within yourself, you have the ability to do anything you want with your life. You have complete control of your behavior, your actions from minute to minute. Look deep inside yourself and tap into the wealth that lies hidden within you. It is there if only you will look, and the best way to find it is with an attitude of thanksgiving and joy.

-Ralph Marston

Wednesday, October 28, 2009

Kesan Solat 5 Waktu Pada Diri Mukmin

Maksud hadith:

Apa pandangan kamu semua sekiranya sebuah sungai di hadapan pintu rumah salah seorang dari kamu, kamu mandi di situ lima kali setiap hari, adakah kotorannya akan kekal? Para sahabat menjawab: Kotorannya tidak akan kekal walau sedikit. Sabda Rasulullah SAW: Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah SWT menghapuskan dosa dengannya.
- (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Huraian:

1. Solat lima waktu merupakan salah satu rukun Islam yang amat penting dalam kehidupan seorang bergelar muslim atau muslimah. Ia penentu keimanan dan petanda ketaatan kepada Allah SWT. Begitu banyak ayat Al-Quran dan hadith yang memberikan petunjuk bahawa solat lima waktu bukanlah satu perkara remeh, malah ia pernah digambarkan sebagai pemisah atau penentu antara keimanan dan kekufuran.

2. Solat lima waktu bukan semata-mata satu perintah yang menjadi bukti keimanan, malah ia juga merupakan satu perintah yang membina hubungan di antara seorang hamba dengan Allah SWT yang merupakan Penciptanya dan Pemilik dirinya. Tunduknya seorang hamba kepada Pemiliknya bukanlah satu perkara yang menandakan kelemahan, malah ia merupakan satu kekuatan yang mengangkat diri seorang hamba itu daripada tunduk kepada makhluk. Dirinya hanya tunduk kepada Allah SWT Tuhan Pencipta alam.

3. Di dalam hadith ini, Rasulullah SAW memberikan satu lagi makna tambahan yang indah kepada solat lima waktu – pengampunan dosa. Seorang hamba yang mentaati Tuhannya dengan solat lima waktu bukan sekadar diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT, malah Allah SWT menjanjikan pula kepada dirinya pengampunan kepada dosa-dosanya yang pernah dilakukan.

4. Para ulama hadith telah menggabungkan hadith ini dengan hadith-hadith yang lain lalu didapati bahawa hadith-hadith tentang pengampunan dosa seorang yang solat merupakan pengampunan kepada dosa-dosa kecil dan tidak melibatkan dosa-dosa besar. Dosa-dosa besar memerlukan kepada taubat yang sebenar-benarnya daripada diri seorang yang melakukannya.

5. Hadith ini juga memberikan gambaran tentang keluasan rahmat Allah SWT dan pengampunannya kepada hamba-hambaNya. Boleh dikatakan setiap amalan yang diamalkan oleh seorang hamba akan mengangkat kedudukannya, menambahkan ganjaran pahalanya dan mengampunkan dosanya termasuklah solat lima waktu yang sememangnya satu kewajipan harian.

6. Di dalam hadith ini juga kita dapati Rasulullah SAW menggunakan perbandingan dan perumpamaan untuk mendekatkan makna kepada para sahabat dan sesiapa sahaja yang mendengar hadith ini. Ini perlu untuk memberikan kekuatan dan penekanan kepada maksud yang ingin disampaikan.

Posted by : alitantawi

Jarak Untuk Harus Solat Qasar Dan Jamak

Soalan:

Setiap bulan saya terpaksa ke Bandar M, bandar berhampiran yang jaraknya kira-kira 60 - 70 km sehala untuk membuat pembayaran bil, bank dan sebagainya. Dan perjalanan pergi dan balik berjarak lebih kurang 120 km ke atas. Soalannya, bolehkah saya melakukan solat jamak dan qasar?


Jawapan:

Masalah jarak perjalanan yang mengharuskan jamak dan qasar (begitu juga berbuka puasa), para ulamak berbeza pandangan:-

a) Jumhur ulamak – termasuk Imam-Imam mazhab empat - telah menetapkan jarak tertentu bagi perjalanan (musafir) yang membolehkan seseorang menghimpun dan memendekkan solat.

Menurut mazhab Malik, Syafi’ie dan Ahmad: Jaraknya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah, iaitu kira-kira 85-90KM mengikut ukuran hari ini. Jarak yang dimaksudkan ialah sehala, bukan dua hala.

Menurut Imam Abu Hanifah pula: Perjalanan yang mengharuskan solat jamak dan qasar ialah jarak yang ditempoh selama tiga hari tiga malam (mengikut perjalanan orang Arab zaman dahulu), iaitu tiga marhalah atau lebih kurang 86 KM mengikut ukuran hari ini.

Jadi berdasarkan pandangan jumhur ini, tidak harus saudara/saudari melakukan solat jamak dan qasar kerana jarak perjalanan saudara/saudari –secara sehala- tidak mencapai jarak yang ditetapkan (iaitu dua atau tiga marhalah). Jarak dua marhalah itu di hitung secara sehala iaitu jarak perjalanan pergi dari rumah/kediaman ke tempat musafir, bukan berdasarkan jarak pergi dan balik (yakni dua hala).

b) Segolongan ulamak tidak menetapkan jarak tertentu bagi musafir yang mengharuskan solat jamak dan qasar. Asalkan seseorang itu menempuh satu jarak yang dapat dinamakan musafir (perjalanan) pada bahasa manusia di mana ia keluar dari daerah atau negerinya menuju ke suatu tempat dengan menempuh satu perjalanan, maka haruslah ia mengqasar dan menjamakkan solatnya.

Di antara ulamak yang memberi pandangan sebegini ialah Imam Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim dan asy-Syaukani. Berkata Imam as-Syaukani: “Sesiapa keluar dari negeri/daerahnya menuju ke satu tempat di mana ia dianggap dalam perjalanannya ke tempat tersebut sebagai musafir (yakni orang yang menempuh satu perjalanan), maka harus baginya menqasarkan solat sekalipun jaraknya kurang satu Barid”[1]
- (ad-Darari al-Madhiyyah, hlm. 167).

Berdasarkan pandangan ini, haruslah bagi saudara/saudari melakukan solat jamak dan qasar dengan jarak perjalanan yang saudara/saudari sebutkan itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/265.
2. As-Solah ‘Ala Al-Mazahib al-Arba’ah, Abdul-Qadier ar-Rahbawi, hlm. 228.
3. al-Wajiz Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Quran al-Aziz, Dr. Abdul Adziem Badawi, hlm. 144.
4. Ad-Darari al-Madhiyyah, Imam as-Syaukani, hlm. 167.
5. Fiqh as-Shiyam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 46.

Nota kaki;

[1] Iaitu lebih kurang 22 KM (Lihat; Mu’jam Lughatil-Fiqh, Prof. Dr. Muhammad Rawwas Qal’ah Ji, hlm. 87).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

One Step At A Time

Great achievements rarely ever come in a single shot. They come from a lot of little steps, one after the other, day after day. The successful people in life are able to visualize their goals, but that's really the easy part. Successful people are also able to visualize the pathway to their goals, the series of steps along the way.
That is why planning is so important. You must learn to plan each day, each week, each month, if you're going to reach the ultimate goal.

