Thursday, December 31, 2009

Opening Your Mind

To fully experience the joy of life, we need to maintain an open mind.

An open mind is curious and enjoys testing its limits. The open mind does not seek approval, but instead appreciates genuine feedback and constructive criticism from others. The open mind enjoys exercising its powers, and constantly wonders about the unknown. And the open mind is willing to take calculated risks.

An open mind never takes anything for granted, and is not burdened by limiting assumptions. In fact, an open mind recognizes limits as temporary and works to find ways around them.

- Ralph Marston

Musafir Solat Isyak Bersama Imam Mukim

Soalan:

Apakah hukum seorang musafir solat Maghrib di belakang imam ratib yang sedang mengerjakan solat Isyak?

Jawapan:

Menurut pemahaman saya, musafir itu hendaklah menunaikan solat mengikut tertib waktu ketika menjamakkannya. Dahulukan solat Zuhur, diikuti solat Isyak. Begitu juga antara solat Magrib dan Isyak, walaupun kedua-duanya dilewatkan dalam waktu solat kedua (Jamak Ta’khir).

Bagi persoalan ini, jelas sekali musafir tersebut sedang berada dalam waktu solat kedua (Isyak) dan telah berniat untuk melakukan Jamak Ta’khir. Yang menjadi kemusykilan ialah, ada perbezaan antara rakaat di sini. Saya ringkaskan pendapat ulama kepada keadaan berikut:

1. Sempat solat tiga rakaat bersama imam.

a. Boleh menyempurnakan solatnya bersendirian (mufaraqah) ketika imam bangun menyempurnakan rakaat keempat. Seterusnya, mengerjakan solat Isyak secara qasar.

b. Duduk pada rakaat ketiga dan menunggu imam selesai menyempurnakan rakaat terakhir, membaca tahiyat bersama imam dan memberi salam. Seterusnya, mengerjakan solat Isyak secara qasar. Inilah pendapat paling rajih (tepat)menurut pengkajian saya.

2. Sempat selepas imam melakukan iktidal pada rakaat terakhir atau sempat duduk membaca tahiyat akhir bersama imam.

a. Hendaklah menyempurnakan solat bersama imam dan selepas imam memberi salam, sempurnakan rakaat solat maghrib. Seterusnya, mengerjakan solat Isyak secara qasar.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

Jadilah Penyebab Hidayah, Bukan Penyebar Dhalalah

"Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
- (Hadith riwayat Muslim – no.6980)

Huraian:

1- Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.

2- Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini. .

3- Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
- Surah Yunus ayat 72

4- Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:
DIAlah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
- Surah al-Taghabun ayat 2

5- Rasulullah SAW menerangkan di dalam hadith yang ringkas ini bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat-gandakan lagi oleh Allah SWT.

6- Rasulullah SWT juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.

7- Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat-ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat-ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.

Al-ahkam.net

Haram Pakai Topi Santa Claus

Orang Islam bukan saja dilarang, malah haram memakai topi Santa Claus sempena Hari Natal atau Krismas berikutan ia sebahagian pakaian menggambarkan sambutan terhadap perayaan agama lain.

Menurut Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, topi itu melambangkan agama Kristian dan pemakaiannya dengan sengaja boleh merosakkan akidah umat Islam kerana berniat mengagungkan agama itu.

"Kita bukan dilarang memakai pakaian atau cara sesuatu kaum bukan Islam, tetapi perlu dijaga supaya pakaian itu tidak menyerupai agama lain. Perlu ada beza antara budaya dan agama berikutan masyarakat negara ini yang mengamalkan hidup majmuk. Namun, tiada tolak ansur jika ia membabitkan soal agama Islam," katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu prihatin dengan pemakaian topi Santa Claus kerana mungkin ada yang tidak tahu mengenai hukum pemakaiannya.

"Ramai pekerja beragama Islam di pasar raya dan restoran diperintah oleh majikan mereka memakai topi Santa Claus disebabkan cetek ilmu agama. Justeru, perlu ada cadangan peraturan yang khusus dalam hal ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi melarang majikan memaksa pekerja Islam memakai topi itu," katanya.

Abdul Rahman berkata, muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) juga menyentuh bab ini yang hanya membenarkan umat Islam meraikan perayaan kaum lain kerana menghormati sahabat, namun menolak memakai pakaian yang melambangkan agama selain Islam.

"Orang Islam perlu banyak membaca buku agama berkaitan ajaran Islam sebenarnya supaya generasi akan datang tidak cetek dengan ilmu pengetahuan agam. Mereka juga sewajarnya tahu membezakan yang mana berdosa atau tidak, justeru mereka perlu mendapatkan pandangan alim ulama sebelum mencuba sesuatu perkara baru yang diragui hukumannya dalam Islam," katanya.

Author : Keratan dalam akhbar Harian Metro 23 Disember 2009

Wednesday, December 30, 2009

Mengantung Ayat-Ayat Al-Quran Di Dinding Untuk Perlindungan

Hukum meletakkan Mushaf (salinan al-Qur’an) dalam kereta untuk mengelakkan sihir mata dan perlindungan dari bahaya adalah satu bid’ah. Para Sahabat (r.a.) tidak pernah membawa Mushaf untuk mengelakkan bahaya atau sihir mata. Ianya adalah bid’ah, maka kita mesti mengingati yang Nabi (SAW) bersabda: “Setiap bid’ah adalah menyesatkan dan setiap kesesatan akan membawa ke neraka.”

(Perbualan telefon dengan Sheikh Muhammad ibn Saalih al-‘Uthaymeen) (al-Bida’ wa’l-Muhdathaat wa maa laa aslun lahu, muka surat 259).

Sheikh ‘Abd al-‘Azeez ibn Baaz (semoga Allah merahmatinya), telah juga ditanya soalan berikut: “Sesetengah orang mengantung ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi (SAW) di dalam bilik-bilik di rumah-rumah mereka atau di restoran atau di pejabat.

Dalam sesetengah hospital dan pejabat-pejabat doktor mereka mengantung ayat (yang bermaksud): “Dan apabila saya sakit, Dialah yang menyembuhkan saya”
- [al-Shu’ara’ 26:80], dan sebagainya.

Adakah ini dianggap sebagai penggunaan azimat yang dilarang dalam syariah, walaupun dengan niat disebaliknya adalah untuk memohon rahmat dan mengelakkan daripada syaitan, atau untuk mengingatkan yang pelupa dan memberi amaran kepada yang cuai? Adakah ini seperti menggunakan azimat untuk meletakkan Mushaf dalam kereta untuk memohon rahmat?”


Yang Berhormat Beliau menjawab:

“Kalau dengan niat seperti yang disebutkan, untuk mengingatkan manusia dan mengajarkan mereka sesuatu yang bermanfaat, maka tiada larangan dalam hal itu. Tetapi jika mereka percaya ianya sebagai perlindungan daripada syaitan-syaitan atau jin, maka saya dapati tiada asas dalam hal ini. Dengan kaedah yang sama, maka tiada asas dalam meletakkan Mushaf dalam kereta seseorang untuk melindunginya, dan berbuat demikian tidak dibenarkan, tetapi kalau seseorang meletakkannya di dalam kereta supaya dia boleh sekali-sekala membacanya atau sebahagian daripada penumpang-penumpangnya boleh membacanya, maka ia adalah bagus. Maka tiada salah dengan hal itu. Dan Allah SWT adalah sumber kekuatan.

Sembahlah Allah Dan Jauhi Sifat Sombong

DAN hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
- (an-Nisaa’: 36)

Huraian:

Dalam ayat ini termaktub perintah untuk beribadat kepada Allah dan melarang beribadat selain daripada Allah sama ada benda, manusia, haiwan, malaikat atau pun syaitan.

Kemudian suruhan agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa secara khusus dan juga agar berbuat baik kepada kaum keluarga secara umum.

Galakan berbuat baik kepada ibu bapa kerana fitrah manusia mudah lupa kepada orang yang banyak berjasa, memelihara dan mendidiknya sedari kecil. Apabila mereka telah uzur, mereka sangat memerlukan pembelaan dan jagaan anak-anak mereka.

Sesungguhnya perintah Allah agar berbuat baik kepada kerabat yang memerlukan pertolongan seperti jiran tetangga, anak-anak yatim dan orang miskin, semua ini adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang, suasana mesra dan saling bertimbang rasa supaya manusia dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang baik.

Seterusnya suruhan berbuat baik dengan cara meninggalkan sifat-sifat buruk seperti sifat sombong, riak, kedekut dan seumpamanya. Menjauhi sifat-sifat mazmumah sebegini mampu memantapkan kejernihan jiwa dan menepis sikap membangga-banggakan diri dalam kehidupan.

Kesimpulan:

Al-Quran mengungkapkan bahawa Allah SWT mengasihi orang yang bersih dari melakukan syirik kepada-Nya, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, orang miskin, anak-anak yatim serta menjauhi sifat sombong, riak dan kedekut.

Apabila semua perintah ini ditaati, nescaya akan lahirlah masyarakat yang baik dan harmoni.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

You Might As Well

As long as you're going to do it, you might as well do it right. As long as you're going to show up for work, you might as well do your best on the job. As long as you're going to take the trouble to raise a family, you might as well make it a happy, well-adjusted one. As long as you're going to have a life, you might as well live a life of excellence.

It doesn't take that much more effort to do something as well as you possibly can. And as long as you're going to do it anyway, doesn't it make sense to give it your all?

When you throw yourself wholeheartedly into everything you do, with a total commitment to excellence, there are no limits to what you can accomplish.

It's not a matter of time. We all have the same amount of time. It is a matter of attitude. What do you expect of yourself?

-Ralph Marston

Tuesday, December 29, 2009

Ikhlas Dalam Amalan Dan Ibadat

Soalan:
Bagaimana untuk menerapkan perasaan ikhlas dalam semua amalan dan ibadat harian kita?

Jawapan:

Untuk menerapkan perasaan ikhlas di dalam semua amalan dan ibadat kita seharian adalah dengan meniatkan segala amalan dan ibadat tersebut hanya untuk Allah SWT.

Kenangkan segala rahmat dan nikmatNya yang melimpah ruah ke atas diri kita. Rezeki yang dikurniakan, kebahagiaan yang dikecapi dan sebagainya, semuanya adalah dari Allah SWT. Telus dan sucikan hati kita hanya untukNya.

Dalam pada itu, kita kenang dan renung selalu sabda Rasulullah SAW yang menjelaskan kepada kita bahawa “Sifat dan perasaan ikhlas itu adalah salah satu daripada rahsia-rahsia Allah SWT. Allah SWT telah letakkan sifat dan perasaan tersebut ke dalam hati hamba-hamba yang dikasihi dan disayanginya”
-(maksud Hadis Qudsi)

Apakah makhluk Allah yang pertama?

Jawapan:

Makhluk pertama ialah AIR.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan kami telah menjadikan segala sesuatu yang hidup daripada air”.
- [Surah al-Anbiya': 30]

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap sesuatu diciptakan daripada air”.
- [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban]

Pena Penyusun Oleh: Mohd Rasyiq Alwi Bin Mohd Alwi

Waktu Asar, Isyak Dan Subuh

Hadith :

Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ke tempat kediamannya di pinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah s.a.w. suka mentakhirkan sembahyang Isyak, dan Baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya. Baginda selesai menunaikan sembahyang Subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran”.

