Monday, May 31, 2010

Watch And Imitate

The best and fastest way to learn a sport
is to watch and imitate a champion.

-- Jean-Claude Killy


Do you want to be successful in any particular undertaking? Then find someone else who has done it, and do exactly what they did. Model your actions on successful experience.

Successful people are not simply lucky. Luck has nothing to do with it. Success comes from specific actions, taken in a specific way. Winners make it look easy, and effortless, but it is not. Behind every successful person is a long line of effort, a specific sequence of actions.

Discover what those actions are, repeat them, and you too can have the same result. Don't waste your time directing envy or resentment toward successful people. Instead, be curious. Find out all you can. Ask questions. Read books and articles. Listen. Observe. Learn from the experience of those who have reached the top, and you'll be on your way there.

-Ralph Marston

Binatang Yang Mati Kerana Lemas

Hadith :

Adiy bin Abi Hatim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila haiwan yang engkau panah jatuh di dalam air lalu tenggelam dan mati maka janganlah engkau memakannya.”

- (HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Huraian:

Binatang-binatang yang hendak dimakan, hendaklah dipastikan halal termasuk cara ia dimatikan samada mati disembelih atau mati dipanah; bukan mati kerana tertindih, dilanggar dan sebagainya.

Hal ini kerana pada hari ini terdapat banyak keraguan dalam bab penyembelihan binatang. Contohnya ada ayam yang telah disembelih tetapi mati buka kerana sembelih tetapi kerana tertindih di dalam tong berisi ayam-ayam lain yang disembelih.

Mati kerana ditindih atau lemas disahkan tidak halal sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas.

Membaca AlQuran Dari Tulisan Romanis

Soalan:

Saya membaca Surah Yassin tapi saya membacanya dari tulisan romanis. Saya telah menyemak bacaan saya (sebutannya) dengan membaca dihadapan orang yang biasa membaca surah Yassin dan saya juga telah menyemak bacaan saya melalui petikan bacaan dari CD bacaan Al-Quran. Apakah hukumnya?

Jawapan:

Surah Yaasin adalah salah satu surah-surah al-Qur'an. Al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa dan lidah Arab di mana bahasanya, hurufnya, cara membacanya, susunan katanya, pengertiannya adalah menurut kaedah Bahasa Arab.

Hukum menulis atau membaca ayat-ayat al-Qur'an dengan huruf romanis/latin atau huruf selain arab adalah HARAM menurut Mazhab Syafi'e. Penulisan dan pembacaan al-Qur'an dengan huruf selain Arab boleh merosak dan merubah lafaz al-Qur'an, boleh menambah dan mengurangi huruf al-Qur'an, boleh merosak bacaan al-Qur'an dari segi makhraj dan sebagainya.

Oleh itu, membaca surah Yaasin dan apa-apa juga ayat atau surah al-Qur'an hendaklah yang ditulis dalam bahasa Arab terutamanya mushaf al-Qur'an itu sendiri. Sekiranya tidak mampu untuk membaca al-Qur'an, maka wajiblah dipelajari sedaya mungkin daripada guru yang mengetahui.

Wallahu a'lam.

Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=228

Friday, May 28, 2010

Priorities

In order to accomplish anything, you cannot do everything.

Life is constantly presenting you with an infinite number of possibilities. Yet no matter how rich, or talented, or well connected you are, you can only do so much. There are only 24 hours in a day.

Everything of value comes at a price. If it didn't have a price, it would have no value. And the price is sacrifice. In order to have anything, you must sacrifice other things. In order to play the violin, you must sacrifice the time it takes to learn and practice the instrument.

Every time you make a choice, you are expressing your priorities.

If you don't like where your life is going, take a good look at your priorities. Not the priorities you claim to have, but the priorities that are revealed by your choices.

Every choice is a decision to sacrifice all the other possibilities. You must decide which possibility is the most important to you at any given time.

What are your priorities? Make your choices accordingly.

-Ralph Marston

Menjaga Kehebatan Diri Dalam Pergaulan

Jangan Ada Benci Di Hati

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu Aaha Adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibubapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru, hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

Dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah SWT.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."

Wallahu'alam

Author : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Mengawet Mayat

Mengawet mayat atas sebab-sebab yang mendesak, hukumnya adalah harus.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
11 Oktober 1993 • Muzakarah Kali Ke-33

Hakikat kebijaksanaan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah SWT dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

- Riwayat at-Tirmidzi

Huraian:

1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.

2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda), seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan, maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.

3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah Allah) dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.

4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain.

5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan.

6. Orang yang bersedekah.

7. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

Monday, May 24, 2010

Self Interest

Take care of yourself first!

No matter how much you may want to give to others, if you don't have anything yourself, then you have nothing to give.

Self interest is not selfish. It is highly responsible. Taking care of yourself means being responsible for yourself, and there is nothing selfish about that.
Self interest is a powerful creative force.

The more you take care of your self, of your own needs and desires, the more you have to contribute to life. And the more you have to contribute, the more you become.

It is an upward spiral that begins when you take responsibility for your own life, and begin to look out for your own interest. Everyone benefits when you take care of yourself.

-Ralph Marston

IKHTIAR UNTUK MEMANGGIL ANAK YANG HILANG

Antara amalan-amalan untuk membawa pulang individu yang hilang:-

1. Membaca surah Al-Fatihah 11x dengan setiap surah dalam satu nafas tiap-tiap lepas solat.

Pada ayat:


Yang bermaksud: "Engkau (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada-Mu kami minta tolong", terus berdoa dalam hati agar pulangkan anak.

2. Amalkan membaca 40x surah Al-Ikhlas sehari dengan setiap surah senafas.

Pada ayat kedua:


Yang bermaksud: “Hanya Allah tempat meminta”, terus lintaskan dalam hati nama anak yang hilang tu.

3. Amalkan solat hajat setiap tengah malam dengan istiqomah.

4. Baca surah Taha dari Ayat satu hingga enam 11x tiap-tiap lepas solat, niatkan dengan istiqomah supaya anak pulang ke pangkuan.


Terjemahah:
"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah. "


DICATAT OLEH EN AHMAD
urutdanrawat@yahoo.com.my

Cantik Dan Anggun

Hadith :

Dari Anas bin Malik katanya: “Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”

- (Muslim)

Huraian:

Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia termasuk semua aturan-aturannya. Justeru kebersihan diri adalah antara ciri-ciri utama yang mesti ada bagi sesiapapun yang ingin kelihatan cantik dan anggun. Sedangkan menarik tidak semestinya yang cantik tetapi yang pasti ialah bersih dan kemas. Maka sesuai dengan kejadian kita yang telah disempurnakan oleh Allah SWT hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.

Kebersihan menjamin kesihatan. Islam mementingkan personaliti yang baik, kemas dan bersih. Janganlah kita mencontohi watak, penampilan, pakaian mahupun gaya orang-orang yang pengotor kerana orang yang pengotor itu adalah saudara kepada syaitan.

Saturday, May 22, 2010

Response Ability

Responsibility is "response ability". Literally the ability to respond.
Not to complain.
Not to blame.
Not to make excuses.

To respond.
To meet challenges head on.
To find solutions.
To get things done when they need to be done.

No one gives you responsibility. You step up and take it. It's not something that you have to fight for -- usually there are few people willing to shoulder responsibility. Responsibility is yours for the taking. So take it.

A person with proven responsibility will always be in demand. When you have a reputation for confronting challenges rather than running away; for getting things done rather than making excuses, magnificent opportunities open up for you.

Responsibility does not depend on your job title. It depends on your willingness to make a difference.

