Monday, May 31, 2010

Binatang Yang Mati Kerana Lemas

Hadith :

Adiy bin Abi Hatim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila haiwan yang engkau panah jatuh di dalam air lalu tenggelam dan mati maka janganlah engkau memakannya.”

- (HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Huraian:

Binatang-binatang yang hendak dimakan, hendaklah dipastikan halal termasuk cara ia dimatikan samada mati disembelih atau mati dipanah; bukan mati kerana tertindih, dilanggar dan sebagainya.

Hal ini kerana pada hari ini terdapat banyak keraguan dalam bab penyembelihan binatang. Contohnya ada ayam yang telah disembelih tetapi mati buka kerana sembelih tetapi kerana tertindih di dalam tong berisi ayam-ayam lain yang disembelih.

Mati kerana ditindih atau lemas disahkan tidak halal sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas.

No comments:

Post a Comment