Great things do not happen by chance. Achievement is not haphazard (sembarangan). You need a strategy, a plan of action. You need to realize that every day is a step along the way, and to plan each day accordingly.

We're all given the same 24 hours in every day, the same 7 days in every week, the same 30 or so days in every month. What we make of that time is largely dependent upon how well we plan and organize the minutes and hours of our lives. Everything you do will have consequences down the road. You can't escape that fact. What you can do is to make sure your actions today will lead to the consequences that you desire.

One useful method is to start with your goal and work backwards. Say you want to sail around the world. To do that, you'll need a boat and plenty of experience sailing it. To get the boat, you'll need money. To get the experience, you'll need to take training courses and crew on other people's boats. To get the money, you'll need to save and invest on a monthly basis. To take the training courses, you'll need to do some research and see who offers the best ones. And so on. . .

Any thing you want to do, any goal you have, can be worked backward like this, all the way back to today. Once you work it back all the way, you have a clear picture of what you need to do today, tomorrow, and every day until your goal is realized.

Achievement does not come from wishful thinking. It comes from action. Before you can take action, you need to know what that action is. Look at where you want to be, and lay out the path to get there. Then, when you get started every morning, you'll know exactly where you're going.

-Ralph Marston

Tuesday, October 27, 2009

Penawar Supaya Dapat Menjauhi Maksiat

Surah Al-Mu'min 40 (Al-Ghafir): Ayat 3 :






Lebih elok ditambah dipermulaan ayat ini dengan "Allahumma". Bagi yang sukar meninggalkan maksiat walaupun telah bertaubat, amalkan bacaan ayat ini setiap kali selepas solat lima waktu dan sebelum tidur.

Credit to: darussyifa

Ikhtiar Pendinding / Pagar Rumah

Kaedah berikut dilakukan sebagai ikhtiar untuk mendinding rumah dan kawasannya, juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggul tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

• Ini tembok Nabi Sulaiman
• Dalamnya laut luarnya kota
• Kalau kamu pecah kota ini
• Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, Al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasuki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan dari lemas.

Wallahu a'lam

Hadis Mengenai Harta Warisan

Dari Humaid bin 'Abdurrahman al Himyari r.a., dari tiga orang anak Sa'ad, yang semuanya menceritakan kepada Huma'id tentang bapa mereka, bahawa Nabi saw. datang mengunjungi Sa'ad ke rumahnya di Mekah, lalu Sa'ad menangis. Nabi s.a.w. bertanya: "Mengapa engkau menangis?". Jawab Sa'ad: "Aku khuatir akan meninggal di negeri (Mekah) yang aku telah hijrah daripadanya, sebagaimana halnya kematian Sa'ad bin Khaulah." Lalu Nabi saw. mendoa, "Allahumma isyfi Sa'dan!" (3 X). Kemudian Sa'ad bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai harta cukup banyak. Sedangkan yang akan mewarisi hartaku itu hanya dua orang anak perempuanku. Bolehkah aku mewasiatkan seluruh hartaku itu?". Jawab beliau, "Tidak boleh!". Ditanya lagi: "Kalau seperdua?". Jawab Nabi: "Tidak boleh!". Lalu ditanya lagi: "Kalau sepertiga?". Jawab Nabi s.a.w: "Sepertiga pun masih terlalu banyak. Sesungguhnya harta yang engkau sedekahkan pasti mendapat pahala. Sekalipun yang engkau belanjakan untuk famili dan yang dimakan isterimu. Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai."
- Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1610.


Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan Abu Bakar mengunjungi ku dengan berjalan kaki ketika aku sakit di kampung Bani Salamah. Beliau dapati aku sedang tidak sadar. Lalu beliau meminta air untuk berwuduk, kemudian sisa air mukanya dipercikkannya kepada ku, sehingga aku sedar kerananya. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apa yang harus ku lakukan terhadap harta ku, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat yang berbunyi: "Allah menetapkan bagi mu tentang warisan untuk anak-anakmu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan "(An Nisa' 4: 11).
- Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1589.


Dari Saad r.a., katanya: Sewaktu saya sakit di Mekah, Nabi saw. datang melihat saya. Saya berkata: "Saya memiliki sejumlah harta. Saya akan membuat wasiat untuk menyerahkan seluruh harta saya itu." Jawab Rasul: "Tidak boleh!" "Setengah?" kataku. "Tidak." jawab Rasul. "Apakah boleh sepertiga?" tanyaku lagi. Rasul menjawab: "Sepertiga boleh, tetapi masih terlalu banyak. Engkau lebih baik meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada kamu tinggalkan mereka dalam keadaan melarat dan menjadi beban dari orang lain. Semua pengeluaran yang kamu belanjakan adalah sedekah dan berpahala bagi mu. Bahkan sesuap nasi yang engkau berikan kepada isterimu. Mudah-mudahan janganlah Allah menjadikan engkau seorang yang berguna bagi kelompok manusia, tetapi mendatangkan malapetaka bagi kelompok lain."
- Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1626.

Either Way, You Pay

Constant self discipline is not easy. It is the price you pay for achievement. You basically have two choices in your life. You can chose the "easy" life, a life free from effort and self discipline, or you can chose to pay the price for success.
At any given moment, the "easy" life of leisure and fun is the most effortless choice. The rewards are immediate. It is easier to spend the day at the lake than to spend the day working. It is easier to sit in front of the TV than it is to read a book or write a business plan.

In the long run, however, the easy life leads to mediocrity (kualiti yang tidak berapa baik). If you don't do much, nothing much gets done. Your life gets nowhere.
A life of effort and self discipline is more difficult on a daily basis. You have to get out of bed early every morning. You sometimes have to do things that are unpleasant. It isn't always fun. But you end up accomplishing something. You make something of your life. All those days spent working and disciplining yourself will eventually pay off.

The pain of discipline versus the pain of regret. Either way, YOU pay the price. You can choose to pay the price of discipline now, today, and every day. Or you can chose to pay later with the price of regret. The price of self-discipline is pennies and the price of regret is a fortune. Think of that!

Just imagine how you would feel, knowing you could have had success, accomplishment, and wealth, but didn't do it because you chose the easy life. Just imagine the depth of pain you would feel when you realize it's too late, that you no longer have the energy or the opportunity to make something of yourself. Wouldn't you rather pay the small price of self-discipline now, and look back at a life of accomplishment?

You can choose to go to the beach today, or you can work today, and tomorrow, and the next day, and eventually OWN the beach!

-Ralph Marston

Saturday, October 24, 2009

Solat Sunat

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh.”

