Kisah ini adalah diriwayatkan daripada Hatim Al Asom yang merupakan penuntut kepada Sadiq Al Balqi .a.
Pada suatu hari Sadiq bertanya kepada Hatim: "Wahai muridku! Berapa lamakah engkau mengenaliku? Jawab Hatim: 33 tahun.
Kata Sadiq; Apa yang engkau pelajari daripadaku dalam tempoh tersebut?. Maka Hatim menjawab hanya lapan (8) perkara yang aku perolehi daripadamu.
Lalu gurunya terkejut dengan jawapan itu lalu dia pun bertanya: Telah berlalu umurku bersamamu dan engkau tidak pelajari selain lapan perkara? Hatim berkata: Wahai guruku. Aku tidak mempelajari selain lapan perkara tersebut dan aku tidak mahu membohongimu.
Gurunya bertanya: “apakah lapan perkara itu?” Jawab Hatim:
Pertama: Aku melihat kepada manusia ini, dan aku dapati setiap daripada mereka mencintai kekasihnya, tetapi percintaannya terbatas, apabila kekasihnya menemui ajal, maka aku menjadikan kebaikan sebagai kekasihku, apabila aku mati aku pergi bersamanya.
Kedua: Aku mengamati pada kalam Allah yang maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dan mengekang hawa nafsunya sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya”. Maka aku mengetahui bahawa kalam Allah itu benar, lalu aku bersungguh-sungguh mengekang nafsuku sehingga benar-benar menuruti perintah Allah.
Ketiga: Aku melihat manusia apabila dia mempunyai sesuatu yang bernilai, ia berusaha untuk menjaga dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya, lalu aku teringat firman Allah yang bermaksud: “Apa yang kamu miliki pasti akan binasa dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal abadi”.
Keempat: Aku melihat manusia itu berbangga dengan harta, keturunan dan pangkat. Maka aku merenung pada firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu".
Kelima: Aku melihat manusia saling menuduh dan melaknat sesama mereka dan semua itu berpunca daripada hasad. Aku merenung firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu mengagihkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menentukannya”.
Keenam: Aku melihat manusia itu menzalimi dan membunuh sesama mereka, maka aku merenung firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka ambillah dia sebagai musuh yang sebenar”.
Ketujuh: Aku melihat manusia dan aku dapati setiap daripada mereka itu berdukacita dengan apa yang mereka tidak perolehi dan selalu menolak ketentuan Allah Taala. Keadaan ini mengingatkan aku kepada firman Allah yang bermaksud: “Setiap apa yang melata di atas muka bumi ini Allahlah yang menentukan rezeki mereka”.
Kelapan: Aku melihat manusia dan aku melihat mereka bergantung nasib kepada makhluk, lalu aku teringat firman Allah yang bermaksud: “Bertawakallah kepada Yang Hidup dan Tidak Mati”.
Posted By: hani_1501
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment