Monday, May 4, 2009

Siapakah Kita?

1. Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong itu ialah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah swt, Tuhan sekelian alam.


2. Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang itu ialah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.


3. Siapakah orang dungu?

Orang itu ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Allah SWT tidak akan menyeksanya atas kelalaian tersebut dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


4. Siapakah orang yang kuat?

Orang itu ialah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia sedang marah.


5. Siapakah orang yang lemah?

Orang itu ialah orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya atas kemungkaran itu.


6. Siapakah orang yang bakhil?

Orang itu ialah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW ketika nama baginda disebut.


7. Siapakah orang yang buta?

Orang itu ialah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.


8. Siapakah orang yang tuli?

Orang itu ialah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak mengendahkannya.


9. Siapakah orang yang sibuk?

Orang itu ialah orang yang tidak mengambil berat waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.


10. Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang itu ialah orang yang ditimpa musibah lalu ia berkata ” Innalillah hiwainna ila hirajiun” dan turut berkata, ” Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanmu ini” sambil mengukir senyuman.


11. Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?

Orang itu ialah orang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

12. Siapakah orang yang kaya?

Orang itu ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak haloba akan kenikmatan dunia yang sementara ini

No comments:

Post a Comment