4 Kewajipan Terhadap Al-Quran:-
Imam Hasan Al-Banna dalam satu taujihatnya kepada ahli-ahli Ikhwan Muslimin berkata: "Hendaklah kamu tunaikan empat kewajipan kamu terhadap al-Quran" -
1. Meyakini bahawa tidak ada jalan hidup yang selamat melainkan yang diambil daripada Al-Quran. Sebarang sistem atau peraturan dalam apa bidang sekalipun, jika tidak bersandar atau tidak di ambil daripada Al Quran, maka ia pasti akan menemui kegagalan.
2. Menjadikan Al-Quran sebagai teman hidup iaitu dengan selalu membacanya dan bersungguh-sungguh ketika membacanya. Membaca Al-Quran hendaklah dijadikan amalan tetap pada setiap hari.
3. Menghormati Al-Quran iaitu dengan menjaga adab-adab ketika membaca Al-Quran dan juga ketika mendengar bacaan Al-Quran.
4. Beramal dengan segala ajaran dan hukum-hakam yang terkandung di dalam Al-Quran. Hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran terbahagi kepada dua kategori:
a) Hukum-hakam yang berkait dengan setiap individu; iaitu hukum-hakam yang khusus kepada setiap manusia secara individu seperti solat, puasa, haji, taubat, istighfar dan akhlak-akhlak terpuji (benar, memenuhi janji, amanah) dan sebagainya.
b) Hukum-hakam yang berkait dengan masyarakat atau sosial; iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan pemerintahan dan hal-hal yang menjadi kewajipan negara seperti menegakkan undang-undang jenayah Islam (hudud), jihad dan sebagainya. Hukum-hakam ini menjadi kewajipan ke atas negara untuk melaksanakannya. Sekiranya negara tidak melaksanakannya, maka ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan kewajipan masyarakat pada ketika itu (iaitu ketika hukum-hakam sosial ini tidak dilaksanakan).
- (Hassan al Banna, Hadis as-Thulasa’, hlm. 14-17)
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment