Salji termasuk dalam tujuh air mutlak yang harus digunakan untuk mengambil wudhuk. Oleh demikian, tidak timbul soal hendak tayammum dengan salji kerana tayammum hanya diperlukan ketika ketiadaan air atau ketika sakit.
Ketika ada salji, tidak harus tayammum kerana salji itu termasuk dalam air mutlak. Cuma sebelum berwudhuk dengannya, hendaklah dicairkan terlebih dahulu.
Jika bertayammum kerana darurat disebabkan tidak mampu menggunakan air (kerana sakit) atau air diperlukan untuk minum, maka tayammum hanya disyariatkan dengan tanah sahaja sebagaimana firman Allah (bermaksud); “…dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu….”.
- (al-Maidah: 6)
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment