Tuesday, June 30, 2009

Be Different

To make a difference, you often must be different. It takes courage and confidence to go against the grain of negativity that surrounds you, and such courage can bring great rewards.

When everyone is looking for someone to blame for what has already happened, turn your focus toward the future. Exploring the current possibilities will create infinitely more value than arguing over past failures.

When you encounter rudeness and irritation, generously offer your own polite and confident patience. When you bump up against the arrogance of another person, melt it away with your own sincere, self-assured humility.

Just because everyone is heading in a negative direction doesn't mean you must go that way too. On the contrary, it's a valuable opportunity for you to set a positive example.

In times of great difficulty and stress, choose to be a beacon of encouragement, understanding and positive purpose. Be different, and you can truly make a valuable positive difference.

-Ralph Marston

Kejadian Nabi Adam a.s.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman; "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan Ku tugaskan engkau mencabut roh manusia." Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1.Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2.Tanah Bukit Tursina
3.Tanah Iraq
4.Tanah Aden
5.Tanah Al-Kautsar
6.Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.Tanah Paris
8.Tanah Khurasan
9.Tanah Babylon
10.Tanah India
11.Tanah Syurga
12.Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


Bagaimanakah prosesnya? :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang dibawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ke tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha Pencipta sekian alam dan Pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.
The more negative you feel, the more reason you have to quickly get yourself into a positive frame of mind. Go out and live this day so it will be one that you'll be happy and grateful to look back upon. It will reliably work wonders.

Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

- Abu Umamah r.a


Huraian Pengajaran hadith:-

i) Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam.

ii) Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah SWT memberikan balasan yang sebaik-baiknya

Hukum Tentang Mengembiri Binatang / Kucing

Soalan:-

Saya minat membela kucing. Masalahnya mengenai mengkasi/mengkembiri/ atau memotong saluran peranakan terutama bagi jantan. Alasannya untuk mengelak kucing jantan kencing merata-rata dalam rumah kerana sifat jantannya dan supaya kucing bertambah gemuk (InsyaAllah ada pemilik kucing paham). Soalan saya, adakah boleh, dengan syarat menjaganya sebaik-baik mungkin kerana tiada niat kita menzaliminya tetapi teman hidup kita untuk dijaga dalam rumah dan menjaga kebersihan.
terima kasih.

Jawapan:-

Terima Kasih di atas soalan tersebut dan kami kira soalan seperti ini juga merupakan satu perkara yang amat penting kepada golongan muslimin , lantaran ramai juga di kalangan mereka yang menternak haiwan dan tidak kurang juga yang mempunyai hobi membela kucing.

SECARA UMUMNYA , Mengembiri binatang ternakan menurut Imam Abu Hanifah (rh) – Pengasas Mazhab Hanafi – tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi syarak , kerana ianya boleh menghasilkan binatang ternakan yang gemuk isinya lagi baik mutu dagingnya. Dan daging seperti ini yang menjadi pilihan, khasnya bagi mereka yang hendak mencari haiwan ternakan untuk aqiqah ( khasnya kambing ). Imam Malik Bin Anas (rh ) – Pengasas Mazhab Maliki – hukumnya adalah harus, kecuali pada KUDA, kerana tindakan mengembiri seseekor kuda akan menyebabkannya lemah dan tidak boleh menghasilkan anak.

MASALAH MENGEMBIRI KUCING :

Menurut sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w , daripada riwayat Saidina Abdullah Bin Saidina ‘Umar Al-Khattab (r.a ) mengisahkan bahawa pernah seorang wanita disenaraikan sebagai ahli neraka disebabkan dia pernah mengurung seekor kucing dan tidak pula dibenarkan keluar merayau-merayau untuk mencari makanannya sendiri yang menyebabkan akhirnya kucing itu mati kelaparan. ~ Hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari (rh) dan Imam Muslim (rh).

Manakala menurut riwayat lain pula, ada seorang wanita yang menjadi seorang pelacur telah memberi makanan kepada seekor anjing yang kelaparan. Maka dengan perbuatan itu, melayakkan dia menjadi salah-seorang penghuni syurga kelak.

Hadis/kisah ini sekaligus memberikan ancaman kepada setiap penternak / yang memelihara seekor binatang, supaya menjaga haiwan-haiwan ternakan / peliharaan mereka sebaik mungkin. Ini disebabkan segala tindak-tanduk kita akan dipersoalkan di hadapan Tuhan Yang Maha Adil, Allah Ta’ala di mahkamah padang mahsyar kelak.

Dan di antara ciri-ciri menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu ialah memberi makanan – minuman , perlindungan , ubat-ubatan dan seumpamanya kepada haiwan-haiwan tersebut. Mengembiri binatang termasuk di dalam kategori memberikan ubat-ubatan yang disebutkan di atas.

Adapun tindakan mengembiri seekor kucing jantan, jika ianya memang telah diakui KEBENARANNYA ( boleh menyebabkan ia bertambah sihat dan gemuk serta tidak kencing merata-merata ) oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya ( Islamnya ) dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan , maka tidak ada halangannya menurut agama kita.

Yang dilarang ialah berbuat zalim kepada haiwan – yang mana ia juga termasuk di dalam kategori makhluk Allah Ta’ala – dan apatah lagi kepada sesama manusia, yang merupakan makhluk Allah Ta’ala yang paling mulia di alam jagat ini.

Larangan melakukan kezaliman dan menimbulkan bencana ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:- "Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh juga menimbulkan bahaya" ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Malik (rh) , Imam Al-Hakim (rh) , Imam Ibnu Majah (rh) , dan Imam Daruquthni

Doa Sewaktu Sujud Dan Keistimewaannya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s.a.w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"

Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu"

KEISTIMEWAANNYA:-

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


Posted By : DilaDellila

Monday, June 29, 2009

MUKJIZAT KEISTIMEWAAN RASULULLAH S.A.W.

Semasa Dalam Kandungan Dan Diwaktu Kelahiran

1. Isteri Abdul Ash berkata semasa ia datang ke rumah Siti Aminah pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w., ia telah melihat ada bintang yang turun sehingga ia merasa khuatir bintang itu akan jatuh ke bumi.

2. Suatu malam Siti Aminah bermimpi keluar cahaya dari perutnya dan menyinari seluruh alam. Dalam saat itu, ia terdengar suara yang berkata yang ia sedang mengandungkan seorang pemimpin akhir zaman.

3. Abu Lahab pun turut merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah s.a.w., lalu ia memerdekakan beberapa orang hambanya.

4. Pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w, berhala-berhala yang berdiri tegap di atas Kaabah dengan tiba-tiba jatuh tersungkur.

5. Pada malam kelahiran itu juga tembok Raja Parsi menjadi retak sedangkan tembok itu telah dibina dengan bahan binaan yang kukuh, sebaliknya rumah-rumah rakyat tidak meninggalkan apa-apa kesan. Ini sebagai bukti yang kerajaan Parsi akan runtuh suatu masa nanti.

6. Api kerajaan Parsi yang dinyalakan bertahun-tahun dan api itu dijaga agar terus menyala namun pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w., api tersebut telah padam.


Semasa Kanak-kanak

1. Ketika Halimatus Sa'diyah ingin menyusukan Rasulullah s.a.w., tiba-tiba ia merasakan air susunya menjadi banyak dan ia dapat menyusukan anaknya sekali sedangkan sebelum ini air susunya untuk anaknya sendiri tidak mencukupi.

2. Unta Halimatus Sa'diyah juga dapat mengeluarkan susu yang banyak sedangkan sebelum ini tidak, kerana sudah terlalu tua.

3. Setelah memelihara Rasulullah s.a.w, Halimatus Sa'diyah dapat merasakan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan keluarganya. Segala keperluan rezeki didapati dengan mudah. Binatang ternakan mereka menjadi banyak dan bertambah gemuk walaupun pada musim kemarau.

4. Suatu hari semasa Rasulullah s.a.w., bersama saudara susuannya sedang mengembala kambing tiba-tiba datang 2 lelaki dan membawanya ke suatu tempat lalu dibelah dada baginda untuk membuang darah hitam.

5. Awan akan sentiasa memayungi baginda semasa beliau bersama bapa saudaranya Abu Talib keluar berniaga di Syam.


Semasa Umur Belia

1. Maisarah adalah khadam kepada Khadijah. Dalam perjalanan ke negeri Syam bersama Rasulullah s.a.w. dengan membawa barang perniagaan Khadijah, Maisarah merasa hairan kerana dia tidak merasa panas walaupun merentasi padang pasir sebaliknya merasa nyaman dan sejuk kerana awan yang sentiasa memayungi mereka.

2. Dalam perjalanan ini juga 2 ekor unta telah jatuh rebah kerana terlalu letih dengan beban yang berat. Apabila Rasulullah s.a.w. mengusapi kaki unta itu, maka dengan serta-merta unta itu dapat bangun dan meneruskan perjalanannya.

3. Rasulullah s.a.w. dapat memanggil pokok untuk datang kepadanya kemudian memerintahnya kembali ke tempat asal. Ini berlaku bila seorang jaguh gusti Madinah iaitu Rukainah b. Abdul Yazid meminta baginda berbuat demikian.


Semasa Diangkat Menjadi Nabi dan Rasul

1. Baginda dapat melihat dengan jelas gambar Baitul Maqdis serta menjawab semua soalan dari puak kafir Quraisy yang pada mulanya baginda berada dalam keadaan sukar kerana mereka tidak mempercayai baginda dapat sampai ke Baitul Maqdis dalam satu malam.

2. Rasulullah dapat membelah bulan dengan menggunakan tangannya sehingga bulan menjadi terbelah dua dengan kuasa Allah. Ini adalah sebagai bukti kenabian yang dianugerahkan Allah kepada hambanya apabila Rasulullah diminta berbuat demikian oleh puak kafir Quraisy Makkah.

3. Atikah bt Khalid ada memiliki seekor kambing betina yang sangat kurus dan sudah lama tidak mengeluarkan susu. Kambing ini lalu diminta oleh Rasulullah dan diberkatinya. Setelah Rasulullah s.a.w. mengusapi kantung susu kambing itu maka dengan sendirinya ia menjadi besar lalu Rasulullah s.a.w. pun memerahnya. Atikah menceritakan selepas itu kambingnya terus mengeluarkan susu selama 8 tahun.

4. Semasa melarikan diri dari puak Quraisy Makkah, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar telah bersembunyi di dalam Gua Thur. Dalam gua ini kaki Abu Bakar telah digigit seekor ular berbisa, bila Rasulullah mengetahuinya baginda terus meludah pada kaki Abu Bakar maka dengan serta merta bisa yang menjalar pada badannya menjadi hilang.

5. Qatadah adalah seorang sahabat Rasulullah yang membentengi baginda dalam peperangan Uhud sehingga sebelah matanya menjadi buta kerana terkena panah. Bila Rasulullah s.a.w. menyedarinya, baginda lalu mengusapi mata Qatadah dan mendoakannya maka dengan serta merta matanya menjadi celik semula bahkan penglihatannya lebih tajam dari dahulu.

6. Semasa menggali parit dalam perang Khandak, para sahabat telah menemui sebuah batu yang amat besar lagi keras. Mereka semua tidak mampu untuk memecahkannya. Bila diserahkan kepada Rasulullah, pada pukulan yang pertama batu itu menjadi retak dan pada pukulan yang ketiga batu itu pun hancur berderai.

7. Semasa dalam perang Khandak juga seorang sahabat Rasulullah s.a.w., Jabir telah menjemput baginda dan beberapa orang sahabat yang lain datang ke rumah untuk menikmati hidangan. Rasulullah s.a.w. sebaliknya telah menjemput semua tentera Khandak dan ini amat membimbangkan Jabir. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Jabir jangan diangkat dulu makanan itu dari tungkunya dan baginda sendiri yang akan membahagikannya. Setelah dibahagikan ternyata makanan itu cukup untuk semua bahkan bakinya masih seperti sediakala.

8. Dalam perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan Umrah, Rasulullah s.a.w. bersama rombongannya seramai 1,400 orang telah singgah di Hudaibiyah. Di sini para sahabat telah kehabisan air. Rasulullah lalu memasukkan tangannya ke dalam bekas air maka terpancarlah air dari jari-jari baginda seraya memerintahkan para sahabat berwuduk dengannya. Air itu mencukupi sungguhpun bilangan mereka yang begitu ramai.

9. Suatu hari Zainab bte Harith seorang wanita berbangsa Yahudi telah membawa daging kambing panggang sebagai hadiah untuk Rasulullah s.a.w. Baginda lalu memanggil para sahabat untuk menikmati hidangan itu. Bila hendak dimasukkan saja ke dalam mulut, Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabatnya agar membuang sahaja daging itu kerana katanya daging itu telah memberitahu kepadanya yang ia telah dicampuri dengan racun.

10.Al Quran adalah mukjizat yang paling agung dan luar biasa untuk Rasulullah s.a.w. Ia boleh dilihat dan dibaca dari sejak ia diturunkan hinggalah ke hari kiamat. Bahasa Al Quran adalah mutiara sastera yang tiada tandingannya dan tiada manusia yang mampu menandingi isi dan ayat-ayatnya, ini kerana ia merupakan firman dari Allah.

Build Upon What You Build

You may not think you have what it takes to persist in your efforts for long periods of time. Yet all you must do is to persist for just a moment, and then another moment, and then another.

The energy necessary for achievement is never going to be fully available to you when you begin. But go ahead and begin, and that energy comes to you as you require it.

Do not be dismayed at how long the journey will take. Instead, be thankful and enthusiastic about the one particular step you can take right now.

Success creates its own capacity for fulfillment as it moves along. Your job is to keep moving it along.

Give your best to the task at hand. That will prepare you and equip you for the next task, and the next.

Build what you can with what you have, and then build upon what you build. In this simple, steady, accessible way, whatever you envision is within your reach.

Panduan Jenazah

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

1. Niat - "Sahaja aku sembahyang mayat lelaki/perempuan/kanak-kanak lelaki/perempuan, empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Ta'ala"

2. Berdiri bagi yang berkuasa

3. Takbir 4 kali termasuk takbirratul ihram.

4. Membaca Fatihah.

5. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.

6. Membaca doa yang khusus untuk si mayat selepas takbir yang ketiga

7. Memberi salam.


PERKARA SUNAT YANG MESTI DILAKUKAN TERHADAP JENAZAH

1. Pejamkan kedua-kedua matanya dan ikatkan dagu supaya mulutnya tidak dimasuki serangga.

2. Lipatkan kedua tangannya di atas dada dengan tangan kanan di atas tangan kiri ataupun luruskan kedua-dua tangannya ke bawah.

3. Tutup seluruh tubuhnya dengan kain yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.

4. Ahli keluarga dan juga warisnya hendaklah membayar segala hutang piutang simati sama ada dengan harta peninggalannya atau dari pertolongan ahli keluarga.

5. Memberitahu kepada orang ramai supaya mereka yang datang itu dapat menyembahyangkannya secara beramai-ramai.

6. Letakkan sesuatu yang berat di atas perut si mati agar perutnya tidak kembung.


BARANG-BARANG KEPERLUAN JENAZAH

1. 24 ela kain putih - bergantung pada keadaan mayat.
2. 2 bandai kapas - bergantung pada keadaan mayat.
3. 1 bungkus serbuk kapur barus atau 5 ketul kapur barus.
4. 1 botol air mawar.
5. 1 bungkus serbuk cendana atau 5 ketul cendana.
6. 1 botol minyak atar yang sederhana.
7. Sekeping tikar berukuran 6 x 5 kaki.
8. Seketul sabun mandi.
9. Satu bekas air yang sederhana bagi menyiramnya selepas bacaan talkin.
10. Sepasang batu nisan.


ORANG YANG LEBIH UTAMA MEMANDIKAN JENAZAH

1. Lebih afdal orang yang paling hampir dengan simati atau kaum keluarga yang terdekat.

2. Seorang suami boleh memandikan isterinya begitu juga sebaliknya.

3. Mayat kanak-kanak lelaki atau perempuan yang belum baligh boleh dimandikan oleh orang lelaki dan perempuan.

4. Mayat yang tidak bersifat lelaki atau perempuan yang telah dewasa hendaklah dimandikan oleh kaum keluarganya yang terdekat sama ada lelaki atau perempuan. Jika tidak ada maka bolehlah dimandikan oleh orang lain sama ada lelaki atau perempuan.

Keguguran Dan Cara Mengurusnya

Sabda Rasulullah s.a.w: "Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.”

- Riwayat Abu daud dan at-Tirmidzi


Huraian:-

1. Sekiranya berlaku keguguran dan bayi yang meninggal telah berumur 120 hari (4 bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa.

2. Dalam menguruskan jenazah kita hendaklah mengikut cara-cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu memandikannya, mengafankannya, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengafankan, solat dan menguburkan sahaja.

3. Manakala doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal itu bukan untuk bayi yang meninggal itu sendiri.

Keguguran Dan Cara Mengurusnya

Sabda Rasulullah s.a.w: "Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.”

- Riwayat Abu daud dan at-Tirmidzi


Huraian:-

1. Sekiranya berlaku keguguran dan bayi yang meninggal telah berumur 120 hari (4 bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa.

2. Dalam menguruskan jenazah kita hendaklah mengikut cara-cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu memandikannya, mengafankannya, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengafankan, solat dan menguburkan sahaja.

3. Manakala doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal itu bukan untuk bayi yang meninggal itu sendiri.

Hukum Barang Cetak Rompak Dan Fotocopy Buku

SOALAN :-

Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan do salah satu universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal.

Apakah hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan bagaimana jalan untuk terbaik untuk saya selesaikan masalah ini?

JAWAPAN :-

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.
Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi.

DIA KAFIR - Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, jadi tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, yahudi serta kafir musyrik, semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan menceroboh dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu.

PENGECUALIAN :-

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkala itu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh yang bermaksud "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil, tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Saturday, June 27, 2009

Keberkatan Bagi Pembaca Surah Al-Kahfi

Dari Al Barra' r.a., katanya: "Ada seorang lelaki membaca surah Al Kahfi, dan didekatnya ada seekor kuda tertambat dengan tali panjana. Tiba-tiba datang awan menyelubungi tempat orang itu, sehingga kuda tersebut berputar-putar di tambatannya lalu lari. Ketika hari telah pagi, orang itu mendatangi Nabi saw., lalu ku ceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialaminya itu. Sabda Nabi saw. "Itulah 'Iflkinllh' (para malaikat turun membawa ketenangan dan rahmat) bagi pembaca Al Quran."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0765

Hadis Tentang Khasiat Potong Kuku Hari Tertentu

Soalan:

Saya ingin bertanya adakah hadis ini sahih atau ia boleh diamalkan?

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

terima kasih
--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan :

Al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq Al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :
“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam
Be wary of those who seek to steal your dream.
Be even more wary of those who seek to tell you what your dream should be. Achievement is the outward expression of what you already know deep inside to be true.

Friday, June 26, 2009

Manusia Berhadapan Dengan 6 Persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

1. Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.

2. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.

3. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu, maka hilanglah akal dari dirinya.

4. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.

5. Siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

6. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

What You Say

Truth has little need of elaborate explanation. The fewer words you can use, the more meaning they have.

Speak what you know to be true. And there will be no need to hide your thoughts behind your words.

Words have little meaning if there is no conviction to support them. When your words come directly from who you most sincerely are, they carry with them great power.

Do not make the mistake of attempting to deceive others with what you say. Once your words are found to be insincere, you will have great difficulty being taken seriously again.

Words are easy to say. Yet for those words to have any meaning or power, they must closely match the reality of your actions and your being.

Speak clearly, truthfully, with respect and humility. From the truth of who you are, comes the best of what you say.

-Ralph Marston

Wasiat 4 Khalifah

Keempat-empat khalifah yang terkenal telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Syd. Abu Bakar ra. berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab r.a. berkata :

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan r.a. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "
The most reliable way to predict what's going to happen next is to be the person who makes it happen. As you step forward, your doubts begin to step back.

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat. Oleh itu jika seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi.

- 'Uthman bin 'Affan r.a

Aurat Terbuka Ketika Solat

Soalan:-

Bagi seorang perempuan, apakah perlu mengulang semula solat sekiranya setelah selesai solat, kelihatan 2 atau 3 helai rambut berjuntaian keluar. Rambut ini mungkin sudah terjuntai sebelum solat tetapi tidak menyedarinya (kerana tidak mengemaskini pakaian sebelum solat).

Jawapan:

Ulama semua bersetuju bahawa menutup aurat merupakan syarat sah solat seseorang.

Dalilnya, firman Allah swt : “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan solat…)” – [al-A'raaf 7:31]

Mengenai aurat terbuka semasa solat, Imam Al-Syafie r.h. berkata: “Adalah baik bagi kedua-dua wanita dan lelaki bersolat dengan menutup aurat mereka. Aurat lelaki sebagaimana yang telah dinyatakan (i.e., dari pusat ke lutut), dan semua pada wanita adalah aurat kecuali muka dan tangan. Bahagian atas kaki juga dikira aurat. Jika semasa solat mana-mana bahagian bagi lelaki diantara pusat dan kaki menjadi terbuka, atau mana-mana bahagian rambut wanita, samada banyak atau sedikit, atau mana-mana bahagian badannya dari muka, tangan dan pergelanggan tangan, dan tidak lebih dari itu, menjadi terbuka, samada mereka ketahui atau tidak, maka kedua-duanya (lelaki dan wanita) harus mengulangi solatnya – melainkan ia terbuka akibat tiupan angin, atau tergelincir dan dengan segera ditutup kembali tanpa menangguh” – Al-Umm, Bab Kayfiyyat Libs al-Thiyaab fi Al-Solaah.

Ibn Qudamah r.h. didalam Al-Mughni berkata:- “Jika sedikit dari aurat terbuka, ia tidak menjadikan solat itu tidak sah. Ini adalah pendapat Ahmad dan Hanifah”.
Menurut beliau lagi bahawa, mengelak perkara-perkara yang kecil mungkin merupakan satu perkara yang amat sukar, maka kalau perkara itu kecil, ia dimaafkan. Inilah perkara-perkara yang tidak didefinasikan didalam Islam yang dianggap sebagai ‘uruf yang menentukan, sebagaimana yang diapplikasikan didalam ‘pergerakan yang banyak semasa bersolat’.

Sheikh Khalid Al-Jundi, seorang ulama’ Al-Azhar memberikan satu komentar yang baik didalam permasalah ini. Kata beliau : “Bagi wanita, kesemuanya aurat kecuali wajah dan tapak tangan, maka jika apabila terzahir rambutnya ketika solat, dan ketika itu beliau mengetahuinya, maka Batallah solatnya, dan harus diulanginya. Jika ia tidak mengetahui (rambut telah terkeluar), dan ini bermakna ‘kelupaan’, maka solat tersebut adalah sah. Adalah lebih awal lagi kita pastikan, kerana adalah satu pemberian untuk menutup aurat dihadapan Tuhan Sekalian Alam”.

Kesimpulannya, jika berlaku terkeluarnya rambut tanpa diketahui, ini dianggap sebagai satu kemaafan (atau satu kelupaan), dan solatnya masih sah. Manakala jika ia sedar rambautnya terkeluar semasa bersolat, maka solat tersebut perlu diulangi kembali.

wallahu ‘alam

-wassalam-

Rujukan :
1. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid.
2. Shiekh Khalid Al-Jundi. Fas’aluu Ahlu Al-Zikr : fatawa mua’sirah. Beirut : Dar Al-Ma’rifah, 2003. ms. 80.

Thursday, June 25, 2009

Tadarus Al-Quran Yang Sepatutnya

Soalan:-

Bagaimana tadarus yang benar, apakah setelah teman membaca, kemudian dilanjutkan ayat berikutnya oleh teman yang lain atau setiap orang membaca sendiri-sendiri tanpa disemak oleh yang lain? Bagaimana cara tadarus nabi yang sebenar?

Jawapan :-

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Istilah tadarus Al-Quran sebenarnya agak berbeda antara bentuk yang kita saksikan sehari-hari dengan makna bahasanya. Tadarus atau tadarusan biasanya berbentuk sebuah majlis di mana para pesertanya membaca Al-Quran bergantian. Satu orang membaca dan yang lain menyemak. Dan umumnya dilaksanakan di masjid atau mushalla di malam-malam bulan Ramadhan.

Padahal kata tadarus berasal dari asal kata darasa yadrusu, yang artinya mempelajari, meneliti, menelaah, mengkaji dan mengambil pelajaran. Lalu ketambahan huruf ta' di depannya sehingga menjadi tadarasa yatadarasu, maka maknanya bertambah menjadi saling belajar, atau mempelajari secara lebih mendalam. Adapun kegiatan 'tadarusan' yang kita lihat sehari-hari di negeri kita ini, sepertinya nyaris tanpa pengkajian makna tiap ayat, yang ada hanya sekadar membaca saja.
Bahkan terkadang benar dan tidaknya bacaan itu, tidak terjamin. Kerana tidak ada ustaz yang ahli di bidang membaca Al-Quran.

Bentuk tadarusan seperti itu lebih tepat menggunakan istilah tilawah wal istima'. Kata tilawah bermaksud membaca, dan kata istima' berasal dari kata sami'a yasma'u, yang bermaksud mendengar.


Membaca Al-Quran:-

Kalau para peserta sudah fasih dan menguasai teknik membaca Al-Quran yang baik, maka tidak mengapa bila masing-masing membaca sendiri-sendiri. Kalau pun mahu didengarkan juga tidak mengapa. Kerana membaca dan mendengar sama-sama mendatangkan pahala.
Allah SWT telah memerintahkan kita selain untuk membaca, juga mendengarkan Al-Quran.
“Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” .(QS. Al-A'rah: 204)

Namun apabila pembaca seperti masih lemah bacaannya, sebaiknya mereka tidak dilepas membaca Al-Quran sendirian. Perlu ada ustaz yang membetulkan bacaannya. Sehingga yang perlu dilakukan bukan 'tadarusan', tetapi belajar membaca Al-Quran. Atau istilah yang sekarang popular adalah tahsin Al-Quran atau tahsin tilawah. Tahsin artinya membaguskan bacaan.

Tentu saja harus ada ustaz yang ahli dalam membaca Al-Quran. Dan tidak boleh seseorang dibiarkan membaca dengan salah, baik makhraj maupun tajwidnya. Mereka harus didampingi oleh yang sudah baik bacaannya, dibimbing bacaannya dengan baik.


Tadarus di Masa Nabi:-

Tadarus dalam erti yang sebenarnya, iaitu mempelajari isi dan kandungan al-Quran di masa Nabi saw adalah dengan cara mempelajari beberapa ayat, setelah mendalam dan mengerti, baru diteruskan lagi beberapa ayat.

Dari Ibnu Mas’ud ra berkata: “Adalah seorang dari kami jika telah mempelajari 10 ayat, maka ia tidak menambahnya sampai ia mengetahui maknanya dan mengamalkannya” - Hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dalam tahqiqnya atas tafsir At-Thabari (I/80).

Bahawa mereka yang menerima bacaan dari Nabi saw (menceritakan) adalah mereka apabila mempelajari 10 ayat tidak pernah meninggalkannya (tidak menambahnya) sebelum mengaplikasikan apa yang dikandungnya, maka kami mempelajari ilmu Al-Qur’an dan amalnya sekaligus.


Ahmad Sarwat, Lc
Posted by : ummimq
Confidence is free. And it adds enormous value to whatever it touches. Find some, build some, and spread it around. The next hour will pass quickly anyway. You might as well spend it being productive, creative & fulfilled.

Asma Binti Abu Bakar

Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya. Allah memberinya umur panjang dan kecerdasan berfikir, hingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut Rasulullah) dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah.

Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.

Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.

Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum. Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat pinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.

Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. Sekiranya suaminya sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin Zubir.

Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain cantik, dia mempunyai sifat yang hampir sama dengan dengan saudaranya Aisyah, cerdas, pantas dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai orang.

Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir.

Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari. Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.

Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah. Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah bin Zubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah.

Beberapa saat sebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya. Ibunya bertanya,”Mengapa engkau datang ke sini, padahal batu besar yang dilontarkan pasukan Hajjaj kepada pasukanmu menggetarkan seluruh kota Makkah? “Aku datang hendak meminta nasihat daripada ibu,” jawab Abdullah dengan rasa hormat. “Mengenai apa?” tanya Asma’ lagi. “Tentera aku banyak yang belot. Mungkin kerana takut kepada Hajjaj atau mungkin juga mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikan. Tentera yang ada sekarang nampaknya tidak akan sabar bertahan lebih lama bersama aku. Sementara itu, utusan Bani Umaiyah menawarkan kepadaku apa saja yang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai Khalifah. Bagaimana pendapat ibu?”tanya Abdullah.

Asma’ menjawab dengan suara tinggi, “Terserah engkau, wahai Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang lebih tahu tentang dirimu. Apabila engkau yakin dalam kebenaran, maka teguhkan hatimu seperti tentera engkau yang gugur. Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan dunia, tentu engkau seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau mencelakakan diri sendiri, menjual murah sebuah kepahlawanan.”

Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan ibunya yang kecewa. Ibunya, walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah dan panglima yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana rasa hormat dan kasih kepadanya.

“Tetapi aku akan terbunuh hari ini, ibu,” kata Abdullah lembut. “Itu lebih baik bagimu, daripada engkau menyerahkan diri kepada Hajjaj. Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani Umaiyah dengan memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,” kata ibunya tegas.

“Aku tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah lagi. “Tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup terhadap orang mati. Bukankah kambing yang disembelih tidak merasa sakit lagi ketika disiat?” jawab Asma’. “Yang ibu khuatir kalau engkau mati di jalan yang sesat,” sambung Asma’ lagi.

“Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran sesat untuk melakukan perbuatan keji. Aku tidak akan melanggar hukum Allah. Aku bukan pengecut dan aku lebih mengutamakan keredhaan Allah dan keredhaan ibu,” ucap Abdullah bersemangat.

Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid menemui Allah

Posted By : budak_nakall

Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mengundang Laknat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat, maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”

- Riwayat Abu Daud


1. Maksud laknat ialah jauh daripada rahmat Allah S.W.T kerana kemurkaan-Nya.

2. Selaku umat Islam yang dididik dengan ajaran Islam yang mulia, kita amat dilarang daripada melaknat, mentohmah, bercakap keji atau hina serta mencaci maki orang lain atau pun makhluk lain yang tidak berdosa.

3. Oleh kerana laknat adalah termasuk di dalam perkara yang boleh membawa kebinasaan, maka kita hendaklah sentiasa berwaspada agar terhindar daripada segala perbuatan keji yang berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah menimpa diri kita.

Wednesday, June 24, 2009

Hakikat Pernikahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat... dan manakah pilihan kita?

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tidak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Kedekut Memberi Ilmu

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

- Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi


Huraian:-

1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58]

2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan

3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Bolehkah Umat Islam Turut Meraikan Krismas?

Jawapan dari al-Imam al-Walid `Abdul `Aziz bin `Abdullah b.Baz:-

Tidak boleh bagi setiap muslimin dan muslimat berkongsi perayaan Yahudi, atau Nasrani(kristian), atau perayaan dari agama-agama lain. Bahkan wajib meninggalkannya, hal ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk di kalangan kaum itu. Rasulullah s.a.w telah mengancam kita daripada menyerupai mereka(kaum kafir) dan berperangai dengan perangai mereka.

Maka menjadi kewajipan ke atas muslimin dan muslimat berjaga-jaga daripada perkara tersebut, dan hendaklah kita tidak turut sama membantu menyambut perayaan-perayaan tersebut dengan apa-apa cara sekalipun kerana ianya merupakan perayaan-perayaan yang menyalahi syariat Allah, dan yang menyambutnya ialah musuh-musuh Allah, maka tidak boleh berkongsi dalam menyambutnya. Dan jangan saling tolong-menolong membantu orang-orang yang menyambutnya, dan jangan membantu mereka dengan apa-apa cara sekalipun. Tidak dengan teh, kopi dan tidak dengan memberi hadiah dan yang selain darinya.

Allah juga berfirman bermaksud:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. - [al-Maaidah[5]:2]

Perkongsian bersama orang-orang kafir dalam menyambut dan membesarkan perayaaan-perayaan mereka salah satu bentuk saling membantu dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Maka wajib bagi muslimin dan muslimah meninggalkan perkara tersebut.

Menjadi kewajipan bagi kita juga melihat perkara ini mengikut syariat Islam dan apa yang datang darinya, bukan dengan melihat urusan majoriti manusia kerana sesungguhnya sangat ramai manusia yang tidak mempedulikan dengan apa yang disyari`atkan oleh Allah swt sepertimana firman Allah swt:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di mukabumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)". - [al-An`aam[ [6]:116]

"Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya." - [Yusuf[12]; 103]

Maka perayaan-perayaan yang menyalahi syari`at Islam tidak boleh kita menyambutnya, membesarkannya walaupun ianya dilakukan ramai manusia sekarang (termasuk umat Islam), dan seorang mukmin hendaklah menilai perbuatan-perbuatannya dan ucapan-ucapannya serta perbuatan orang ramai dengan al-Quran; As-Sunnah. Dengan apa yang menepati kedua-duanya maka ianya adalah diterima, walaupun ianya ditinggalkan ramai manusia, dan apa yang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya maka ianya adalah tertolak walaupun ianya dilakukan oleh ramai manusia.

