Soalan:
1. Apakah hukum memotong kuku ketika dalam haid?
2. Apakah hukumnya mencukur bulu kaki?
3. Apakah hukumnya bercakap-cakap ketika azan?
Jawapan:
1. Memotong kuku dan rambut dibolehkan ketika haid (Sabiq, 2000: I: 52).
2. Begitu juga mencukur atau membuang bulu yang tidak sesuai bagi seseorang wanita dibolehkan.
3. Disunatkan bagi mereka yang mendengar azan untuk turut mengulangi laungan azan dengan perlahan-perlahan kecuali ucapan “hayya alal-solah” dan “hayya alal-falah” dengan “la hawla wala quwwata illa billah”. Ia adalah sebahagian zikir dan mendapat pahala sunat. Manakala perbuatan bercakap-cakap ketika azan adalah makruh.
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adakah mandi wajib sah dengan mandi seperti biasa dan sebelum itu kita berniat???
ReplyDeletePenolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Hj Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.
ReplyDeleteRukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke anggota badan.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya, akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu, dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.
Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Uztaz Hj Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
"Sementara rukun mandi wajib yg ketiga, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. "Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
credit dr:- Suraya's Multiply Page