Dari Humaid bin 'Abdurrahman al Himyari r.a., dari tiga orang anak Sa'ad, yang semuanya menceritakan kepada Huma'id tentang bapa mereka, bahawa Nabi saw. datang mengunjungi Sa'ad ke rumahnya di Mekah, lalu Sa'ad menangis. Nabi s.a.w. bertanya: "Mengapa engkau menangis?". Jawab Sa'ad: "Aku khuatir akan meninggal di negeri (Mekah) yang aku telah hijrah daripadanya, sebagaimana halnya kematian Sa'ad bin Khaulah." Lalu Nabi saw. mendoa, "Allahumma isyfi Sa'dan!" (3 X). Kemudian Sa'ad bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai harta cukup banyak. Sedangkan yang akan mewarisi hartaku itu hanya dua orang anak perempuanku. Bolehkah aku mewasiatkan seluruh hartaku itu?". Jawab beliau, "Tidak boleh!". Ditanya lagi: "Kalau seperdua?". Jawab Nabi: "Tidak boleh!". Lalu ditanya lagi: "Kalau sepertiga?". Jawab Nabi s.a.w: "Sepertiga pun masih terlalu banyak. Sesungguhnya harta yang engkau sedekahkan pasti mendapat pahala. Sekalipun yang engkau belanjakan untuk famili dan yang dimakan isterimu. Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai."
- Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1610.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan Abu Bakar mengunjungi ku dengan berjalan kaki ketika aku sakit di kampung Bani Salamah. Beliau dapati aku sedang tidak sadar. Lalu beliau meminta air untuk berwuduk, kemudian sisa air mukanya dipercikkannya kepada ku, sehingga aku sedar kerananya. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apa yang harus ku lakukan terhadap harta ku, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat yang berbunyi: "Allah menetapkan bagi mu tentang warisan untuk anak-anakmu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan "(An Nisa' 4: 11).
- Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1589.
Dari Saad r.a., katanya: Sewaktu saya sakit di Mekah, Nabi saw. datang melihat saya. Saya berkata: "Saya memiliki sejumlah harta. Saya akan membuat wasiat untuk menyerahkan seluruh harta saya itu." Jawab Rasul: "Tidak boleh!" "Setengah?" kataku. "Tidak." jawab Rasul. "Apakah boleh sepertiga?" tanyaku lagi. Rasul menjawab: "Sepertiga boleh, tetapi masih terlalu banyak. Engkau lebih baik meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada kamu tinggalkan mereka dalam keadaan melarat dan menjadi beban dari orang lain. Semua pengeluaran yang kamu belanjakan adalah sedekah dan berpahala bagi mu. Bahkan sesuap nasi yang engkau berikan kepada isterimu. Mudah-mudahan janganlah Allah menjadikan engkau seorang yang berguna bagi kelompok manusia, tetapi mendatangkan malapetaka bagi kelompok lain."
- Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1626.
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
makasih hadis-hadis tentang warisannya.
ReplyDeleteSalam Tika
DeleteTerima kasih singgah ke blog. Ilmu kita kongsi bersama semoga dapat dimanfaatkan.