Moga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua.

Tuesday, June 23, 2009

Bukti Iman

"Sesiapa yang mana kebaikannya menggembirakannya dan kejahatannya tidak disukainya, maka dialah orang yang beriman. - (Hadith riwayat al-Tirmidzi – no. 2318, ia dinilai oleh al-Tirmidzi sebagai : hasan sahih)

Huraian:

Setiap dakwaan perlukan bukti dan setiap keadaan mempunyai tanda dan petunjuknya. Itulah ketentuan alam yang telah diletakkan asasnya oleh Allah SWT. Maka, jika anda beriman, apakah tandanya?

Hadith ini memberikan petunjuk dan tanda atau ukuran untuk anda menilai sejauh mana anda benar-benar beriman atau iman itu lemah. Hadith ini memberikan ukuran yang paling mudah dan ringkas untuk setiap yang mendakwa dirinya beriman agar dapat menyemak kembali sejauh mana kebenaran dakwaannya itu.

Jika anda merasai satu kelegaan dan ketenangan selepas melakukan sesuatu perkara yang baik, itu petanda anda beriman. Jika anda merasai satu penyesalan dan satu kegelisahan setelah terjebak melakukan sebarang dosa, ketahuilah bahawa anda beriman. Namun sekiranya anda merasai satu kepayahan setelah melakukan ketaatan dan merasai pula kelegaan setelah melakukan maksiat, ketahuilah bahawa iman anda mungkin berada pada tahap yang kritikal kerana ia bertentangan dengan apa yang dijelaskan di dalam hadith ini.

Walau bagaimanapun, keadaan begini yang silih berganti antara ketaatan dan maksiat menandakan bahawa iman itu sentiasa berkurang atau bertambah. Lakukanlah ketaatan demi ketaatan agar iman itu sentiasa kuat dan berkembang. Hindarilah sebarang maksiat sedaya mampu. Namun sekiranya anda tersilap langkah, segeralah sesali perbuatan itu dan bertaubatlah kepada Allah SWT. Itulah tanda anda benar-benar beriman!


Posted by : alitantawi
Achievement demands more than just being busy.
Results count.
Focus on being effective, rather than being busy.
Some things are worth doing, simply for the challenge.

Monday, June 22, 2009

So Very Much Good

Be slow to take offense, if indeed you ever take offense at all. Being offended gains you nothing and can cost you much.

Have patience with the mistakes and follies of others. Instead of harsh criticism, offer genuinely helpful feedback so that everyone benefits.

Forgive early and forgive often. Set yourself free from the heavy burden of resentment, and move quickly beyond the pain.

Learn from your regrets, yet do not punish yourself with them. Today is a new day with more possibilities than ever before.

Be truly thankful for all that is, and for your opportunity to experience it. You'll discover great stores of goodness and value when you simply have faith that they're there.

Live beyond the petty, fleeting concerns, and focus on the profound and beautiful substance of your life. There is so very much good that you can always do with it.

-Ralph Marston

Hukum Imunisasi

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan:-

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apakah hukum berubat dengan imunisasi sebelum ditimpa apa-apa penyakit?

Jawapan:

La ba’sa (tiada masalah) berubat dengan cara seperti itu jika dikhuatiri ditimpa penyakit kerana adanya wabak atau sebab-sebab lainnya. Dan tidak masalah menggunakan ubat untuk menolak atau menghindari wabak yang dikhuatiri akan merebak. Hal ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. di dalam hadis shahih:

Ertinya : "Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, dia tidak akan terkena pengaruh buruk sihir atau racun”

Ini termasuk tindakan mencegah penyakit sebelum terjadi. Demikian juga jika dikhuatiri timbulnya suatu penyakit dan dilakukan imunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di suatu tempat atau di mana saja, maka hal itu tiada masalah, kerana hal itu termasuk tindakan pencegahan. Sebagaimana penyakit yang datang diubati, demikian juga penyakit yang dikhuatiri kemunculannya.

Tetapi tidak boleh menggunakan tangkal-tangkal untuk menghindari penyakit, jin atau pengaruh mata yang jahat. Ini kerana Nabi s.a.w. melarang daripada perbuatan itu. Beliau sudah menjelaskan itu termasuk syirik kecil. Kewajipan kita harus menghindarinya.

(Fatawa Syaikh Abdullah bin Baz. Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 03/Tahun X/1427/2006M. Dikutip dari kitab Al-Fatawa Al-Muta’alliqah bi Ath-Thibbi wa Ahkami Al-Mardha, hal. 203. DArul Muayyad, Riyadh)

Apa Terjadi Kepada AlQuran Pada Hari Kiamat?

Soalan:-

Kita ahlus sunnah wal jamaah berakidah bahwa Al-Quran itu Kalamullah dan bukan makhluk-Nya… juga telah diketahui bahawa Allah akan mencabut Al-Quran daripada dada manusia dengan kematian ulama dan huffaz… tapi sesudah berlaku Al-Qiyamah, atau As-Sa’ah, dan Mahsyar, Mizan, lalu kemudian As-Sirat, dan sesiapa yang terpilih memasuki Jannah, dan yang tidak memasuki neraka,lalu kita ingin bertanya, apa yang terjadi kepada Kitabullah, Quran kita? Apa terjadi kepada segala hukum yang ada didalamnya? Adakah kita tidak akan bertemu lagi dengannya? Bukankah ia juga syafa’ah bagi mu’min?

Jawapan:

- Pada hari qiamat, Al-Quran menjadi syafaat kepada ahlinya, dan banyak hadis menunjukkan perkara ini. Antaranya:
Hadis Abu Umamah r.a. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya: “Bacalah Quran, kerana sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada ahli-ahlinya”. - Direkod oleh Muslim (no: 804).

- Malah, ketika ahli Quran memasuki syurga, mereka membaca Quran dan setiap ayat yang dibaca akan ditambah satu darjat, sebagaimana tersebut dalam hadis:
Maksudnya: “Dikatakan kepada ahli Quran: Bacalah, dan naiklah (ke darjat-darjat syurga). Dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Maka sesungguhnya kedudukan kamu ialah di akhir ayat yang kamu baca”. - Direkod oleh Abu Daud (no: 1466), Tirmizi (no: 2914). Katanya: “Hadis Hasan Sahih”. Dinilai sahih juga oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 2030) dan Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 766).

- Perkhabaran ini menunjukkan, Al-Quran akan menjadi syafaat kepada ahli Quran, iaitu mereka yang membacanya dengan baik, menghafalnya, dan beramal dengannya. Dan mereka juga membaca Al-Quran di dalam Syurga, dan bacaan mereka umpama zikir bagi para Malaikat, iaitu yang tidak menyibukkan mereka daripada kelazatan nikmat syurga. (Aunul Ma’bud 4/237)

Wallahu A’lam.

Kisah Tempat Tinggal Ruh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

1.Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2.Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3.Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4.Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.

5.Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6.Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.



Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

a. Orang-orang yang mati syahid.
b. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
c. Orang yang puasa hari Arafah.

Apakah Kanak-Kanak Tidak Boleh Duduk Di Saf Hadapan?

Seringkali kita melihat kanak-kanak apabila memasuki masjid, mereka dipisahkan dari ibubapa mereka. Sudah menjadi kelaziman, kanak-kanak ditempatkan di saf yang terbelakang. Tidak kurang juga kita melihat terdapat AJK masjid ditugaskan khas bagi memastikan agar kanak-kanak ini pergi ke tempat yang dikhusus untuk mereka.

Tidak kiralah, samada mereka sampai awal atau pun tidak, mereka tetap akan diletakkan disaf belakang. Keadaan yang lebih sedih lagi, terdapat kanak-kanak yang sampai awal, duduk di saf pertama di suruh berpindah ke saf belakang.

Tindakan ini disebabkan di khuatiri kanak-kanak ini mungkin akan mengganggu jemaah yang bersolat di saf hadapan. Ada kemungkinan mereka akan bermain-main atau menangis, dan ini akan mengalih konsentrasi jemaah yang berada di saf tersebut. Alasan ini yang menyebabkan masjid mempunyai saf khas untuk kanak-kanak bersolat.

Ada juga diantara pihak masjid yang melaksanakan larangan ini disebabkan terdapatnya riwayat yang melarang membawa kanak-kanak kemasjid. Didalam Sunan Ibn Majah, kitab masjid dan jemaah, bab "Apa yang tidak disukai didalam masjid", dikatakan Nabi saw bersabda :-

"Jauhi masjid kamu dari kanak-kanak kamu, orang gila, jual beli kamu, pertengkaran kamu, ketinggian suara kamu, perlaksanaan Hudud dan mempamerkan pedang kamu. Jadikan tempat membasuh dan wudhu' berdekatan dengan pintunya dan mewangikannya pada hari Jumaat" [Riwayat Ibn Maajah #750]."

Hadith ini Dhaef menurut Ibn al-Jauzi, Munziri, Haitaimi, Ibn Hajar al-Asqalani dan Busyairi. Syeikh Abdul Haqq al-Ishbeli mengatakan bahawa hadith ini tidak berasas. Maka hadith diatas ini tidak boleh dijadikan dalil melarang kanak-kanak dari pergi ke masjid.

Disana terdapat sebuah hadith sahih menjelaskan siapakah yang harus berada di belakang Imam. Riwayat dari Abdulllah bin Mas'ud ra, Nabi saw bersabda :-

"Jadikan dibelakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432]

Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk di saf awal.

Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa, dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. [2]. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazah semasa Nabi saw melakukan Haji sedangkan beliau belum baligh.

Peristiwa diatas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan.

Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :-

"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Syiekh bin Baaz rh [1] menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk di saf hadapan, mereka tidak boleh di pindahkan ke saf yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk di saf yang hadapan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh. [4] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu di kaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.

Kedua-dua Syiekh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan :-

a.Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid

b.Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka.

c.Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid.

d.Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya.

Ada dikalangan ulama' mencadangkan di dalam saf yang panjang, yang betul-betul berada di belakang Imam adalah mereka yang alim dan matang, dan di samping itu, jemaah yang lain termasuklah kanak-kanak boleh berada pada barisan hadapan.

Bapa juga berperanan mendisplinkan anak-anaknya agar mereka tidak bertindak nakal di dalam masjid. Kanak-kanak perlu digalakkan bersolat di masjid oleh ibubapa mereka. Ia menjadi kewajipan ibubapa mengajar anak mereka bersolat, sebagaimana semua diantara kita sudah maklum dengan hadith berikut :-

"Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka apabila mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur [kamu]" [Riwayat Abu Daud].

Syiekh Saleh al-Fawzan [5] mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid.

KESIMPULANNYA:-

Tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka berdisplin semasa membawa mereka ke masjid. Di harap pihak-pihak surau dan masjid dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur ini bersolat di saf-saf yang awal.

WA.


1. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz, 12/399

2. Kitab al-Majmu jilid 4. Jeddah : Maktabah Irsyad, ms.186

3. Fath al-Bari Jilid 4. Kaherah : Dar al-Hadith, 1998. ms. 244

4. Fatwa Ibn Utsaimin. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621924

5. Fatwa beberapa mufti. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620774

-kamin
The most serious challenges don't arrive so as to punish you. Rather, they serve to shine a light on what is truly meaningful and valuable. Remind yourself that everything is going to be okay, then set out to make it so.

Strepsil & Ubatan Beralkohol

Soalan:
Pernah makan strepsil? Cuba tengok ingredient, ada alkohol, kan? Boleh ke makan strepsil ni untuk sakit tekak?

Jawapan:

Bukan sekadar strepsil sahaja, ubat lain pun ada alkohol. Seorang ahli farmasi yang sudah bertahun-tahun menceburi bidang ini memberitahu bahawa alkohol dalam ubat-ubatan tidak sama dengan alkohol dalam minuman arak. Alkohol dengan pelbagai jenisnya memang digunakan dalam banyak ubat.

Masalah makanan yang mengandungi alcohol , adalah merupakan perkara biasa dan telah lama dibahaskan oleh para alim ulama , khususnya dalam mujamma’ al-fiqhi al-Islami. Ini kerana alkohol mempunyai manfaat yang banyak dalam industri pembuatan makanan. Walaubagaimanapun terdapat garis panduan yang telah disepakati dan perlu diikuti oleh umat Islam dalam menggunakan alkohol. Jenis alkohol yang boleh digunakan ialah alkohol Ethyl yang juga digunakan dalam perubatan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang menggunakan alkohol , sepertimana berikut :

Jus buah-buahan , susu pekat , zabadi ( susu masam yang popular di tanah arab ),tepung yang telah diuli dan diletakkan ragi ( makanan segera seperti kuih muih segera ) , dan sebagainya. Jenis-jenis makanan dan minuman seperti ini adalah mengandungi kurang daripada 0.5% kandungan alkoholnya. Maka jenis seperti ini adalah halal dan harus digunakan disisi syarak.

Terdapat juga jenis makanan atau minuman yang menggunakan alkohol untuk mencairkan beberapa bahan yang digunakan untuk membuat makanan atau minuman tersebut seperti pewarna , bau-bauan makanan dan sebagainya , yang mana bahan-bahan tersebut tidak boleh cair dengan menggunakan air, maka alkohollah digunakan. Satu contoh terbaik minuman yang menggunakan kaedah ini ialah minuman coca cola , pepsi dan mirinda. Kesemua minuman tersebut menggunakan bahan pewarna yang dicairkan dengan kaedah alkohol. Nama pewarna tersebut ialah Beta Carotene. Kaedah pencairan ini mengguna pakai kandungan alkohol dalam nisbah penggunaan sebanyak 0.2 – 0.3% sahaja dan ini juga menurut hukum syarak adalah dibolehkan.

Seperti mana kenyataan / fatwa yang dikeluarkan oleh Muktamar fiqh (Perubatan) yang bersidang di Kuwait pada Mei 1995 : “Sesungguhnya penggunaan alkohol dalam industri pembuatan makanan dan minuman untuk tujuan mempercepatkan proses pertumbuhan makanan atau minuman ( seperti ragi ) dan untuk proses pencairan bahan-bahan untuk kegunaan pembuatan makanan dan minuman tersebut adalah dibolehkan atas dasar al-umum al-balwa.”

Walaupun begitu terdapat juga jenis-jenis makanan dan minuman yang menggunakan alkohol jenis memabukkan dengan tujuan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan membuatkan orang ramai merasa ketagihan selepas makan atau minum bahan tersebut. Ianya banyak terdapat dalam beberapa jenis aiskrim , manisan , sebahagian coklat , minuman bergas dan sebagainya.

Proffessor Muhammad Abd Salam dalam bukunya “Musykilah Istikhdam al-Mawad fi al-Muntajat al-Ghazaiyah” m/s 6 menyebutkan : Penambahan ahkohol jenis tersebut sengaja dilakukan pada sebahagian besar jenis makanan dan minuman dengan tujuan untuk mendapatkan rasa yang tertentu dan terbaik supaya pengguna merasa ketagihan dan menyukai makanan atau minuman tersebut.

Maka penggunaan alkohol ini , dengan jelas tidak dibolehkan malah diharamkan dalam Islam. Ini kerana penyebab utamanya ialah alkohol yang diletakkan adalah dari jenis alkohol yang digunakan dalam pembuatan arak dan alkohol jenis ini adalah diharamkan penggunaannya secara mutlak oleh ulama sebagaimana kata Ibnu Hazm dalam “Al-Muhalla” (1 / 135 ) : Telah sepakat ahli Ilmu dan para ulama bahawa sekiranya arak dicampurkan ke dalam makanan atau ubat-ubatan samada cecair atau pepejal , ianya tidak ternyah ( terhapus ) , bahkan kesan dari segi warna , bau dan rasa masih lagi wujud pada makanan atau ubatan tersebut dan ianya akan merosakkan makanan dan ubatan tersebut. Maka penggunaannya tetap haram disisi syarak.

Begitu juga kenyataan Muktamar Fiqh (Perubatan) yang bersidang di Kuwait ( Mei 1995 ) menyebut : “Tidaklah boleh malah diharamkan kepada umat Islam menggunakan sebarang bentuk makanan dan minuman yang mengandungi kandungan arak walaupun nisbah yang sedikit , lebih-lebih lagi makanan-makanan dan minuman yang terdapat atau dibuat di Negara Eropah (Barat) , berdasarkan kepada panduan syarak bahawa , apa-apa sahaja yang dibuat daripada arak dan memabukkan samada sedikit atau banyak tetap haram”

Maka secara kesimpulannya , penggunaan alkohol Ethyl ( kimia ) dengan nisbah yang sedikit adalah dibolehkan dalam pembuatan makanan dan minuman serta umat Islam boleh makan dan minum makanan atau minuman tersebut.

WA
Maraji’ :
1.Proffesor Muhammad Abd Salam “Musykilah Istikhdam al-Mawad fi al-Muntajat al-Ghazaiyah” , Muassasah Kuwait lit Taqaddam al-Ilmi , 2003
2.Majjalah Dauriah Muhakkamah , Al-Mujjamma’ al-Fiqhi al-Islami , bil 13

Istikharah

Dari Jabir r.a., katanya: Nabi saw. telah mengajarkan kepada kami istikharah (memohon kepada Allah agar ditunjukkan pilihan yang benar ketika berada dalam keadaan ragu) dalam segala urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. "Kalau seorang bermaksud mengerjakan sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, selain yang fardu, kemudian berdoa: Ya Tuhan ku! Saya mohon diberi pilihan yang benar dengan pengetahuan-Mu, saya mohon diberi tenaga dengan kekuatan-Mu, dan saya memohon kurnia-Mu yang maha besar. Engkaulah yang berkuasa, saya tidak berkuasa. Engkaulah yang mengetahui, saya tidak mengetahui. Engkaulah yang maha mengetahui segala yang ghaib (tidak kelihatan). Ya Tuhan ku! Kiranya Engkau mengetahui bahawa hal ini baik untuk saya dalam hal agama saya dan penghidupan saya dan pada akhirnya berakibat baik bagi saya, atau baik bagi saya untuk jangka pendek dan jangka panjang, maka jadikanlah saya sanggup mencapainya. Tetapi sekiranya Engkau mengetahui bahawa hal ini tidak baik bagi saya dalam soal agama saya dan penghidupan saya, dan pada akhirnya berakibat tidak baik bagi diri saya, atau tidak baik bagi saya untuk jangka pendek maupun untuk jangka panjang, maka jauhkanlah saya dari hal itu dan jauhkanlah hak itu dari saya. Berilah saya kesanggupan untuk memperoleh kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah saya rela gembira dengan hak itu." Kemudian ia menyebutkan hak apa yang dimaksudkannya itu.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1736

Sunday, June 21, 2009

Hidup Bijak Bersama Isteri

“Suamiku sering menyebut-nyebut kelebihan wanita lain di depanku. Seolah-olah dia menyesal menikahi denganku...,” ujar seorang ummahat.Tampak kesedihan terpancar dari wajahnya. Dan, kedua matanya pun berkaca-kaca. Memang, ada kalanya seorang suami tidak puas dengan keadaan isterinya.

Ia selalu mengingatkan kekurangan isterinya, dan membandingkannya dengan wanita lain. Boleh jadi kekurangan isteri dirasa cukup berat bagi suami, akan tetapi dalam waktu yang sama, si isteri sesungguhnya juga memiliki banyak kelebihan atau keistimewaan, serta sekian banyak sifat yang terpuji. Ini semua menuntut si suami untuk perlahan-lahan dan berhati-hati di dalam mengambil sikap. Jangan sampai ia menilai dan menghukum isterinya hanya melalui aib-aibnya saja, akan tetapi ia harus melihat kebaikan dan keburukannya, serta kelebihan dan kekurangannya secara bersamaan. Janganlah ia memberikan keputusan berdasarkan satu sudut pandang saja. Janganlah ia membenci isteri kerana satu perilaku yang menjadi bahagian dari tabiatnya.

Allah berfirman, “Dan bergaullah dengan mereka secara patut, kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa':19)
Oleh kerana itu,janganlah seorang suami membenci isterinya kerana perilaku tertentu. Sekali-kali jangan!!

Nabi SAW bersabda, “Janganlah seorang mukmin itu membenci seorang mukminah. Jika ia benci kepada satu perilaku, maka ia akan puas dengan perilaku yang lainnya.” -(Riwayat Muslim)

Hendaklah si suami itu sedar, bahawa ia tidak akan mendapatkan seorang isteri yang bebas dari kekurangan. Boleh jadi isterinya itu, dengan segala kekurangan yang ada, tetap lebih baik daripada sekian wanita lainnya, hanya saja ia tidak melihat kekurangan atau aib wanita lainnya itu. Jika engkau ingin mengenal hal itu, peganglah kertas dan pena, dan tulislah kelebihan-kelebihan isterimu dan kekurangan-kekurangannya,tentu engkau akan melihat bahawa kelebihannya jauh lebih banyak daripada kekurangannya. Ketahuilah, bahawa dalam kehidupan rumah tangga ini tidak memungkinkan bagimu untuk mendapatkan seorang isteri yang seratus persen sesuai dengan kriteria yang engkau inginkan. Sudah tentu terdapat perbezaan karakter, dan sudah tentu pula bahawa engkau akan melihat sesuatu yang mengagumkanmu dan sesuatu yang tidak menyenangkanmu.

Ketahuilah hai para suami, isterimu tidak dan tidak akan seratus persen sebagaimana yang engkau inginkan. Sebab, ia menerima pendidikan yang berbeza dengan pendidikan yang engkau dapatkan, serta memiliki tabiat yang berbeza dengan tabiat yang ada pada dirimu. Terkadang ia memang mirip denganmu dalam beberapa hal, namun berbeza dalam hal lainnya. Oleh kerana itu, terimalah kenyataan ini. Janganlah engkau melawan kehidupan dan hendak mengalahkan tabiat yang sudah mengakar, kerana tidak mudah mengubahnya. Sekalipun hal itu mungkin, akan tetapi jelas memerlukan waktu yang cukup panjang, kesabaran yang mendalam, latihan secara terus-menerus, nafas yang panjang dan jiwa yang tabah.

Hargai Pendapatnya - Selain kurang bersabar terhadap kekurangannya, kadang-kala para suami suka melecehkan akal para isterinya dan cara dia dalam berfikir. Suami yang melakukan hal seperti ini sebenarnya hanya menyebarkan keletihan dan tidak mencari kebahagiaan rumahtangga. Demikian juga, ia adalah seorang suami yang tidak pantas mendapatkan penghormatan dari isterinya, kerana yang namanya penghormatan itu adalah sesuatu yang bersifat timbal balik. Sepanjang engkau tidak menghormati orang lain, maka orang tersebut tidak akan menghormatimu, kecuali jika engkau mahu hormat kepadanya. Seorang isteri yang merasakan bahawa suaminya melakukan hal seperti ini, iaitu pelecehan terhadap akalnya dan caranya dalam berfikir, maka isteri tersebut tidak akan memberikan cintanya kepada suaminya. Ada persoalan yang difahami secara keliru oleh kaum laki-laki. Iaitu bahawa mereka menganggap akal wanita itu lemah dan kurang cerdas, serta cara berfikirnya bengkok, kurang lurus. Dan bahawa ia tidak mungkin memiliki pendapat yang lurus.

Pendapat dan anggapan seperti ini sama sekali tidak ada dasarnya, dan jelas tidak benar. Sumbernya adalah pemahaman yang keliru mengenai beberapa hadis yang berbicara mengenai masalah ini. Misalnya adalah hadis yang menyebutkan bahawa mereka adalah "Orang-orang yang kurang akal dan agamanya." Redaksi hadis seperti ini difahami secara keliru oleh sebahagian orang. Mereka memahami bahawa kurangnya akal di sini adalah kurangnya kecerdasan atau kebengkokan dalam berfikir. Ini jelas keliru. Yang dimaksudkan di sini adalah sifat lupanya kaum wanita lebih banyak daripada lelaki. Hal itu disebabkan kerana ada banyak hal yang dialami oleh kaum wanita yang membuatnya mudah lupa, terlebih dalam kehidupan umum, dimana ia tidak seperti seleluasa kaum lelaki.