- Riwayat Muslim

Huraian:

i) Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula, ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

ii) Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. Terdapat dua jenis sunat rawatib iaitu :

Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya';

Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

iii) Solat sunat boleh didirikan dimana-mana sahaja asalkan tempat tersebut suci menurut syarak dan dilakukan dengan mengadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk mengerjakan solat sunat (kecuali solat Tahiyatul Masjid) ialah dirumah sendiri. Antara hikmahnya ialah supaya seseorang ketua keluarga itu boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah di samping boleh mengelak daripada sifat riya' (menunjuk-nunjuk) atau ujub.

Kisah Mertua

Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati ibu kita. Kita sayang anaknya, kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mertua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibubapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada rasul, ketiga kepada emak dan emak mertua, keempat kepada bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau suami sayang dan melebihkan ibubapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, kewajipan yang pertama kepada Allah, kedua kepada rasul dan ketiga kepada suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak, selain Allah, adalah melalui emak dan ayahnya.

Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pula tidak kenal dengan bapa mertuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati. Dan sebelum balik, Nabi Ibrahim meninggalkan pesan kepada menantunya supaya menyuruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut serta menyampaikan pesanan tadi. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantunya. Sekali lagi, Nabi Ibrahim melawat dan kali ini menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik telah meninggalkan pesan kepada menantunya supaya menyuruh suaminya
mengekalkan alang rumah itu kerana ianya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak kadang-kadang ada yang degil dan tidak mendengar kata. Itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat, perangainya berubah. Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin. Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal, tulislah wasiat kepada anak-anak contohnya: "Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh."


TIPS:
Ibu-ibu juga amalkan surah Toha Ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.

Kewajipan Pesakit

Sakit ialah perkara biasa yang berlaku kepada manusia dan binatang. Sakit ada yang sembuh dan ada yang tidak. Sakit juga ada yang membawa kepada kematian dan ada yang tidak. Ada ketikanya sakit menyebabkan kita seronok dan ada sakit yang kita tidak suka. Tetapi sakit yang akan saya perkatakan ini ialah sakit yang biasanya dikaitkan dengan kematian.

Selain rawatan dan berubat, apakah perkara yang patut kita lakukan bila kita sakit? Saya mengambil intipati penting dari tulisan Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam bukunya Ahkam Al-Jana’iz wa bida’uha.

1. Hendaklah orang yang sakit itu redha dengan qadha’ Allah, sabar dengan qadar-Nya, berbaik sangka kepada Allah. Sebagaimana Nabi SAW menunjukkan ketakjuban terhadap sikap sebenar orang beriman, yang mana, apabila mereka diberikan kebaikan, mereka bersyukur, manakala apabila mereka diberikan kemudaratan, mereka bersabar.

Juga, Nabi SAW bersabda dengan maksudnya: “Janganlah seseorang kamu mati, melainkan dia berbaik sangka dengan Allah Ta’ala”
- (Riwayat Muslim, Baihaqi dan Ahmad)

2. Hendaklah orang yang sakit itu, mempunyai perasaan takut dan berharap. Takut kepada hukuman Allah di atas dosa-dosa yang telah dilakukannya dan pada masa yang sama berharap kepada rahmat daripada Allah SWT.

Pada suatu ketika Nabi SAW menziarahi seorang anak muda yang hampir kepada kematian. Baginda bertanya: “Bagaimana keadaan kamu?” Anak muda itu menjawab, “Demi Allah, Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku berharap kepada Allah, dan sesungguhnya aku takut kepada dosa-dosaku”. Maka jawab Nabi SAW, “Tidak berhimpun dalam hati seseorang hamba Allah seperti ini, melainkan Allah memberinya apa yang dia harapkan dan memberi keamanan kepadanya daripada apa yang dia takuti”.
- (Dikeluarkan oleh Al-Termizi dengan sanad hasan, Ibnu Majah, Abdullah Bin Ahmad dalam Zawa’id Al-Zuhd dan Ibnu Abi Al-Dunya dalam Al-Targhib)

3. Ketika sakit yang bersangatan, tidak dibenarkan kepada si pesakit untuk meminta mati. Ini berdasarkan hadith Ummu Al-Fadhl, apabila Abbas (bapa saudara Nabi) yang ketika itu sakit, merungut-rungut dan berharap supaya cepat mati.

Maka Nabi SAW bersabda kepada bapa saudaranya yang bermaksud, “Wahai pakcik, Janganlah kamu bercita-cita (minta) untuk (disegerakan) mati. Maka sesungguhnya, jika engkau seorang yang baik, maka mati yang lambat itu akan (memberi peluang untuk kamu) menambahkan kebaikan kamu. Maka itu baik untuk kamu. Manakala jika kamu banyak kejahatan, maka mati yang lambat itu akan melambatkan cercaan (hukuman) di atas kesalahan kamu, dan itu baik untuk kamu (kerana sempat untuk bertaubat). Oleh itu janganlah kamu meminta (dipercepatkan) kematian”.
- (Hadith dikeluarkan oleh Ahmad 6/339, Abu Ya’la 7076, Al-Hakim 1/339, dan Al-Hakim berkata hadith tersebut sahih mengikut syarat Bukhari & Muslim dan ini dipersetujui oleh Al-Zahabi tetapi ianya sahih hanya berdasarkan syarat Bukhari sahaja).

Namun begitu, boleh meminta mati dengan meletakkan syarat bahawa jika mati itu mendatangkan kebaikan kepada kita sebagaimana hadith marfu’ yang diriwayatkan oleh Anas r.a.: “Ya Allah, hidupkan aku jika kehidupan ini baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian baik untukku”.
- (Hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Al-Baihaqi 3/377, Al-Irwa’ 683)

4. Jika terdapat hak-hak orang lain ke atas si pesakit (contohnya hutang, pinjaman dsb) maka hendaklah ditunaikan atau diselesaikan hak-hak tersebut.

Nabi SAW memperingatkan kita sebagaimana berikut: “Sesiapa yang mati sedangkan terdapat hutang ke atasnya (yang belum selesai), maka tiada lagi di sana (alam akhirat) dinar dan dirham tetapi (yang ada) ialah kebaikan dan keburukan”.
- (Hadith ditakhrijkan oleh Al-Hakim 2/27, ianya sahih di sisi Al-Hakim dan dipersetujui oleh Al-Zahabi, manakala Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan dengan dua jalan daripada Ibnu Umar dan Al-Munziri mengatakan ianya hasan).

Imam Al-Tabrani pula meriwayatkan dalam Al-Kabir hadith berikut: “Hutang ada dua jenis. Sesiapa yang mati, dan dia berniat untuk membayar hutang tersebut, maka aku menjadi walinya. Dan sesiapa yang mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayar hutangnya itu, maka hutang itu akan dibayar dengan mengambil pahala kebaikannya. Pada masa itu (akhirat), tiada lagi (pembayaran hutang dengan menggunakan) dinar dan dirham.”

5. Hendaklah pesakit berwasiat kepada kaum kerabatnya yang tidak mewarisi harta pusakanya (kerana bukan waris) sebagaimana Surah Al-Baqarah ayat 180.

6. Apabila berwasiat tentang hartanya, maka hendaklah dia membuat wasiat tidak lebih 1/3 daripada hartanya. Adalah lebih baik (afdhal) jika dia berwasiat kurang daripada 1/3 hartanya. Ini berdalilkan kepada hadith Sa’ad Bin Abi Waqas.

Dalam dalil yang lain juga Nabi SAW menunjukkan bahawa membuat wasiat pada kadar 1/3 harta masih dianggap sebagai banyak. Sebab itu lebih baik jika wasiat dibuat pada kadar yang kurang daripada 1/3 harta yang ada.

7. Wasiat tersebut hendaklah disaksikan dengan dua orang saksi lelaki yang adil dan beragama Islam. Jika tiada yang beragama Islam, dibolehkan menggunakan saksi bukan Islam.

8. Tidak dibenarkan mewasiatkan harta kepada ibubapa dan kaum kerabat yang merupakan waris kepada pesakit. Ini berdasarkan khutbah baginda ketika haji perpisahan yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap yang berhak akan haknya, maka tidak boleh berwasiat kepada waris”.

9. Dilarang memberikan wasiat yang memudaratkan, seperti menghalang hak-hak waris atau memberikan kelebihan kepada seorang waris mengatasi waris lain.

10. Wasiat yang mempunyai elemen kejahatan dan batil adalah tertolak.

11. Kebanyakan manusia pada hari ini, biasanya melakukan perkara bid’ah dalam agama mereka termasuk dalam urusan jenazah. Maka wajib ke atas orang Islam untuk memberikan nasihat dan wasiat supaya urusan penyelenggaraan jenazah sehingga kepada pengkebumian dan lain-lain yang bersangkutan dibuat mengikut sunnah Nabi SAW.

Banyak athar sahabat Nabi yang menunjukkan para sahabat berwasiat dengan wasiat sedemikian. Contohnya, wasiat supaya menyegerakan pengkebumian, tidak membina sebarang binaan atas kubur, jangan ada sesuatu yang memisahkan antara mayat dengan tanah, dan perkara-perkara lain yang telah diajar oleh Nabi SAW.

Imam Nawawi dalam Al-Azkar juga menyebut bahawa mustahab yang sangat dituntut, agar diberikan wasiat kepada mereka (yang hadir di sisi pesakit) supaya mereka menjauhkan diri dari perkara bid’ah yang telah menjadi adat dalam masyarakat tentang jenazah.

Sekian.

Oleh : Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani

Friday, October 23, 2009

Are You Too Busy To Do Anything?

How many times do you hear yourself say it. "I'm too busy to do anything." Have you ever thought about what that means -- literally? If you're too busy to do anything, then what are you busy doing??

Think back on all the things you accomplished, and on all the things you hoped to accomplish, but didn't. Where did all the time go? Every day you wake up with a full day ahead of you, with plenty of time to work toward your goals. Then at the end of the day, you often feel that you haven't gotten any closer. What happened?

Chances are, you were too busy. Being busy does not get anything done. Being busy just uses time. Take a look at how you spend your time. Ask yourself why you're doing the things you do. Ask yourself if what you're doing is moving you in the direction of your goals.

Look at your activities with the goal of making the best use of your time. Learn to say no to activities that just keep you busy but don't help you to accomplish anything.

Attitude can play a big part. If you take the attitude that you're trying to "just get through the day", that's exactly what you'll do -- just get through the day!

When you adopt the mindset of "let's see how much I can accomplish today", then you'll likely get a lot more done.

-Ralph Marston

Membaca Ummul Kitab

Hadith :
Daripada Ubadah bin as-Samit r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak membaca padanya Fathatul Kitab, maka solat itu kurang, kurang, tidak sempurna.”

- Muslim dan Abu ‘Uwanah

Huraian:-

Membaca surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada 13 rukun solat. Surah tersebut mestilah dibaca dengan makhraj yang betul. Barulah hati akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap.

Misalnya apabila dibaca ayat keempat dari Surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memiliki hari Akhirat." Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia yang bersesak di padang Masyhar. Terasalah akan kekerdilan dan kelemahan diri di sisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah al-Fatihah yang bermaksud : "Engkaulah yang ku sembah dan Engkaulah tempat ku bermohon." Bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukan menjadi penyembah hawa nafsu atau selainnya.

Ringkasnya membaca surah al-Fatihah dalam solat adalah wajib. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana dengan bacaan tersebut menjadikan diri kita insaf, sekaligus menjamin kita daripada lalai di dalam solat.

Bertafakur Atasi Masalah Keras Hati

Buang ego, sentiasa ingat mati, mampu kembalikan ketenangan jiwa.

SUNGGUH, manusia amat memerlukan ruang dan waktu untuk dirinya bertafakur; menenggelamkan hati dan jiwanya ke alam yang jauh dari unsur keserabutan duniawi. Tekanan dihadapi setiap hari boleh menyebabkan hati manusia menjadi kasar dan bengis sehingga dirinya kehilangan 'sentuhan manusiawi'. Apabila orang lain berasa tidak seronok dengan 'ganasnya hati dan tingkah laku kita', maka sebenarnya kita berada dalam keadaan iman yang mencorot pada peringkat terendah dalam cartanya.

Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.

Dia sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah - menzalimi; kalau berniaga - suka menipu; jika bersahabat - cari peluang berkhianat; apabila kuat - menindas orang lemah; hidupnya untuk memanipulasi orang lain demi kepentingan sendiri.

Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di dalam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum Muslimin, namun selepas habis ibadatnya itu, ia kembali menyakiti orang di sekelilingnya. Puasanya panjang setiap Ramadan, namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa.

Haji dan umrahnya setiap tahun berulang, tetapi rezeki yang dibawa ke tanah suci itu hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskin dan sanak saudaranya. Apakah orang seperti ini merasai kenikmatan ketika ia beribadah?

Tanda kekerasan hati sesungguhnya boleh difahami menerusi tafakur yang mendalam terhadap keperibadian kita sebenar. Tidak dinafikan juga khidmat nasihat orang lain yang mahu memberi komen yang ikhlas walaupun pahit untuk didengar. Tetapi, jarang manusia mengamalkan dua petua itu, tafakur dan dengar nasihat. Padahal kedua-duanya sama penting untuk mematangkan iman seseorang.

Di dalam tafakur kita hanya memikirkan hubungan kita dengan Allah. Orang bertafakur cuba menjawab persoalan menyentuh jiwa kemanusiaannya. Seperti hendak menilai 'siapakah aku' di sisi Allah dan di tengah-tengah umat manusia?
Siapakah diri yang berada pada jasadku ini?

Seorang wanita pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah: "Mengapa hatiku keras dan jiwaku tidak tenang?" Aisyah berkata: "Perbanyaklah mengingati mati, ia boleh melembutkan hati."

Ubat bagi kekerasan hati adalah membuang setiap ego dan kekuatan yang dimiliki dan sentiasa ingat kepada kemusnahan dan kelemahan diri di hadapan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Orang yang keras hati berasa dirinya tidak perlukan orang lain, hartanya boleh menjamin kebahagiaan, pangkat membuatnya rasa aman dan selamat. Sehingga ia tidak berasa takut menzalimi dan menindas sesiapa saja yang tidak penting bagi dirinya. Tetapi, dia lupa ada yang lebih kuat dan berkuasa daripada harta dan pangkatnya itu, tidak ingatkah ia kepada Tuhannya? Yang memberi segala-gala kepada dirinya dan akan mengambil kembali semuanya itu?

Firman Allah mengingatkan kita mengenai 'kuasa hebatNya': "Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
- (Surah Ali Imran ayat: 26)

Ayat ini boleh membantu melembutkan hati ketika kita bertafakur. Ia mengandungi mesej begitu mendalam - kelemahan kita dan kekuatan Allah. Ia mengingatkan kita bahawa kebahagiaan itu hanya dapat dirasai nikmatnya dengan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah sambil berbuat kebaikan ditengah-tengah umat manusia. Kekerasan hati boleh membunuh iman secara perlahan-lahan.

Tanda awalnya boleh dirasa, iaitu ketika manusia berasa kuat dan hebat hingga menolak yang hak dan suka mengikut yang batil. Kemudian taat pada perintah nafsu dan gelojoh memuaskan keinginannya, jauh dari ilmu dan cahaya iman, lupakan akhirat dan akhirnya lari daripada Allah bahkan berlagak hebat melebihi kekuasaan Tuhan.

Allah mengingatkan mereka yang memiliki hati sekeras batu menerusi firmanNYA: "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu itu sungguh ada yang mengalir sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan."
- (Surah Al-Baqarah ayat: 74)

Sedangkan batu boleh pecah terbelah kerana takut kepada Allah di samping itu daripadanya manusia mendapat manfaat. Mengapa si keras hati tidak memikirkan tanda kebesaran Allah supaya hatinya lembut dan tunduk? Hati yang keras dapat diubati dengan tafakur menilai diri sambil mengingati Allah. Tidak cukup setakat itu saja, bahkan kita juga memerlukan tunjuk ajar dan nasihat orang lain untuk menyelongkar ke dasar hati siapakah diri kita sebenarnya menurut perspektif insan di sekeliling kita.

Bantuan Kita Untuk Si Mati

Soalan:-

Suami saya baru meninggal sebulan yang lalu. Selain berdoa, apakah lagi perkara-perkara yang dapat saya lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh? Sekian , terima kasih.

Jawapan:-

a) Berdoa dan memohon ampun untuknya

b) Memberi infak dan bersedekah untuknya; termasuk infak jariah, wakaf dan sebagainya.

c) Berpuasa ganti untuknya atau membayar fidyah.

d) Melunasi hutangnya

e) Melakukan haji untuknya

Perkara di atas telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi manfaat kepadanya di alam barzakh jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh harap kepada Allah SWT. Adapun membaca al-Quran dan berzikir untuk si mati, para ulamak berikhtilaf. Jumhur ulamak berpendapat; ia sampai kepada si mati terutama jika diikuti dengan berdoa selepasnya. Ada sebahagian ulamak berpendapat; ia tidak sampai.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Thursday, October 22, 2009

Ikhlas Menafkahkan Keluarga

Dari Abu Mas'ud r.a., katanya Nabi saw bersabda: "Apabila seorang laki-laki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah."

-Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0045.

It's Not What You Have, It's What You Do With It

Nothing other than life itself really has intrinsic value. In order for anything to have value, you must know what to do with it. And the more productively you can use it, the more value it has.

Knowing what to do with something is more important than the thing itself. This holds true not only for tangible, material things but also for things such as ideas, business contacts, skills and information.

Most people are caught up in the endless pursuit of trying to get enough, of trying to have enough. Such an approach will never work, because just having enough is never enough. You must know what to do with it. In fact, when you know what to do with what you have, you'll discover that you already have enough! That is a very powerful concept. It frees you from the dead-end approach of getting, and focuses you on the wealth-creating approach of giving.

In order to produce wealth, you need to figure out what to do with what you've got. How can you produce maximum value for others, using the skills, knowledge, contacts and resources at your disposal? Answer that question, and you'll immediately start creating wealth.

-Ralph Marston

Memudahkan Jodoh

Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah SWT memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah SWT menyatakan, "Ya Rasul, sesungguhnya Kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar."

Di dalam ayat yang lain Allah SWT menyatakan, “Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira." Allah SWT mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara, maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri, maka mahar dibayar.

Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.

Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Contohnya, oleh kerana anak berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan, maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap pula sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.

Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankannya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta, maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah, maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.

Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab, dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.

Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.
Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah mahar yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.

Kenapa mahar dimahalkan? Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dari kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah SWT. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkanlah ia. Perkahwinan Ali dan anak Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.















Doa hasil tulisan Ustazah Nura Munir-Kedah
"YA ALLAH, JADIKANLAH AKU ORANG YANG DISAYANGI, DI KALANGAN ORANG-ORANG MUKMIN, GEMBIRAKANLAH DAKU DENGAN KEMEWAHAN, DENGAN 120 KEBAJIKAN. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PEMELIHARA DAN SEBAIK-BAIK PEMBERI RAHMAT"

Credit to: http://www.matsomherbs.blogspot.com/2008/12/doa-pendekat-jodoh.html

Masalah Mengganti Puasa

Soalan:-

Pada tahun lepas, saya tidak dapat berpuasa selama beberapa hari atas sebab kedatangan haid. Disebabkan saya mengandung dan mempunyai tekanan darah rendah, pada tahun ini saya hanya dapat mengganti beberapa hari sahaja sebelum bulan Ramadhan. Adakah perlu saya membayar kifarah atau saya hanya perlu berpuasa 2 kali ganda dari jumlah yang perlu saya ganti? Jika perlu saya membayar kifarah, bagaimanakah kiraannya?

Jawapan:-

Puan perlu menggantikan puasa walaupun telah terlepas tahun. Sepatutnya puasa ganti tidak boleh dilengahkan sehingga tiba Ramadan berikutnya melainkan bersebab. Apa yang puan perlu lakukan hanyalah ganti puasa mengikut jumlah hari yang tertinggal pada tahun lalu. Tidak perlu digandakan. Bayarlah fidyah kepada fakir miskin. Satu hari yang ditinggalkan bersamaan setengah gantang, iaitu kira-kira 1 kilo setengah beras.


Ustazah Sakinah

Wednesday, October 21, 2009

Mutiara Kata

"Bahagia tidak dapat dikesan oleh orang lain dengan mudah, kerana bahagia itu hanya diketahui oleh pemilik hati masing-masing. Sedangkan gembira hanya pada zahir, mudah dikesan oleh orang lain dan orang lain mudah tertipu dengan kegembiraan itu."


- Kata-kata di atas adalah dipetik dari buku Diari Nadiah iaitu pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM 2006

Ask Yourself This Question

If you can answer this question, your success is assured. Here it is:

Who stands to gain more from your success than you do?

There's a world of power in that simply phrased question. It drives home the point that your success depends entirely on your ability to provide service and value to others. And it goes beyond that.

Ask yourself this question and be creative about your answer. You'll find a whole world of possibilities opening up.

Fadilat Puasa Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, dianjurkan untuk berpuasa pada hari itu. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada hari itu. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama:-

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : "Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah."
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi

Daripada Anas bin Malik telah berkata : "Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari (menyamai) seribu hari, hari Arafah (menyamai) sepuluh ribu." (Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan)
- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah SWT di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

maraji :

1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

Allah SWT Tambah Nikmat Jika Bersyukur

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah SWT.

Nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
- (Surah an-Nahl, ayat 18)

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah SWT serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam yang fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah SWT dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: Setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat yang kekal abadi.'

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2. Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih."
- (Surah an-Nahl, ayat 78)

Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap 'mendatang' itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.

Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam-tanaman, sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur. "Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur."
- (Surah Yasin, ayat 33 hingga 35)

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andaikata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan terasalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah SWT sebagai pemberian daripada-Nya.

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah SWT akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah SWT adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya."
- (Surah an-Nahl, ayat 144)

Lawannya syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah SWT yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah SWT untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain.

Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.

Mata dijadikan Allah SWT untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.

Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Barang siapa yang bersyukur, maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang engkar, maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia."
- (Surah al-Naml, ayat 40)

Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya.

Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata.

Sesungguhnya bagi orang bersyukur, maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah SWT dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu bersyukur, maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
- (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita, baik nikmat lahir atau batin.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah SWT baik di dunia atau akhirat.

Monday, October 19, 2009

Mengirim Salam Kepada Rasulullah saw

Adakah amalan mengirim ucapan salam kepada Rasullah SAW melalui orang lain yang hendak ke Baitullah / menziarahi Makam Rasullullah SAW adalah dibolehkan & jika boleh, bagaimanakah sepatutnya ia dilakukan?

Jawapan:

Seseorang yang menziarahi kubur Nabi saw disunatkan mengucapkan salam kepada baginda saw dengan ucapan:

“Assalaamu ‘alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmat Allaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu ‘alaika wa ‘ala aalika wa ashaabika”

(“Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan rahmat dan berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”)

Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain. Amalan-amalan ini hanya disunatkan kepada mereka yang menziarahi kubur sahaja.

Amalan mengirim salam kepada baginda saw atau pun kepada kubur sesiapa tidak terdapat dalilnya di dalam mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi saw.

Sheikh Saleh Al-Munajjid mengatakan : “Ada dikalangan mereka yang tidak dapat pergi ke Madinah mengirim salam kepada Nabi saw melalui mereka yang melakukan ziarah, beberapa dari mereka berdiri sambil menyampaikan salam tersebut. Ini adalah amalan bid’ah, dan perkara yang telah dicipta. Mereka yang mengirimkan salam dan mereka yang menyampaikannya hendaklah melakukan sedemikian, dan tidak ada keperluan melakukan demikian, kerana Nabi saw bersabda ‘Selawat ke atas ku kerana sesungguhnya salam anda sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada’
-[hadith riwayat Abu Daud #2042]

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani juga didalam buku Manaasik al-Haj wa Al-Umrah, didalam bab Bid’ah ziarah di Masjid Nabawi (Bid’ah no:133) mengatakan bahawa adalah perbuatan bid’ah : “Mengirim salam kepada para Haji dan penziarah ke atas Nabi saw dan membebankan selawat mereka keatasnya”

Apa yang dianjurkan di dalam Islam kepada sesiapa yang ingin memberi salam kepada Nabi ialah memperbanyakkan selawat kepada baginda dan tidak perlu mengirimkan melalui orang lain.

Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat di atas bumi yang mengembara keliling meyampaikan kepadaku salam dari umatku”
– [Hadith riwayat Ahmad 1/144, Al-Nasaa'i #1282, dikelaskan sahih oleh Al-Albani]

Hanya kepada mereka yang berada di makam Nabi saw, digalakkan memberi salam kepadanya dan juga memperbanyakkan selawat di mana sahaja mereka berada. Wallahu’alam.

================

Rujukan :
1. Sheikh Saleh Al-Munajjid.
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Manaasik al-Haj wa Al-Umrah. Damsyik : maktabah Al-Islamiyyah, 1976.

Mandi Junub Selepas Imsak

Soalan:-

Berkenaan dengan mandi junub, di dalam bulan Ramadhan, adakah kita perlu mandi junub sebelum imsak atau pun boleh mandi junub selepas imsak?

Jawapan:-

Tidak menjadi masalah mandi junub selepas imsak, malah selepas masuk waktu subuh. Ia tidak memberi sebarang kesan kepada puasa. Yang perlu dijaga ialah jangan bersetubuh selepas masuk waktu subuh kerana ia membatalkan puasa. Adapun bersetubuh sebelum masuknya subuh, ia tidak membatalkan puasa sekalipun mandi junub dilakukan selepas subuh.

Saidatinia ‘Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. pernah menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”
- (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas masuk waktu subuh. Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas subuh. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Never Stop Learning

All men who have turned out worth anything,
have had a chief hand in their own education.
-- Sir Walter Scott



The one thing in life that can never be taken away from you is your education. You can lose your money, your home, your job, and even your family. You can never lose the things you learn.

Education is not just what you learn in school. Unfortunately, many people make the mistake of "finishing" their education when they graduate. And education is not just learning facts. Education is learning how to learn on a continuing basis.

It is more important than ever that you never stop learning. With the rapid advances in knowledge and technology, information quickly becomes obsolete (lapuk/ kuno/ tidak digunakan lagi). So you must learn not only the facts, but more importantly, how to find the information you need.

If you are not continually updating your knowledge you will be left behind. You must always be looking for a better way to do something, for the knowledge that will make you more effective.


- Ralph Marston

Orang Yang Beruntung Di Hari Kiamat

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, saya bertanya: "Ya Rasulullah! Siapakah orang yang amat beruntung mendapat pertolongan engkau di hari kiamat?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku menduga, hai Abu Hurairah, belum pernah ada seseorang pun yang bertanya sebelum engkau tentang ini, kerana ku lihat engkau seperti berhasrat untuk memperoleh keterangan (pengetahuan). Orang yang paling beruntung mendapat pertolongan ku di hari kiamat ialah orang yang mengucapkan "La ilaha iillallah" (Tiada yang disembah selain Allah) dengan ikhlas dari hatinya."
- Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1768.

Sunday, October 18, 2009

Kesilapan & Ketidak-sempurnaan Dalam Ibadat & Amalan

Berikut adalah sebahagian petikan dari ceramah Dato' Ismail Kamus:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak, dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sangat nak buka puasa, kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat.

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji, dijaga sepenuhnya tetapi hukum-hukum yang lain langsung tidak mahu ikut cara Islam. Contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang tu satu jam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya, kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yang tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb... buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun, baca sorang-sorang sudah cukup, tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yang sedang tidur itu. Inikan pulak sekampung??

Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun, agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu, cukuplah. Tak payah lama-lama. Sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Ini kerana bimbang kita tidak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat juga. Itu cuma gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca.

Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu, lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua, takbir yang kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga. Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama dan jangan peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin". Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yang sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yang menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi (hidung sunat sahaja), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT IBU JARI KAKI. Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud, barulah perutnya boleh mencecah tanah.

Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud, tidak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Berjaga- jaga!! Jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh macam ni, menyebabkan solat kita tidak diterima oleh Allah.

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya! Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas, itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yang mempunyai ruang terhad dan orangnya ramai, contohnya di surau R&R, dalam kapalterbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, teruslah bangun untuk bagi ruang kepada orang lain pula untuk solat. Tak payah nak berwirid / berdoa panjang-panjang, sembahyang sunat ba'diah sebab lebih utama untuk kita beri orang lain peluang untuk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara-perkara sunat, lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib, sebab waktunya pendek. Saya perhatikan dekat R&R, ramai orang macam ni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya, jika kita sudah cukup duit hendak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Guna duit tu untuk membantu saudara kita. Itu yang dituntut dalam Islam.

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih utama. Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba-tiba ada tetamu datang, tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai tetamu pulang, baru buat solat ba'diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar, walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi. Tetapi jika untuk qada solat ba'diah zohor, boleh, kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi s.a.w. tapi itu pun jika ada hal yang tidak dapat dielakkan. Kalau saja-saja hendak qada, tidak boleh.

Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama, boleh menyebabkan ibadat kita sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yang bakal ditinggalkan, tak dihebohkan untuk menyiapkan sesuatu yang bakal dibawa... .. Renung-renungkanlah ...


Posted By : danial7

Hadis-Hadis Berkenaan Solat

Rasulullah s. a. w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat"
- H. R. Bukhari dan Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha), maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna"
- H. R. Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan umrah sunat"
- H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda : "Dua rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya"
- H. R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
- H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
- H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka"
- H. R. Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"
- H. R. Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
- H. R. Bukhari

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga, maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).
- H. R. Muslim & Ahmad

Rasulullah s. a. w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya"
- H. R. Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai"
- H. R. Sahih Muslim

Rasullulah s. a. w bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70x solat tanpa siwak"
- H. R. Zanjawaih & Hakim

Rasullulah s. a. w bersabda : "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban"
- H. R. Ibn'Asakir

Rasulullah s. a. w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas"
- H. R. Bukhari & Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu"
- H. R. Bukhari & Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan malaikatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama"
- H. R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat"
- H. R. Abu Dawud

Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan"
- H. R. Attabrani

Make People Feel Needed

Remember always that people want to feel needed. They want to help out and be a part of what you are doing. When you satisfy this desire in people, you receive their admiration, loyalty, respect and cooperation.

Other people can be a powerful source of ideas, of motivation, of business contacts -- if you encourage their participation. Most people are only too willing to help. Most people are genuinely flattered when you ask for their opinion or their expertise (kepakaran / kemahiran).

On the other hand, you must not take advantage of people. Asking someone for their help, out of laziness on your part, will not win you any points. People are willing to help you, only if they see you are putting forth your own best effort. No one will want to help you, if you don't help yourself. However, if you're striving (berusaha) toward excellence every day, people will jump all over themselves to be a part of what you are doing.

Always show sincere appreciation. People will want to help you, only if they feel you are truly grateful. If you're always willing to help and advise others, then there will be plenty of people whom you, in turn, can call on for advice and assistance.

It's very, very difficult to accomplish anything alone. And it is quite unnecessary as well. There are plenty of people willing to help you if you will only ask.

-Ralph Marston

Saturday, October 17, 2009

Pengertian Hadis

Hadis adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an.

Ada banyak ulama periwayat hadis, namun yang sering dijadikan referensi hadis-hadisnya ada tujuh ulama, yakni:-
1.Imam Bukhari,
2.Imam Muslim,
3.Imam Abu Daud,
4.Imam Turmudzi,
5.Imam Ahmad,
6.Imam Nasa'i, dan
7.Imam Ibnu Majah.

Ada bermacam-macam hadis, seperti yang diuraikan di bawah ini:-

I. Hadis yang dilihat dari banyak sedikitnya perawi

1) Hadis Mutawatir

2) Hadis Ahad -

a) Hadis Shahih
b) Hadis Hasan
c) Hadis Dha'if

II. Menurut Macam Periwayatannya

1)Hadis yang bersambung sanadnya (hadis Marfu' atau Maushul)

2)Hadis yang terputus sanadnya -

a) Hadis Mu'allaq
b) Hadis Mursal
c) Hadis Mudallas
d) Hadis Munqathi
e) Hadis Mu'dhol

III. Hadis-hadis dha'if disebabkan oleh cacat perawi

1) Hadis Maudhu'
2) Hadis Matruk
3) Hadis Mungkar
4) Hadis Mu'allal
5) Hadis Mudhthorib
6) Hadis Maqlub
7) Hadis Munqalib
8) Hadis Mudraj
9) Hadis Syadz

IV. Beberapa pengertian dalam ilmu hadis

V. Beberapa kitab hadis yang masyhur / popular

_______________________________________________________________

I. HADIS YANG DI LIHAT DARI BANYAK SEDIKITNYA PERAWI

A. Hadis Mutawatir

Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh sekelompok orang dari beberapa sanad yang tidak mungkin sepakat untuk berdusta. Berita itu mengenai hal-hal yang dapat dicapai oleh pancaindera. Dan berita itu diterima dari sejumlah orang yang semacam itu juga. Berdasarkan itu, maka ada beberapa syarat yang harus dipenuhi agar suatu hadis bisa dikatakan sebagai hadis Mutawatir:

1.Isi hadis itu harus hal-hal yang dapat dicapai oleh pancaindera.

2.Orang yang menceritakannya harus sejumlah orang yang menurut ada kebiasaan, tidak mungkin berdusta. Sifatnya Qath'iy.

3.Pemberita-pemberita itu terdapat pada semua generasi yang sama.

B. Hadis Ahad

Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau lebih tetapi tidak mencapai tingkat mutawatir. Sifatnya atau tingkatannya adalah "zhonniy". Sebelumnya para ulama membahagi hadis Ahad menjadi dua macam, yakni hadis Shahih dan hadis Dha'if. Namun Imam At Turmudzy kemudian membahagi hadis Ahad ini menjadi tiga macam, iaitu:

B.1. Hadis Shahih

Menurut Ibnu Sholah, hadis shahih ialah hadis yang bersambung sanadnya. Ia diriwayatkan oleh orang yang adil lagi dhobit (kuat ingatannya) hingga akhirnya tidak syadz (tidak bertentangan dengan hadis lain yang lebih shahih) dan tidak mu'allal (tidak cacat). Jadi hadis Shahih itu memenuhi beberapa syarat sebagai berikut :

1.Kandungan isinya tidak bertentangan dengan Al-Qur'an.
2.Harus bersambung sanadnya
3.Diriwayatkan oleh orang / perawi yang adil.
4.Diriwayatkan oleh orang yang dhobit (kuat ingatannya)
5.Tidak syadz (tidak bertentangan dengan hadis lain yang lebih shahih)
6.Tidak cacat walaupun tersembunyi.

B.2. Hadis Hasan

Ialah hadis yang banyak sumbernya atau jalannya dan dikalangan perawinya tidak ada yang disangka dusta dan tidak syadz.

B.3. Hadis Dha'if

Ialah hadis yang tidak bersambung sanadnya dan diriwayatkan oleh orang yang tidak adil dan tidak dhobit, syadz dan cacat.

II. MENURUT MACAM PERIWAYATANNYA

A. Hadis yang bersambung sanadnya

Hadis ini adalah hadis yang bersambung sanadnya hingga Nabi Muhammad SAW. Hadis ini disebut hadis Marfu' atau Maushul.

B. Hadis yang terputus sanadnya

B.1. Hadis Mu'allaq

Hadis ini disebut juga hadis yang tergantung, yaitu hadis yang permulaan sanadnya dibuang oleh seorang atau lebih hingga akhir sanadnya, yang berarti termasuk hadis dha'if.

B.2. Hadis Mursal

Disebut juga hadis yang dikirim iaitu hadis yang diriwayatkan oleh para tabi'in dari Nabi Muhammad SAW tanpa menyebutkan sahabat tempat menerima hadis itu.

B.3. Hadis Mudallas

Disebut juga hadis yang disembunyikan cacatnya. Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh sanad yang memberikan kesan seolah-olah tidak ada cacatnya, padahal sebenarnya ada, baik dalam sanad ataupun pada gurunya. Jadi hadis Mudallas ini ialah hadis yang ditutup-tutupi kelemahan sanadnya.

B.4. Hadis Munqathi

Disebut juga hadis yang terputus iaitu hadis yang gugur atau hilang seorang atau dua orang perawi selain sahabat dan tabi'in.

B.5. Hadis Mu'dhol

Disebut juga hadis yang terputus sanadnya iaitu hadis yang diriwayatkan oleh para tabi'it dan tabi'in dari Nabi Muhammad SAW atau dari Sahabat tanpa menyebutkan tabi'in yang menjadi sanadnya. Kesemuanya itu dinilai dari ciri hadis Shahih tersebut di atas adalah termasuk hadis-hadis dha'if.

III. HADIS-HADIS DHA'IF DISEBABKAN OLEH CACAT PERAWI

A. Hadis Maudhu'

Yang berarti yang dilarang, Iaitu hadis dalam sanadnya terdapat perawi yang berdusta atau dituduh dusta. Jadi hadis itu adalah hasil karangannya sendiri bahkan tidak pantas disebut hadis.

B. Hadis Matruk

Yang berarti hadis yang ditinggalkan, Iaitu hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi saja sedangkan perawi itu dituduh berdusta.

C. Hadis Mungkar

Yaitu hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi yang lemah yang bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang terpercaya / jujur.

D. Hadis Mu'allal

Artinya hadis yang dinilai sakit atau cacat Iaitu hadis yang didalamnya terdapat cacat yang tersembunyi. Menurut Ibnu Hajar Al Atsqalani bahwa hadis Mu'allal ialah hadis yang nampaknya baik tetapi setelah diselidiki ternyata ada cacatnya. Hadis ini biasa disebut juga dengan hadis Ma'lul (yang dicacati) atau disebut juga hadis Mu'tal (hadis sakit atau cacat).

E. Hadis Mudhthorib

Artinya hadis yang kacau Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi dari beberapa sanad dengan matan (isi) kacau atau tidak sama dan kontradiksi dengan yang dikompromikan.

F. Hadis Maqlub

Artinya hadis yang terbalik Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang dalamnya tertukar dengan mendahulukan yang belakang atau sebaliknya baik berupa sanad (silsilah) maupun matan (isi).

G. Hadis Munqalib

Yaitu hadis yang terbalik sebahagian lafalnya hingga pengertiannya berubah.

H. Hadis Mudraj

Yaitu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang didalamnya terdapat tambahan yang bukan hadis, baik keterangan tambahan dari perawi sendiri atau lainnya.

I. Hadis Syadz

Hadis yang jarang iaitu hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang tsiqah (terpercaya) yang bertentangan dengan hadis lain yang diriwayatkan dari perawi-perawi(periwayat / pembawa) yang terpercaya pula. Demikian menurut sebagian ulama Hijaz sehingga hadis syadz jarang dihafal ulama hadis. Sedang yang banyak dihafal ulama hadis disebut juga hadis Mahfudz.

IV. BEBERAPA PENGERTIAN (ISTILAH) DALAM ILMU HADIS

A. Muttafaq 'Alaih

Yaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari sumber sahabat yang sama, atau dikenal juga dengan Hadis Bukhari - Muslim.

B. As Sab'ah

As Sab'ah berarti tujuh perawi, yaitu:
1.Imam Ahmad
2.Imam Bukhari
3.Imam Muslim
4.Imam Abu Daud
5.Imam Tirmidzi
6.Imam Nasa'i
7.Imam Ibnu Majah

C. As Sittah

Yaitu enam perawi yang tersebut pada As Sab'ah, kecuali Imam Ahmad bin Hanbal.

D. Al Khamsah

Yaitu lima perawi yang tersebut pada As Sab'ah, kecuali Imam Bukhari dan Imam Muslim.

E. Al Arba'ah

Yaitu empat perawi yang tersebut pada As Sab'ah, kecuali Imam Ahmad, Imam Bukhari dan Imam Muslim.

F. Ats tsalatsah

Yaitu tiga perawi yang tersebut pada As Sab'ah, kecuali Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Majah.

G. Perawi

Yaitu orang yang meriwayatkan hadis.

H. Sanad

Sanad berarti sandaran yaitu jalan matan dari Nabi Muhammad SAW sampai kepada orang yang mengeluarkan (mukhrij) hadis itu atau mudawwin (orang yang menghimpun atau membukukan) hadis. Sanad biasa disebut juga dengan Isnad berarti penyandaran. Pada dasarnya orang atau ulama yang menjadi sanad hadis itu adalah perawi juga.

I. Matan

Matan ialah isi hadis baik berupa sabda Nabi Muhammad SAW, maupun berupa perbuatan Nabi Muhammad SAW yang diceritakan oleh sahabat atau berupa taqrirnya.

V. BEBERAPA KITAB HADIS YANG MASYHUR/POPULAR

1.Shahih Bukhari
2.Shahih Muslim
3.Riyadhus Shalihin


Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/hadits