-Ralph Marston

8 Tabiat

8 TABIAT dan OBJEKTIF KITA UNTUK TERUS BERDAYA MAJU

1) Jadi Pro-aktif
Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma

2) Mula dengan Mengingati Matlamat
Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi

3)Utamakan Perkara Penting Dahulu
Mengutamakan perkara penting dahulu

4) Fikirkan Menang-Menang
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran “Abundance Mentality”

5) Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami
Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah penyelesaian masalah

6) Bersinergi
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan

7) Menajamkan Gergaji (fikiran)
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan

8 ) Mengeji Perbuatan Maksiat
Sentiasa bebaskan diri dari maksiat


A. Pembangunan Diri:- Tabiat 1, 2, 3 dan 8

B. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2, 3, 5, 6, 7

C. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4, 5, 6

D. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5, 6

E. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3, 6

F. Pengurangan Kos:- Tabiat 1, 3, 4, 6

G. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2, 3, 5, 6

H. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2, 5, 6

I. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4, 5, 6

J. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2, 4, 5, 6

K. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:- Tabiat 1, 2, 4, 5, 6

L. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

M. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4, 5, 6 dan 8

Sumber: http://newszune.blogspot.com

Mengelak Penyakit Berjangkit

Hadith :

Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ”Tidak ada penularan”, kemudian ditambahkannya pula, “Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat.”

- (Muslim)

Huraian:

Kita selalu diingatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat demi menjaga kesihatan. Jika kita mengamalkannya, besar kemungkinan kita memperoleh tahap kesihatan terbaik.

Namun jika berlaku sebaliknya, contohnya kita hidup bergelumang dengan cara hidup tidak sihat, kita terdedah dan berisiko tinggi dilanda pelbagai penyakit. Meskipun kita sedar setiap penyakit ada ubatnya namun mencegah itu lebih baik daripada mengubat.

Sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan nasihat ini terpulang kepada kebijaksanaan sendiri. Tiada penyakit yang berjangkit dengan sendirinya melainkan dengan ketentuan Allah S.W.T. Selain daripada berusaha dengan ubat-ubatan, kita hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T untuk pertolongan-Nya.

Harta Sepencarian

Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian


Keputusan :

Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
22 Februari 2005 • Muzakarah Kali Ke-67

Friday, May 21, 2010

Live And Learn

Learn from your results, especially the ones you didn't intend to have. There is no such thing as failure when you try. There are only results. If the results are not to your liking, you've learned what NOT to do!

Learn from others. The experiences of other people can teach you much about your own life. And, you also learn by teaching others.

Learn from going places you've never gone, meeting people you've never known, living new experiences, reading new ideas.

Learn from taking on challenges, and pushing yourself beyond your boundaries.

Learn by changing your perspective, by considering others' opinions.

Learn from beauty, from love, from caring.

Learn at every opportunity. What you learn is always yours.

Learn more and become more.

-Ralph Marston

Pesan Ibnu Jauzi




http://bjue.blogspot.com/

Malu (al-haya’)

MALU - dari segi bahasa adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sifat yang mulia dan terpuji; jika difahami secara benar maksud dan tatacaranya.

Dalil-Dalil:-

Rasulullah saw bersabda: “Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu sebahagian daripada iman.”
- (Bukhari:9 & Muslim:151)

Hadith yang lain menyebut: “Cabang iman itu 63 bahagian. Yang tertinggi adalah mengucapkan Laa ilaa ha illallah. Bahagian terendah adalah membuang rintangan dijalanan. Adapun malu itu sebahagian daripada iman.”
- (Abu Dawud:4676)

Muara akhlak ialah malu.

Rasulullah saw bersabda: “Malu itu mengandungi kebaikan”
- (Muslim:156, Abu Dawud:4796)

“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.”
- (Bukhari:5766, Muslim:155)

“Malu itu sebahagian daripada iman dan iman tempatnya disyurga sedangkan buruk akhlak itu sebahagian dari kekerasan hati dan tempatnya dineraka.
- (Tirmizi:2009)

“Malu dan iman keduanya tidak boleh dipisahkan. Jika satunya terangkat maka yang lain jua turut terangkat.”
- (Musnad al-Hakim, 1:22)

Jika dicabut rasa malu itu, maka tunggulah saat kehancuran.

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya, maka DIA akan menghilangkan rasa malunya. Maka jika telah dicabut rasa malunya, kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati, dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya, maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.”
- (Ibnu Majah:4054)

Awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifat malu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman dan kemaksiatan, sedangkan kita yang melihat sendiri yang berasa malu atas perbuatan mereka. Manakala mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan.

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya setiap agama ada akhlak tersendiri dan akhlak Islam adalah malu”.
- (Ibnu Majah:4181)

Hadith tersebut tidak bererti satu-satunya akhlak dalam Islam adalah malu akan tetapi akhlak yang paling sempurna dalam Islam adalah sifat malu. Betapa agungnya malu dalam akhlak Islam!

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya apa yang diketahui oleh manusia dari sabda kenabian terdahulu ialah - Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah sesuka hati kamu.”
- (Bukhari:348, Ibnu Majah:4183)

Akhlak malu itu dimiliki para Nabi, kerja keras tanpa keluh kesah. Jika pekerjaan yang anda lakukan itu tidak tercela, maka lakukanlah dengan sungguh-sungguh dan tulus ikhlas.

Rasulullah saw mempunyai rasa malu melebihi gadis pingitan. Jika baginda melihat sesuatu yang tidak baginda sukai, maka akan merahlah muka baginda yang mulia itu dan menjauhkan diri dari melihatnya.


Rujukan: Semulia Akhlak Nabi (Amru Khalid)

Berlagak Kaya Menjadikan Kita Papa!

Ada pihak yang begitu bersungguh-sungguh ingin mempromosi atau menunjuk-nunjukkan kekayaannya, padahal ahli hikmah telah mengungkapkan: “Jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang dia kaya, dia sebenarnya tidak kaya.”

Ironinya, ramai si kaya ‘jadi-jadian’ yang menanggung hutang secara diam-diam atau hidup menjadi penipu (conman) sepanjang zaman atau terpaksa mati sebagai seorang miskin pada akhir hayatnya.

... hanya sekadar renungan..

Tuesday, May 18, 2010

Jalan Untuk Dicintai Orang Yang Dicintai

Dari Usman ra yang bermaksud :

"Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin, maka dia akan dicintai oleh mereka."

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam dan Sebaliknya.

Keputusan :

i. Menderma darah hukumnya harus.

ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.

iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
Muzakarah Kali Ke-4 & Kali Ke-6
13-14 April 1982 & 10 Oktober 1983

Monday, May 10, 2010

Mistakes

Everyone makes mistakes. They're nothing to be ashamed of. The only people who don't make mistakes are those who don't try to do anything. Being wrong is perfectly normal and routine.

The best thing to do when you make a mistake is to admit it -- to yourself and to everyone else involved. Deal with it quickly and move on.

Mistakes are excellent teachers, and to learn from mistakes you must first admit them. Clinging to a mistaken position will never make you right, and will just waste your time and energy. Mistakes are not good or bad, they're simply steps on the path to success.

Discovering that something DOESN'T work is just as valuable as discovering something that does work. So mistakes are actually very positive. The key is to learn from them, so you don't repeat them.

Thomas Edison tried thousands of ways to construct the electric light bulb before he finally got it right. Successful people in any field are not necessarily the best and the brightest. They're the ones with the most commitment -- the ones who pick themselves up after every mistake and try again.

Use your mistakes for all they're worth. Keep trying, keep going, and do whatever it takes to get where you want to be.

-Ralph Marston

Kaedah Pengendalian Mayat Pesakit AIDS Di Malaysia

Keputusan :

a. Mayat pesakit AIDS tidak termasuk dalam kategori yang diberi pengecualian dari dimandikan dan dikapankan. Tidak termasuk dalam kategori boleh diberi kelonggaran (rukhsah) dengan tayamum. Oleh itu mayat pesakit AIDS wajib dimandi, dikapan, disembahyang dan dikebumikan seperti mayat orang Islam yang lain.

b. Pengurusan mayat (jenayah) pesakit AIDS hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai sarung tangan, muka dan mencuci tangan dengan Clorox.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
19 Februari 1992 • Muzakarah Kali Ke-29

Terlupa Tahiyat Awal Dan Sujud Sahwi

Soalan:

Andai saya terlupa untuk duduk tahiyat awal, saya perlu sujud sahwi. Tetapi andai saya turut terlupa untuk sujud sahwi, perlukah saya mengulangi solat?

Jawapan:

Sunat sujud sahwi bagi mereka yang tidak mengerjakan tahiyat awal. Hukum sujud sahwi adalah sunat menurut majoriti ulama dan tidak perlu diulangi solatnya jikalau terlupa atau sengaja meninggalkannya.

Riwayat Muslim megatakan: “Kalau seseorang menambahkan sesuatu atau mengurangi sesuatu dalam solatnya, maka hendaknya ia bersujud dua kali.”

Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Bakhil Meskipun Kaya

Hadith :

Dari Abdullah bin Mas’ud katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).” Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”

- (Muslim)

Huraian:

Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya.

Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia?

Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya.

Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut).

Natijahnya, kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati. Bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

Saturday, May 8, 2010

No Fear

Whatever happens, happens.

Some things are under your control, many other things are not. Some things you can influence by making intelligent choices, other things you must simply deal with.
Make the right choices, and then deal with the rest.

Whatever happens, make the best of it. You can control your own actions, and that is where you live your life and concern yourself. Be prepared, do what you can, and then have the confidence to know that you can handle anything else that comes along. Worrying about bad things happening, will only move you in the direction of those things.

Do your best. Free yourself from worry. You'll be able to make the best of everything that comes along. Sometimes life's most valuable lessons are learned in times of adversity. Often, our greatest growth and personal development occurs when we're the most severely challenged. Every circumstance is an opportunity, when you meet it with confidence and purpose.

Everything in life carries risk. Don't take foolish chances, but don't live in fear either. Avoiding risk by doing nothing is the biggest risk of all.

Have no fear. Do what you know needs to be done.

-Ralph Marston

Mayat Terdampar - Menurut Perspektif Islam

a. Mayat yang tidak dikenal-pasti identitinya (termasuk kanak-kanak) terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.

b. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.

c. Mayat yang bercampur-aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya, mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam.

Keputusan Muzakarah JK Fatwa
3 April 2000 • Muzakarah Kali Ke-48

Ayat-Ayat Selusuh

Ikhtiar untuk mudah bersalin dan betulkan kedudukan janin yang songsang:

Ayat-ayat ini dibaca kepada:

Air mutlak / air zam zam : untuk tujuan minum
Kurma atau kismis: untuk tujuan makan
Minyak zaitun: untuk tujuan urut di perut

Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 - (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 - (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
(ayat tawakkal / penutup / kunci)

Tiup sehalus jarum sehingga habis nafas kepada bahan-bahan tadi dengan berserta niat.
Boleh diamal ketika sepanjang tempoh mengandung atau semasa sakit hendak bersalin.

Semasa mengandung: Air diberi minum sekali sehari sebelum maghrib. Minyak diurut sekali sehari sebelum tidur. Kurma dimakan sebiji sehari 1 jam sebelum makan pagi setiap hari.

Semasa sakit bersalin: Air diminum (jika mampu) dan sapu di perut. Minyak disapu diperut. Kurma / kismis dimakan (jika mampu).

Dipetik dari:
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

Wednesday, May 5, 2010

Are You Willing To Change?

Your life right now is the result of the things you have done up until this point in time. If you want your life to be different, you will need to make changes. Wishing for a better life won't make it so.

In order for "things" to change, you must be willing to change. That means getting out of your comfort zone. It means facing your fears. It means you may need to change your career, your friends, the food you eat, the clothes you wear, where you live, your daily schedule.

Almost always, the fear of change, the fear of the unknown, is worse than the change itself. Once you understand this, then you realize that it is easier to change than to resist change. If there are things you need to do, changes you need to make, go ahead with them. Don't waste your energy fearing them or resisting them. Dive right in and do what needs to be done.

Change is a constant part of life. When you fear it, it will happen anyway, out of your control. The best way to move away from one thing, is to move toward another. When you embrace change, it will enable you to reach your goals.

-Ralph Marston

Apa Itu Ilmu Fardhu 'Ain?

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu agama yang (hukum mempelajarinya) fardu ain?

Jawapan:

Setiap mukallaf diwajibkan mempelajari suatu kadar ilmu agama yang dia perlu tahu, ianya terdiri daripada akidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi orang diwajibkan untuk mengeluarkannya, haji bagi orang yang berkemampuan, maksiat-maksiat hati, tangan, mata dan sebagainya.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”.
- [Surah al-Zumar: 9]

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu agama (yang daruri atau teras itu) adalah wajib ke atas setiap muslim”.
- [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi]


Pena Penyusun Oleh: Mohd Rasyiq Alwi Bin Mohd Alwi

Yang Lebih Baik

“Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; Dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

- Surah Al-Qasas : Ayat 60

Monday, May 3, 2010

Ten Ways To Make It A Great Day

1. Do something for someone else, something unexpected, out of a sincere desire to help, with no expectation of anything in return.

2. Tackle a challenge that has been hanging over your head for a long time.

3. Try something new -- a new food, a new route home, a new book, a new store.

4. Enjoy a few moments of quiet solitude. Think about the things in your life that are most important to you.

5. Call or visit a friend, just to say hello.

6. Learn something new, perhaps related to your job, perhaps not.

7. Smile for no reason at all, as often as you remember.

8. Say hello to a stranger.

9. Do something for the future, that won't "pay off" until several weeks, or months, or years from now.

10. When problems arise, smile and say "that's great, because..." Then find a way to finish the sentence.

-Ralph Marston

7 Rahsia Untuk Cemerlang Berdasarkan Surah Al-Mukminun

Semasa melayari internet, saya terjumpa satu artikel yang menarik. Mungkin anda sudah membacanya, untuk yang belum membaca disini saya kongsikan 7 rahsia menjadi insan berjaya berdasarkan Surah Al-Mukminun. Artikel asal menggunakan bahasa sangat santai, jadi saya ubahkan supaya lebih mesra internet.


Terjemahan:
[1]Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.



1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan yang bulat kepada Allah.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.”

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka, imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap yang positif seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”

Buat satu kerja pada satu masa dengan khusyuk dan tekun. Jika membuat kerja sambil lewa akan membuat banyak kerugian dan membuang masa serta menyebabkan kita ketinggalan.

3. Jangan membuang masa dan tentukan keutamaan.

“Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).”

Berehatlah sekadar-kadarnya sahaja. Janganlah berlebihan sehingga menyebabkan tujuan asal bekerja atau belajar tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terlalu banyak hiburan yang melekakan dan melalaikan termasuklah internet.

Setiap Muslim perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk mengawal diri masing-masing. Sekiranya perlu berehat, berehatlah dengan membuat perkara yang bermanfaat seperti bersenam, membaca bahan bacaan yang ringan dan sebagainya atau yang paling baik, membaca Al Quran atau berzikir.

4. Hargailah orang lain.

“Dan orang-orang yang menunaikan zakat.”

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu dan tidak semestinya berkongsi wang sahaja.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan.

“Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

Janganlah kita menggunakan alasan bekerja atau belajar dengan melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau apabila stress mencari alasan untuk menelefon atau chatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah.

"Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak majikan atau untuk pelajar dengan penaja dan ibu bapa untuk bekerja atau belajar bersungguh-sungguh. Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

7. Menepati masa dan teliti.

“Dan orang-orang yang memelihara solatnya.”

Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa di pertengahan jalan. Amalkan sikap ini dengan istiqamah. Maksud utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan kemewahan harta yang kita ada. Bahkan harta yang banyak akan melewatkan kita dari memasuki syurga dan mendekatkan dengan api neraka.


http://newszune.blogspot.com