Dalil mengenai hal itu ialah bahawa Nabi ketika ditanya oleh kaum wanita, "Apakah kekurangan akal dan agama kami, wahai Rasulullah?" Maka beliau menjawab, "Bukankah kesaksian wanita itu adalah separuh dari kesaksian laki-laki?" Kami menjawab, "Ya benar." Nabi bersabda, "Itulah bentuk kekurangan akalnya." Nabi bertanya lagi, "Bukankah jika sedang haid, ia tidak mengerjakan solat dan juga tidak berpuasa?" Kami menjawab, "Ya benar." Nabi menjawab, "Itulah bentuk kekurangan agamanya. "Dengan demikian, kekurangan yang disebutkan dalam hadis tersebut memiliki makna sebagaimana yang telah kami sebutkan di atas.”

Demikian juga halnya dengan kekurangan agamanya. Ia tidak bererti kekurangan mengenai hakikat agamanya, akan tetapi kekurangan itu terdapat pada sebahagian dari hal-hal peribadahan. Sedangkan dalam hal ini ia tidaklah dihukum kerana meninggalkanya. Bahkan ia justeru diharamkan untuk mengerjakannya. Wanita yang sedang haid diharamkan mengerjakan solat dan puasa. Jika ketika itu ia mengerjakan solat dan puasa, tentu ia berdosa, sekalipun ia berkewajiban menqadha' puasa, namun ia tidak perlu mengqadha' solat, sebagai bentuk peringanan terhadapnya dan rukhsah dari Allah.

Akal wanita adalah akal yang harus dihormati. Ada sebagian wanita yang memiliki keistimewaan berupa kecerdasan akal yang lebih hebat dibanding akal kaum laki-laki. Contoh untuk hal ini sangatlah banyak. Akan tetapi, bagaimanapun, kecerdasan akal wanita dijadikan oleh Allah s.w.t dengan garis yang berbeza dengan garis kecerdasan laki-laki. Ia merupakan kecerdasan jenis khusus. Oleh karena itu, ia memiliki perhatian-perhatian khusus. Itu merupakan hikmah agung yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Boleh jadi hal itu dijadikan untuk memperkaya kehidupan, sehingga kehidupan ini menjadi lebih bervariasi, dan agar laki-laki tidak berkuasa dengan akalnya saja, akan tetapi perasaan wanita yang menggelora itu juga memberikan makna lain bagi kehidupan. Adapun jika dasar keyakinan pada diri laki-laki berkenaan dengan akal wanita bukanlah sebagaimana dijelaskan di atas, dan memang ia telah menikahi yang kurang cerdas atau bengkok fikirannya, maka tidak ada alasan baginya untuk menyebutkan hal itu di hadapannya, atau selalu membodoh-bodohkan pendapatnya. Ia pun harus menerima segala kekurangannya, sepanjang ia menjadi isterinya.

Adalah tidak adil jika ia menimbangnya dengan sesuatu yang memang tidak dimiliki olehnya. Yang tak kalah penting lagi adalah penyertaan isteri terkait dengan urusan rumahtangga. Iaitu dalam hal berfikir dan merencanakan suatu hal bersama si suami, serta bermusyawarah dengannya. Banyak kaum lelaki yang masih berfikiran bahawa "bermusyawarah dengan wanita hanya akan merobohkan rumah tangga." Biasa jadi hal ini ada benarnya untuk sebahagian kaum wanita. Akan tetapi, ada sebahagian kaum wanita atau isteri yang bila diajak bermusyawarah, maka akal fikiran atau pendapatnya akan seperti memecahkan sekian banyak masalah yang dihadapi. Rasulullah SAW pun tidak segan untuk meminta pendapat isterinya. Jadi... jangan segan untuk mencontohi Rasulullah SAW dalam masalah ini. Setuju?

Sumber: Agar Isteri Makin Sayang
The best way to know you can do, it is to start to do it.
Forget about the doubts for a moment, and take one small step forward.
Much of the difficulty in any effort is in your own reluctance to undertake it.
Drop your reluctance, and make the effort effortless.

Islam Membenci Pembaziran

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.”

- Riwayat Bukhari


Huraian:-

1. Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan.

2. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan.

3. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Adakah Penama Akaun Tabung Haji Penerima Wasiat?

Soalan:-

Saya ada menyimpan di Tabung Haji dan telah menamakan anak sebagai pewaris pertama dan isteri sebgai pewaris kedua.

Soalannya, selepas kematian, wang tabung haji adakah perlu difaraidkan walaupun ada penama?

Jawapan:

- “Borang Pemegang Amanah” yang diisikan padanya dua nama pewaris BUKAN sebuah wasiat. Oleh itu pewaris yang diletakkan sebagai penama dalam “Borang Pemegang Amanah” Tabung Haji, BUKAN penerima wasiat. Penama hanyalah ‘pemegang amanah’.

- Maka, Penama tidak mempunyai hak mutlak ke atas wang yang diterimanya. Ia mesti dibahagikan menurut hukum faraidh.

- Tujuan borang tersebut ialah bagi membolehkan Tabung Haji mengeluarkan wang pendeposit yang meninggal dunia kepada pemegang amanah yang dinamakan dengan cepat untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Friday, June 19, 2009

Islam Dan Kasih Sayang

Hadis-hadis Rasulullah SAW :-

1. “Amal perbuatan yang paling disukai ALLAH sesudah yang fardhu (wajib) ialah memasukkan kesenangan ke dalam hati seorang muslim.” (HR. Ath-Thabrani)

Hadis ini bermaksud, seorang muslim hendaknya menyenangkan hati sesama saudaranya. Menyenangkan hati mempunyai makna yang luas, dan termasuk di dalam bentuk kasih sayang.


2. “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya.” (HR. Bukhari)

Jika kita menyayangi seseorang, maka kita akan berusaha untuk menghalangi (atau memperbaiki) aibnya.


3. “Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, iaitu berzikir kepada ALLAH dalam segala situasi dan kondisi, saling menyedarkan (menasihati) satu sama lain, dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan).” (HR. Ad-Dailami)

Menyantuni (memberi pertolongan) saudara-saudara yang memerlukan, jelas sekali bukti bahawa Islam itu mengajarkan kasih sayang.


4. “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya).” (HR. Muslim)

Salah satu bentuk kasih sayang adalah tidak ingin mengecewakan orang yang kita cintai dan sayangi.


5. “Tiada beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya sebagaimana yang dia cintai bagi dirinya.” (HR. Bukhari)

Ini adalah hadis yang sudah sedemikian terkenal, dan SANGATLAH JELAS bahwa Islam mengajarkan kasih sayang!


6. “Perumpamaan orang-orang yang beriman di dalam saling cinta kasih dan belas kasih seperti satu tubuh. Apabila kepala mengeluh (pusing) maka seluruh tubuh tidak boleh tidur dan demam.” (HR. Muslim)

Ini juga salah satu hadis yang seringkali dijadikan sandaran bahawa Islam mengajarkan kasih sayang.


7. “Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.” (Al Isra(17):24)

Ayat Al Qur’an ini menjelaskan tentang kasih sayang kita kepada orang tua kita.


8. “Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan ALLAH, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nuur(24):22)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang yang diberi kelebihan (terutama di bidang material) hendaknya membantu saudara-saudaranya yang kekurangan.
Every weakness you've ever known can be a source of strength the moment you decide to overcome it. You have more knowledge, more experience, and more wisdom today than you've ever had before. Make it count. Make it happen. Make it so.

Adab-Adab Membaca Al-Fatihah

Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.

Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah SWT dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.

1. Ketika kita membaca ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.

Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”

2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.

3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.

4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.

5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.

Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.

6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.

7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecenderungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.

Sumber:
Rahsia Khusyu’ Dalam Sembahyang- Mustafa Suhaimi

Thursday, June 18, 2009

Doa Tidak Termakbul Di Simpan Di Akhirat

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

2. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

Choose Your World

When the going gets tough, smile. And know that you have what it takes to make it through.

When stress and tension and confusion surround you, relax. Select a specific challenge, deal with it, and then move calmly and confidently to the next.

If you're being pulled in every direction by forces beyond your control, take time to remember what you value most. Focus on what's important to you, and you'll naturally move toward it.

There will be times when it seems that your dreams are slipping away. Remind yourself once again why you follow those dreams, and you will bring them back to life.

Choose not to live in a world that's overwhelmed with problems. Choose instead to live in a world that is overflowing with positive possibilities.

On the surface, life can often seem tumultuous and incomprehensible. Yet deep inside, where it truly matters, life is the way you see it and becomes what you choose to make it.