Thursday, December 10, 2009

Berpuasa Sunat Pada Hari Jumaat

Hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat adalah Makruh, kecuali tarikh 10 Muharram jatuh pada hari Jumaat.

Namun begitu, Islam menganjurkan umatnya berpuasa sunat seperti hari-hari berikut iaitu:-

1. Puasa enam hari pada bulan Syawal,
2. Puasa hari Arafah,
3. Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam,
4. Puasa bulan Syaaban,
5. Puasa Isnin dan Khamis,
6. Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah).

Rasulullah telah bersabda dalam Hadith riwayat Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa jika hanya pada hari Jumaat sahaja melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.

- Hadis Sahih Muslim

No comments:

Post a Comment