a. Mayat yang tidak dikenal-pasti identitinya (termasuk kanak-kanak) terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.
b. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.
c. Mayat yang bercampur-aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya, mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
3 April 2000 • Muzakarah Kali Ke-48
Saturday, May 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment