Hadith :
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan, hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa, hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”
- (at-Thabrani)
Huraian:
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar, maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment