Monday, May 31, 2010

Membaca AlQuran Dari Tulisan Romanis

Soalan:

Saya membaca Surah Yassin tapi saya membacanya dari tulisan romanis. Saya telah menyemak bacaan saya (sebutannya) dengan membaca dihadapan orang yang biasa membaca surah Yassin dan saya juga telah menyemak bacaan saya melalui petikan bacaan dari CD bacaan Al-Quran. Apakah hukumnya?

Jawapan:

Surah Yaasin adalah salah satu surah-surah al-Qur'an. Al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa dan lidah Arab di mana bahasanya, hurufnya, cara membacanya, susunan katanya, pengertiannya adalah menurut kaedah Bahasa Arab.

Hukum menulis atau membaca ayat-ayat al-Qur'an dengan huruf romanis/latin atau huruf selain arab adalah HARAM menurut Mazhab Syafi'e. Penulisan dan pembacaan al-Qur'an dengan huruf selain Arab boleh merosak dan merubah lafaz al-Qur'an, boleh menambah dan mengurangi huruf al-Qur'an, boleh merosak bacaan al-Qur'an dari segi makhraj dan sebagainya.

Oleh itu, membaca surah Yaasin dan apa-apa juga ayat atau surah al-Qur'an hendaklah yang ditulis dalam bahasa Arab terutamanya mushaf al-Qur'an itu sendiri. Sekiranya tidak mampu untuk membaca al-Qur'an, maka wajiblah dipelajari sedaya mungkin daripada guru yang mengetahui.

Wallahu a'lam.

Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=228

No comments:

Post a Comment