Tuesday, May 26, 2009

Berwaspada Dari Godaan Syaitan

MUSUH-MUSUH SYAITAN

1. Rasulullah s.a.w. sendiri.
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat diatas dosanya.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang banyak bersedekah.
7. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk
9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
10. Orang yang mengerjakan solatnya dengan penuh khusyuk.
11. Ketua negara atau imam yang adil.
12. Orang kaya yang rendah hati.
13. Peniaga yang jujur.
14. Orang yang sentiasa beristiqomah membaca Al Quran.
15. Orang yang bangun solat di tengah malam sedang orang lain tidur.

SAHABAT-SAHABAT SYAITAN

1. Orang kaya yang sombong.
2. Peminum arak
3. Hakim yang tidak adil.
4. Peniaga yang tidak jujur.
5. Orang yang tidak mahu membayar zakat.
6. Orang yang mempermudahkan solat.
7. Orang yang memakan harta anak yatim.
8. Orang yang beramal kerana nama.
9. Orang yang suka termenung dan mengelamun.
10. Penghasut dan pendengki bila orang mendapat kebaikan.


PINTU HATI MANUSIA YANG DIMASUKI SYAITAN

1. Putus asa dan kecewa dengan rahmat Allah.
2. Memandang rendah pada dosa-dosa kecil.
3. Panjang angan-angan dan suka kepada puji-pujian.
4. Bodoh sebaliknya tidak menyedari akan kebodohannya.
5. Memandang rendah kepada orang lain.
6. Merasa gembira bila mendapat cubaan dari Allah.
7. Ketika marah kerana marah adalah bara api dari neraka.
8. Ujub, sombong, riya' dan buruk sangka pada orang lain.
9. Terlalu cinta dan rakus dengan kehidupan dunia.

RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN

1. Rumah yang penghuninya saling bermaafan satu sama lain.
2. Rumah yang penghuninya berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.
3. Rumah yang penghuninya mengelakkan diri mereka dari perbuatan tercela.
4. Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah.
5. Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.
6. Rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan soleh dan solehah.
7. Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibubapa.
8. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.
9. Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungkan tali silaturrahim.
10.Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak kewajipan terhadap Allah.

No comments:

Post a Comment