Thursday, December 31, 2009

Musafir Solat Isyak Bersama Imam Mukim

Soalan:

Apakah hukum seorang musafir solat Maghrib di belakang imam ratib yang sedang mengerjakan solat Isyak?

Jawapan:

Menurut pemahaman saya, musafir itu hendaklah menunaikan solat mengikut tertib waktu ketika menjamakkannya. Dahulukan solat Zuhur, diikuti solat Isyak. Begitu juga antara solat Magrib dan Isyak, walaupun kedua-duanya dilewatkan dalam waktu solat kedua (Jamak Ta’khir).

Bagi persoalan ini, jelas sekali musafir tersebut sedang berada dalam waktu solat kedua (Isyak) dan telah berniat untuk melakukan Jamak Ta’khir. Yang menjadi kemusykilan ialah, ada perbezaan antara rakaat di sini. Saya ringkaskan pendapat ulama kepada keadaan berikut:

1. Sempat solat tiga rakaat bersama imam.

a. Boleh menyempurnakan solatnya bersendirian (mufaraqah) ketika imam bangun menyempurnakan rakaat keempat. Seterusnya, mengerjakan solat Isyak secara qasar.

b. Duduk pada rakaat ketiga dan menunggu imam selesai menyempurnakan rakaat terakhir, membaca tahiyat bersama imam dan memberi salam. Seterusnya, mengerjakan solat Isyak secara qasar. Inilah pendapat paling rajih (tepat)menurut pengkajian saya.

2. Sempat selepas imam melakukan iktidal pada rakaat terakhir atau sempat duduk membaca tahiyat akhir bersama imam.

a. Hendaklah menyempurnakan solat bersama imam dan selepas imam memberi salam, sempurnakan rakaat solat maghrib. Seterusnya, mengerjakan solat Isyak secara qasar.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

No comments:

Post a Comment