- (Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:

1. Seseorang hendaklah menyegerakan sembahyang Asar di awal waktunya.

2. Sunat mentakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 dari malam sekiranya tidak memberatkan sembahyang secara berseorangan atau berjamaah.

3. Makruh bagi seseorang tidur sebelum sembahyang Isyak kerana takut terlupa atau terlewat daripada waktu.

4. Seseorang hendaklah segera menunaikan sembahyang Subuh dan keluar dari masjid setelah terang.

5. Setelah selesai sembahyang Subuh, Rasulullah s.a.w membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.

Leadership

Leadership demands a quality and strength of character that is, by definition, uncommon and exemplary.

Leaders must learn to be strong without being rude.

Leaders are kind but not weak.

Leaders must be bold without being a bully.

Leaders are humble but not timid.

Leaders are proud but not arrogant.

And leaders are fun but not foolish.

Each of us has the potential for leadership: in our family, our community, our company. Leaders are the people who make something of themselves, and who bring out the best in others.

-Ralph Marston

Monday, December 28, 2009

Apa Ada Di Dalam Kaabah?

Apakah Rahsia Ka'abah?

Pada keseluruhannya, Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan: "Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya."

Seni bina

Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 m (42.98 ka), dengan sisi selebar 11.03 m (36.19 ka) kali 12.86 m (42.19 ka). Bangunan berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter disebut juga dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Sejarah

Binaan Kaabah, kiblat bagi orang Islam, terletak di Masjidil Haram di Mekah. Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.

Allah SWT menyatakan dalam al-Quran, Kaabah adalah rumah pertama dibina oleh Nabi Adam a.s. dengan bantuan para malaikat untuk manusia menyembah Allah SWT. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail a.s. telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki. Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).

Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman ibn Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish

Rasulullah s.a.w. mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish.

Hajar Aswad

Hajarul Aswad merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah. Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah SWT dari syurga ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama-kelamaan menjadi hitam. Mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata: “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Setelah dinding-dinding Kaabah dibina semula, tiba masanya batu Hajar Aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah. Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah s.a.w. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah s.a.w. mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah s.a.w. kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh kaum Quraisy. Tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.



Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.



Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789), maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Di dalam Kaabah itu masih ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah yang digunakan pada zaman Nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain, seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.



Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi. Antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.

Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998, di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik. Dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”. Tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Sejarah Pintu Kaabah

Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Babul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.

Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Pembuka dan pemegang kunci pintu Kaabah ialah dari keturunan Bani Syaibah, orang lain tidak boleh membukanya. Mengikut sejarah, bila Nabi s.a.w. meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci Kaabah sejak turun temurun.

Bila Nabi s.a.w. balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah. Nabi s.a.w. menang, dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi s.a.w. menghantar Saidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah hendak di buka, tak boleh. Datang Jibrail kepada Nabi s.a.w. membawa wahyu dari Allah.

Allah berfirman: Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.....”
- (An-Nisaa’:58)

Nabi pulangkan balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam dan kesemua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini. Memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.

Hijir Ismail

Hijir Ismail berpagar batu berlingkar 1.5 meter terletaknya berdampingan dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w., sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata "Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Mizab

Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.





Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.


Rujukan:
A. Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press.
B. Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah
C. Halaqah.net (Credit to Ummi Munaliza)

[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.

Sunday, December 27, 2009

The Freedom Of Detachment

Most of us are imprisoned by our attachments: to material things, to other people, to our pride, to money, to the past.

Many of the actions we take every day are in an attempt to hold on to things we think we need.

True freedom comes when we learn to discard our need for ownership, when we realize that we don't need to own things or people in order to value and enjoy them.

Words of Kahlil Gibran:
Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life's longing for itself.
They come through you but not from you.
And though they are with you, yet they belong not to you.


When you try to hold water in your hand, it will drain away and you'll lose it. Immerse yourself in the water, never trying to hold on to it, letting it flow past you, and you can experience as much of it as you want.

Don't need what you have -- have what you need.

If always you think in terms of needing what you have, then you will never have enough. Instead, think in terms of having what you need and you will always enjoy abundance.

-Ralph Marston

Jamak Kerana Kesuntukkan Masa

Soalan:

Bolehkah seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa, seperti peperiksaan, menjamakkan solatnya?

Jawapan:

Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu diterangkan maksud jamak - iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan ialah, Zohor bersama Asar dan Maghrib bersama Isyak.

Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir.

Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar dimana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asar dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asar.

Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asar, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak.

Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya: “RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.

Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak, maka bolehlah dia menjamakkan solatnya.

Demikian juga bagi mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan, contohnya seperti seorang doktor yang melakukan pembedahan, polis yang menjaga lalu lintas, seseorang yang mengendalikan urusan atau peralatan yang bahaya, orang yang terlibat dengan peperiksaan yang telah ditetapkan, wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dibolehkan menjamak solat sejak di rumahnya, tanpa qasar.

Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu. Jika menyukarkan, maka ketika itu diizin.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut) dan kitab-kitab lain.

Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Allah Lebih Mengetahui

Author: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Yang Membatalkan Wuduk - Hanya Bila Sudah Jelas

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu merasa ada angin dalam perutmu, kemudian kamu ragu adakah angin itu keluar atau tidak, maka janganlah keluar daripada masjid sebelum jelas terdengar suara (kentut) atau mencium bau.”

- (Muslim)

Saturday, December 26, 2009

I'll Be Happy When...

When you define your happiness by what you don't have, then you can never be happy.

If you feel you need more in order to be complete, then when you get it, you'll still feel like you're lacking.

We've all heard people say, "If only I had .... , then I'd be really happy." But happiness is what you are, not what you have.

Instead of focusing on what you don't have, be thankful for what you do have. Think about the fact that you are alive and be thankful for the air you breathe, the water you drink, the food you eat, the warmth of the sun, the coolness of an evening breeze. Be thankful for your family, your friends, the people who listen to you and care about you, the people who depend on you. Be thankful for your mind, and for your ability to use it to create things and solve problems, and for the education you have.

When you focus on the abundance that you already have, it will expand and grow.

-Ralph Marston

QADAK SOLAT

Soalan:

Bagaimanakah cara-cara untuk mengqadak solat yang kita tinggal dahulu dengan sengaja? Adakah kita perlu mengqadak solat pada waktunya? Contohnya saya tertinggal zuhur, adakah pada waktu zuhur keesokkannya baru saya qadak atau saya qadak pada waktu asar selepas solat asar pada hari yang sama?

Jawapan:

Tidak perlu mengqadak solat apabila ditinggalkan secara sengaja menurut pendapat paling sahih antara perselisihan. Meninggalkan solat secara sengaja terkeluar dari kalangan umat Islam dan keadaan ketika dia meninggalkan solat dianggap sama seperti golongan kafir.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Beza antara orang beriman dengan orang yang kufur atau syirik ialah meninggalkan solat.”
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Jadi, jelaslah kepada kita bahawa sesiapa meninggalkan solat bermakna dia termasuk di kalangan orang yang kufur. Bukankah amalan orang kafir dan musyrik itu tidak diterima selagi tidak bertaubat? Justeru, dia wajib bertaubat dengan taubat nasuha dan meninggalkan perbuatan itu. Sama juga seperti kuffar dan musyrik yang wajib bertaubat dan meninggalkan perbuatan kufur dan syirik itu. Selepas itu, golongan ini hendaklah memperbanyakkan amal soleh untuk memberatkan timbangan amalannya.

Selain itu, dalam riwayat yang lain menceritakan bahawa Nabi s.a.w tidak pernah memerintahkan golongan kuffar yang kembali kepada Islam mengqadak solat mereka. Begitu juga para sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq r.a. Ketika menjadi khalifah, beliau tidak memerintahkan orang yang telah murtad mengqadak solat apabila kembali kepada Islam.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

Peroleh Kemurahan Rezeki Melalui Silaturrahim

Diriwayatkan pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya.

Malaikat maut berkata: *Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya.*

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: *Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?*

Malaikat maut menjawab: *Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah SWT menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi.*

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda yang bermaksud: *Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim.*

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah SWT akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud *Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki).*

Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah s.a.w. untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah SWT.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah menziarahi dengan niat silaturahim.

Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman.

Firman Allah SWT yang bermaksud: *Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.*
- (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya yang bermaksud: *(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran.*
- (Hadis riwayat At-Thabrani).

Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah SWT.

Keutamaan Tangan Kanan Daripada Tangan Kiri

Hadith :

Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a. bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda: "Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab : “Aku tidak berupaya berbuat demikian”. Baginda bersabda lagi: "Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata: "Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya)".

- Riwayat Muslim

Huraian:

1. Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong.

2. Ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhu’, memakai pakaian dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan yang didahulukan. Sementara untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.

3. Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang adalah seperti doa sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.

4. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana itulah tanda hamba yang bersyukur.

Friday, December 25, 2009

Just do it

Sometimes there are things that just have to be done. The best option, when something needs to be done, is to do it.

Don't worry about how you're going to "deal" with it, or what it will do to your self-esteem, or what other people will think. Just do it. Take the action. You are in complete control of your mind and your body, no one has any power over you. Only you can control your own actions. And if there's something that you must do, then you're the one who needs to do it.

You can make excuses. Excuses don't get anything accomplished. Action is the key to accomplishment. Discipline yourself to take action.

Yes, it is difficult. But if you know something needs to be done, just do it today.

-Ralph Marston

Membina Hati yang Lembut dan Penyantun

Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada kita bahawa di dalam diri manusia ada segumpal daging yang jika baik daging itu, maka baik pula manusia tersebut. Sebaliknya jika buruk daging itu, maka buruk pula kualiti orang tersebut. Daging itu adalah Hati.

Rasulullah s.a.w. juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya.

Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap persekitarannya. Sedangkan hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup terhadap persekitarannya.

Allah SWT berfirman :- "Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya."

Ada beberapa tingkat kualiti hati. Hati yang buruk dikategorikan dalam 5 tingkatan:

1. Hati yang berpenyakit.

Orang-orang yang di hatinya ada rasa iri, benci, dendam, pembohong, munafik, kasar, pemarah dan lain sebagainya, disebut memiliki hati yang berpenyakit, sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat diantaranya:

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)".
- QS. Al Baqarah (2) : 10

"(yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran".
- QS Al Hajj (22) : 53

2. Hati yang mengeras.

Hati yang berpenyakit, jika tidak segera diubati akan menjadi mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatannya. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka kerjakan adalah benar adanya.

"Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan."
- QS. Al An'aam (6) : 43

3. Hati yang membatu.

Hati yang keras, kalau tidak segera disedarkan akan meningkat kualiti keburukannya. Al Quran menyebutnya sebagai hati yang membatu; semakin mengeras dari sebelumnya.

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu, ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
- QS. Al Baqarah (2) : 74

4. Hati yang tertutup.

Hati kita itu bagaikan sebuah tabung. Jika tertutup, maka hati kita tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk dari luar.

Allah SWT mengatakan hal itu di dalam firmanNya: "Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya), bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
- QS Al Muthaffiffin : 14

5. Hati yang dikunci mati.

Jika hati sudah tertutup, maka tingkatan berikutnya adalah hati yang terkunci mati. Sama saja bagi mereka diberi petunjuk atau tidak. Hal ini diungkapkan Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
- Al Baqarah : 6-7

Sebaliknya hati yang baik adalah hati yang mudah bergetar, sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT :-

"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
- QS. Al Hajj (22) : 35

Hati orang-orang yang demikian itu lembut adanya. Mereka pantang melihat penderitaan orang lain. Suka menolong. Tidak suka kekerasan. Penyantun dan penuh kasih sayang kepada siapapun.

Nabi Ibrahim dijadikan tauladan oleh Allah SWT serta menjadi kesayangan Allah SWT. Sebagaimana dalam firmanNYA:- "Dan bukanlah istighfar (permintaan ampun) Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar."
- At Taubah (9) : 114

Hukum Emas Putih Untuk Lelaki

Emas putih adalah terbentuk hasil daripada campuran beberapa logam iaitu emas kuning, tembaga, nikel dan zink.

Emas kuning yang digunakan untuk membentuk emas putih adalah dari emas kuning 18 karat atau emas 14 karat.

Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 Julai 2002 menyatakan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki.

Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia

Hadith :

Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah). Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur; juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)."

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan".

Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik. Maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka dengan darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga."

Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina. Setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu. Mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.

Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: "Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum."

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut, tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik, lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.")

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon). Mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa."

- al-Nawwas bin Sam'an r.a

Thursday, December 24, 2009

How Do You Spend Your Time?

Time is the most precious and limited thing you have. It is something that everyone has in an equal amount each day. The difference between a life of fulfillment and abundance, and a life of mediocrity, is determined by how you spend your time. It is as simple as that.

Treat every moment as the precious gift that it is. Use your time to build and create and accomplish. Don't waste your time with envy, anger and regret. In everything you do, ask yourself: "Is it worth spending an irreplaceable part of my life on this?".

Time can work for you, if you learn to use it wisely. Consistent and focused effort, over time, will bring desired results. Remember that each moment is an opportunity that must be taken now.

-Ralph Marston

10 Gangguan Syaitan Dalam Solat

1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
- (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
- (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
- (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
- (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
- (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
- (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
- (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
- (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
- (Riwayat Thabrani).

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"
- (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Dosa Terbesar Disisi Allah

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik, dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.”

-Riwayat Ibnu Majah

Huraian:

i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

iii) Allah SWT turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah SWT membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung.

Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud: ”Bukankah Dia (yakni Allah) mendapati engkau (wahai Muhammad) yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.”

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.

Allah SWT telah memberi amaran melalui firman-Nya dalam ayat 1-2 surah al-Ma'un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim!”

Wednesday, December 23, 2009

Planting Seeds

The best things in life take time. Things like relationships, experience, education, skills and wealth. When you expect to get these things overnight, you end up spinning your wheels.

You must learn to plant seeds, and then nurture them while they take root and grow. How do you know what seeds to plant? That's where your long-term goals come in to play. If you know where you want to be in a couple of years from now, it's important to start laying the groundwork today.

Live your life today, enjoying all the excitement of this fast-paced world. And remember to plan for tomorrow, planting seeds along the way.

-Ralph Marston

17 Kesalahan Berkaitan Solat

"Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab Allah SWT pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya."

Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat."
-(Surah al-Muddatstsir, ayat 4).

Rasulullah s.a.w bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya, maka dia kafir."
-(Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan."
- (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam), dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit."
-(Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya, maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur."
-(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk."
- (Surah al-Baqarah, ayat 43).

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka."
- (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... "
- (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka."
- (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan."
- (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu dia berhenti. (Menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya."
-(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!"
-(Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman yang maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barangsiapa melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi."
-(Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata Nabi s.a.w. tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya, maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian."
-(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."
-(Muttafaq Alaih)


Author: http://kbmupm.blogspot.com

Perniagaan Yang Berkat

Dari Hakim bin Hizam r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: "Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”

- (Muslim)

Tuesday, December 22, 2009

Integrity

Integrity (ketulusan / sifat jujur dan lurus) is something that a lot of people talk about, but to have integrity, it takes more than talk. It's easy to show integrity when things are going good. The real test of a person's integrity is how they perform under adversity/hardship.

The winners in life realize that life is interconnected -- that the things you do today will come back to you at some point. So even when things are going bad, winners perform with integrity. They realize that a good reputation is worth far more than any momentary gain that taking advantage of someone might bring them.

Several keys to maintaining a reputation for integrity:

1.Recognize the other side's expectations of you. Know exactly what you are expected to do.

2.Fulfill any and all promises that you make.

3.Develop an attitude of promising less and performing more.

4.Follow up on everything you do and make sure the person you did it for is completely satisfied.

5.Whenever there is a problem, rather than getting all upset, use it as an opportunity to establish greater impact.

6.Be true to your word.

7.Be sensitive to others' needs and the value that society has for your contributions.

Basically, integrity comes from having a sincere respect for yourself and respect for other people. And when you have integrity, you'll develop relationships that will carry you wherever you want to go.

-Ralph Marston

Menjelaskan Hutang Si Mati

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasululullah s.a.w bersabda: “Roh orang mati yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya - sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.
- Riwayat Tirmizi

Huraian:

1. Hadis ini mengingatkan warisnya supaya segera membayarkan hutangnya jika ia meninggalkan harta.

2. Berhutang kalau boleh pada perkara yang penting sahaja dan ingat selalu untuk menjelaskannya sebelum terlupa.

Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Credit to : newavicenna

Peratus Keuntungan Yang Dibenarkan Syarak

Soalan:

Berapa peratus dari harga belian yang boleh kita ambil untung setelah kita menjual barang? Secara tunai berapa persen dan secara hutang berapa persen? Contohnya barang yang kita beli itu RM10.00, berapa persen yang kita boleh dapat se-maksima keuntunganya?

Jawapan:

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108): “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli.

Akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”
- (an-Nisa’: 29).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk:

a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.

b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Mengenai kadar beza harga yang dibenarkan –untuk mengelak dari berlakunya ghabnu fahiysh (beza harga keterlaluan) itu-, para ulamak berbeza pandangan:

a) Mengikut mazhab Malik dan Syafi’ie; tidak lebih dari 1/3 atau 34% harga pasaran (yakni jika harga pasaran RM 10.00, hendaklah dijual tidak melebihi RM13.40)

b) Imam Nasir bin Yahya al-Balkhi membezakan antara tiga jenis:
(1) Hartanah; jangan melebihi 20%,
(2) Ternakan; jangan melebihi 10%,
(3) Barangan; jangan melebihi 5%.

c) Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan; kadar beza harga yang dibenarkan itu tidaklah tetap pada peratus tertentu. Ia berubah-rubah mengikut ‘uruf (kebiasaan) di kalangan para peniaga dan penilaian mereka. Pandangan inilah yang rajih kerana tidak ada nas Syarak membataskan kadar harga maksima yang boleh diletakkan, oleh demikian penentuannya kembali kepada ‘uruf manusia.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).2. Ar-Rabh Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Syamsiah Mohd Ismail, hlm. 110-113.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Friday, December 18, 2009

Are You Your Own Worst Enemy?

Who talks you out of more things than anyone else? Your spouse? Your parents? Your boss? Your lawyer? If you're like most people, the answer probably is: Yourself.

You have an "inner voice" that has opinions on everything you do. That inner voice has its own perspective on you as a person, and is acutely aware of your limitations and shortcomings. Every time you attempt to step out of your box, to try something new and challenging, that inner voice starts in on you. "You can never do that," it says.

Well, that inner voice is wrong. You can do it if you set your mind to it, no matter what has happened in the past. In fact, your biggest obstacle is convincing yourself that you can. The first step in doing that is to acknowledge that the "inner voice" exists, and then take steps to counteract it.

The inner voice will always be there. You can't get rid of it. But you can keep it from dominating your thoughts and actions by supplying yourself with plenty of positive input.

Get yourself around positive, future-oriented people. Read books, listen to tapes, talk back to the voice and say, "Yes I can!" Dwell on the possibilities, not the risks. Model the behavior of successful people. Take action toward your goals. Remind yourself of your accomplishments and of the challenges you've overcome in the past. Write down your goals and review them at least once a day. Find your purpose in life keep yourself focused on it.

You can accomplish great things if you'll just let yourself do it.

-Ralph Marston

Jarak Dua Marhalah

Soalan:

Salah satu syarat melakukan solat jamak dan qasar ialah perjalanan melebihi 2 marhalah. Berapakah jauhnya dalam km dan adakah 2 marhalah itu dikira untuk perjalanan pergi-balik atau satu hala sahaja?

Jawapan:

Dua marhalah bersamaan empat Barid.
Satu Barid bersamaan empat Farsakh.
Satu Farsakh pula bersamaan tiga Mil.
Jadi, dua marhalah bersamaan 48 Mil. Itu adalah ukuran lama.

Adapun mengikut ukuran baru (yakni KM), menurut Dr. Muhammad Bakr Ismail dalam kitabnya al-Fiqh al-Wadhih; dua marhalah menyamai kira-kira 89 KM. Jarak dua marhalah itu di hitung secara sehala iaitu jarak perjalanan pergi dari rumah/kediaman ke tempat musafir, bukan berdasarkan jarak pergi dan balik (yakni dua hala).

Wallahu a'lam.

Rujukan:

al-Fiqh al-Wadhih, jil. 1, hlm. 221.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Mengekalkan Akhlak Yang Baik

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”

- Riwayat at-Tarmizi

Huraian:

1.Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.

2.Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauh mana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.

Wednesday, December 16, 2009

Keep Going In The Right Direction

Do you have trouble making decisions? Is it difficult to juggle your priorities? Do you find it hard to say "no", even when you really want to? Do you sometimes sit and wonder what you should do next?

Perhaps you need to clarify your sense of direction. We all have a general idea of where we want to go, though very few people take the time to really think in specifics. But if you don't know exactly where you want to go, you tend to stray off track.

Distractions come along and pull you in a lot of different directions. Decisions become difficult to make when you don't have a clear direction. Knowing exactly where you're going, can focus your efforts like nothing else. Do you ever find at the end of the day that you haven't accomplished very much? A clear sense of direction can change that.

When you know exactly where you're going, exactly what you want to do, you can use that direction to evaluate everything you do. Ask yourself, "Is what I am doing right now getting me any closer to where I want to be?" If not, then why are you doing it? If not, you'd better stop that and start doing something that will get you in the right direction.

A ship sailing across the ocean is off course 90% of the time. But because the navigator knows the final destination, he can make all the necessary course corrections along the way, before the ship gets too far off course. Those mid-course corrections are vital. And they are impossible without a specific destination.
The same holds true for any endeavor.

Everything requires adjustments and corrections along the way. But in order to make the right adjustments, the final destination must be precisely defined. Only then can you keep yourself on track for success.

-Ralph Marston

Larangan Meninggalkan Hisbah

Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak ada seorangpun yang berada di dalam satu kaum yang mengetahui mereka melakukan kemaksiatan sedangkan ia berkuasa untuk mencegahnya, maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka sebelum mereka mati.”

-Riwayat Abu Daud

Huraian:

1. Imam al-Mawardi menyatakan bahawa hisbah adalah menyeru kepada makruf (kebaikan) apabila ternyata ditinggalkan dan mencegah daripada perbuatan mungkar (keburukan) apabila ternyata dilakukan dan mendamaikan antara manusia.

2. Manakala menurut para ilmuan moden, hisbah merupakan satu peraturan daripada beberapa peraturan Islam di mana pada hari ini telah diwujudkan satu badan pengawasan khas yang dipertanggungjawabkan oleh pemerintah untuk menjalankan peranan mengawasi dan memeriksa semua keperluan manusia seperti perihal dagangan, jalanraya, makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk mengekalkan keadilan dan kemuliaan bersesuaian dengan tuntutan syariat dan keperluan masyarakat setempat.

3. Hisbah memerlukan kemampuan, kekuasaan dan kekuatan untuk melakukannya. Sebab itulah hukum hisbah bersifat fleksible. Adakalanya ia menjadi wajib kifaie iaitu apabila ia dilakukan oleh seseorang atau sebahagian daripada anggota masyarakat, maka gugurlah kewajipan dan dosa masyarakat sekeliling dan adakalanya menjadi wajib ‘aini iaitu sekiranya kemungkaran tersebut berlaku di kalangan orang tertentu sahaja di mana orang lain tidak mampu mencegahnya melainkan orang yang berada di kalangannya sahaja. Semua ini bergantung pada keadaan, kemampuan pelaku hisbah dan bentuk kesalahan yang dilakukan.

Kasih Kita - Tak Kena Tempat/Gaya??

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan.

Yang hendak diutarakan di sini adalah mengenai musibah kematian di tempat yang jauh, di luar negara.

Dalam Islam, di mana kita meninggal, maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Tapi banyak antara kita berbuat begini. Ini menyiksakan mayat.

Apalagi jika kematian berlaku di luar negara. Mayat diterbangkan beribu batu untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kerana kasih kita padanya. Sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari-hari di rumah mayat. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Sebenarnya kalau kita kasih padanya, kita kebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.

Orang selalunya bersifat sentimental tidak kena pada tempatnya. Mengapakah mesti kita bawa mayat pulang? Dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila hendak dibawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah-tambah. Contohnya, dasar kerajaan US bila mayat itu hendak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otak simayat akan disedut supaya memastikan mayat itu betul-betul kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi.

Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua gara-gara kehendak waris-waris yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Ada waris-waris yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung.

Walau mati di mana sekalipun, kubur (yang akan menjadi salah satu dari taman-taman Syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka) adalah bergantung kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum-hukum dan perintah Allah.

Orang Islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana-mana sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana-mana sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah.

Marilah kita sama2 ambil iktibar.

Credit to : DilaDellila

Beg Yang Mempunyai Al Quran Di Bawa Ke Tandas

Soalan:

Apakah hukum membawa beg mengandungi buku yang mempunyai ayat-ayat Al-Quran ke dalam tandas?

Jawapan:

Membawa buku yang mengandungi ayat Al-Quran ke dalam tandas adalah dilarang. Namun begitu, sekiranya saudara ada bersama seorang kawan yang lain, tinggalkanlah buku tersebut kepadanya. Jika saudara sendirian dan dibimbangi jika ditinggalkan buku tersebut diluar ia akan hilang, diharuskan saudara membawanya ke dalam tandas. "

Tuesday, December 15, 2009

The Learning Curve

That which we persist in doing,
becomes easier for us to do;
not that the nature of the thing itself is changed,
but that our power to do is increased.
-- Ralph Waldo Emerson


Just about everything new that you attempt is difficult at first. You've never done it before, so you don't know what to expect. You don't know how much time things will take. You don't know where to go for information. You're not sure you can do it.

The best approach is to jump right in and try. If there's something you want to, or need to do, then just get started. Take the first step. That first step may be awkward and slow, but you learn from it.

Experience is the best teacher. Sure, you can prepare by reading and watching and analyzing. Don't develop analysis paralysis, though. Don't spend so much time preparing for something that you never get around to doing it. At some point, you just need to get started. Once you've done that, once you've made that commitment, you have momentum on your side. And your experience will teach you things that no book ever could.

-Ralph Marston

Khutbah Abu Bakar As-Siddiq: Panduan Untuk Menjadi Pemimpin

Bahagialah rakyat jika memiliki pemimpin yang soleh, takutkan Allah SWT dan tahu kewajipan terhadap rakyat. Namun jika sebaliknya yang mereka perolehi, sengsaralah hidup mereka.

Islam adalah agama politik dan pemerintahan, sebagaimana ia juga agama aqidah, ibadah dan kekeluargaan. Islam tidak hanya ingin melahirkan ahli ibadah (‘abid) dan ahli ilmu (‘alim atau ulama’), tetapi juga ingin melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah SWT.

Islam ingin melahirkan pemimpin yang bukan sekadar berjiwa rakyat tetapi lebih dari itu ia mampu membimbing rakyatnya. Ia mengetahui dengan baik landasan mana yang harus dikutinya selama ia memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusannya, dipastikan untuk kemaslahatan rakyat, bukan diri sendiri. Ia menyedari di bawahnya adalah rakyatnya dan di atasnya adalah Tuhannya yang sentiasa memerhati dan menghisab segala tindak-tanduk serta perlakuannya.

Pemimpin yang memiliki ciri dan akhlak sebegini bukan hanya menjadi suatu idea di dalam Islam, malah Islam telah melahirkannya ke alam realiti. Contoh terunggul ialah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi lambang kesempurnaan agama Islam, kecemerlangan sahsiah baginda bukan pada ibadah dan akhlaknya sahaja, tetapi juga pada keadilan dan kebijaksanaannya dalam politik dan pemerintahan.

Selain baginda ialah Saidina Abu Bakar r.a., khalifah pertama di dalam Islam. Keperibadian Abu Bakar sebagai pemimpin Islam sejati dapat dilihat dari awal lagi dalam pidato sulungnya sebaik diangkat menjadi Khalifah.

Ibnu Sa’ad meriwayatkan dalam Tabaqatnya: “Semasa Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, beliau berpidato di hadapan rakyatnya. Setelah bertahmid kepada Allah SWT dan memuji kebesaranNya, beliau berkata: “Wahai sekelian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Namun al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya. Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah takwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur (dosa dan maksiat). Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat di kalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya (yang dirampas oleh orang lain). Sementara yang kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil darinya hak (orang lain yang dirampasnya). Wahai sekelian manusia! Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru). Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”.
- (Thabaqat Ibnu Sa’ad, bab Zikr Bai’ati Abi Bakr)

Perhatikan bagaimana Abu Bakar telah menggariskan dasar-dasar bagi pemerintahannya dalam ungkapan yang begitu ringkas. Tidak banyak perkataan yang digunakan, namun pengertiannya amat luas dan mendalam. Abu Bakar memulakan pidatonya dengan merendah diri kepada rakyatnya. Walaupun berada di jawatan tertinggi, ia merasakan dirinya bukanlah yang terbaik. Begitulah seharusnya seorang pemimpin. Perlu ada perasaan rendah diri kerana dengan perasaan itulah Allah SWT akan membantunya dan ia akan disayangi rakyat.

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkatnya”.[1]

Diriwayatkan juga dari baginda: “Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari perasaan takbur”.[2]

Perasaan rendah diri bukan bertujuan menzahirkan kelemahan diri di hadapan rakyat. Akan tetapi untuk meraih simpati rakyat agar dapat bersama mencari kekuatan. Kerana itu, Abu Bakar menegaskan: “Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, namun Al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya”.

Bagi Saidina Abu Bakar, Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumber kekuatan bagi beliau untuk memimpin rakyatnya. Kerana itu, walaupun berasa diri lemah tetapi beliau yakin dengan kekuatan wahyu Al-Quran dan ilmu As-Sunnah yang diwarisi dari Nabi Muhammad s.a.w. Wahyu Al-Quran dan ilmu As-Sunnah inilah yang menjadi titik kesatuan antara beliau dan rakyatnya dan dari titik kesatuan itulah beliau yakin akan mendapat sokongan penuh dari rakyatnya.

Seterusnya Abu Bakar menjelaskan dasar-dasar kepimpinannya kepada rakyatnya:

1. Dasar yang digunakan dalam menilai rakyat.

Abu Bakar menegaskan kepada sekelian rakyatnya bahawa beliau menilai mereka berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT, bukan pangkat, keturunan, harta dan sebagainya. Baginya, rakyat terbaik ialah yang paling tinggi takwanya. Jelas sekali beliau menghayati prinsip Al-Quran yang menegaskan: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya di antara kamu”
- (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Berdasarkan prinsip ini, para ulamak menegaskan: “Sebarang jawatan dalam kerajaan Islam samada berkaitan dengan kehakiman, kementerian, pentadbiran atau sebagainya tidak harus diserahkan kepada mana-mana orang melainkan yang memenuhi syarat-syarat berikut:[3]

a. Mempunyai keimanan dan ketakwaan.
b. Mempunyai kelayakan ilmu berkaitan jawatan yang hendak diisi.
c. Ia tidak melobi untuk mendapatkannya kerana Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kami, demi Allah, tidak akan menyerahkan kerja ini kepada seseorang yang memintanya atau bercita-cita ke atasnya”.[4]

2. Dasar keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat.

Saidina Abu Bakar meletakkan satu prinsip yang tegas berhubung keadilan dan kesaksamaan di antara rakyatnya. Beliau seolah-olah memberi amaran; jangan ada sesiapa pun di kalangan rakyatnya yang cuba menindas orang lain kerana beliau pasti akan menggunakan kuasanya –sebagai pemimpin- untuk membela orang tertindas itu.

Dirinya diletakkan sebagai pengimbang antara rakyatnya yang kaya dan yang miskin, antara yang menindas dan yang ditindas. Rakyat yang dizalimi akan dibela sehingga ia menjadi kuat di tengah masyarakat dengan pengaruh khalifah. Sementara yang menzalimi pula akan dikekang dan diancam sehingga pengaruhnya menjadi lemah kerana ditenggelamkan oleh kuasa khalifah.

3. Dasar pemimpin berperlembagaan, yang tertakluk dengan undang-undang Syarak.

Di dalam ucapannya, Saidina Abu Bakar menegaskan: “Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru)”. Saidina Abu Bakar ingin memberitahu rakyatnya bahawa; walaupun berada di kedudukan paling atas, beliau tetap terikat dengan undang-undang Syari’at yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w..

Sebagai pemimpin Islam, beliau menyedari bahawa tanggungjawab beliau ialah meneruskan kesinambungan politik Islam yang dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w., bukan membawa ajaran politik baru yang berlawanan dengan sunnah baginda. Kerana itu, beliau meminta rakyatnya agar mengawasinya. Beliau berpesan kepada mereka: “Jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”.

Kepada pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini, kita nasihatkan: Jadikanlah pidato Saidina Abu Bakar di atas sebagai panduan dalam pemerintahan. Jika kamu berlaku adil, kamu akan disanjung dan dikasihi oleh rakyat sebagaimana Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar dan pemimpin-pemimpin soleh yang lain. Namun jika kamu zalim dan menyeleweng, kamu akan menjadi seperti Fir’aun, Namrud dan sebagainya yang dicela dan dicaci rakyat.

Nota Kaki:

[1] HR Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Abu Hurairah r.a., kata as-Suyuti; hasan (al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 8605).

[2] HR Abu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar r.a. (al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 3380. Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini dhaif).

[3] Lihat: Ad-Dustur Al-Islami, Abu Bakar al-Jazairi, m.s 19-20, cet. Al-Maktab Al-Islami Damsyik/Beirut (1391H))

[4] HR Imam Muslim.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Kesukaan Dan Kebencian Allah SWT

Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”

-(Muslim)

Huraian:

Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah SWT. Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya. Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT.

Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah.

Begitu juga dengan aspek kebencian. Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah. Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.