Thursday, May 21, 2009

Dunia Sebagai Tempat Berdagang

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan."

Ibnu Umar r.a. berkata: "Jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu tangguh diwaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu tangguh diwaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat, sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati”.

- Al-Bukhari


Huraian:-

1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup di dunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).

2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.

3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang

No comments:

Post a Comment