Friday, December 18, 2009

Jarak Dua Marhalah

Soalan:

Salah satu syarat melakukan solat jamak dan qasar ialah perjalanan melebihi 2 marhalah. Berapakah jauhnya dalam km dan adakah 2 marhalah itu dikira untuk perjalanan pergi-balik atau satu hala sahaja?

Jawapan:

Dua marhalah bersamaan empat Barid.
Satu Barid bersamaan empat Farsakh.
Satu Farsakh pula bersamaan tiga Mil.
Jadi, dua marhalah bersamaan 48 Mil. Itu adalah ukuran lama.

Adapun mengikut ukuran baru (yakni KM), menurut Dr. Muhammad Bakr Ismail dalam kitabnya al-Fiqh al-Wadhih; dua marhalah menyamai kira-kira 89 KM. Jarak dua marhalah itu di hitung secara sehala iaitu jarak perjalanan pergi dari rumah/kediaman ke tempat musafir, bukan berdasarkan jarak pergi dan balik (yakni dua hala).

Wallahu a'lam.

Rujukan:

al-Fiqh al-Wadhih, jil. 1, hlm. 221.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

No comments:

Post a Comment