Friday, June 5, 2009

Angin Keluar Dari Vagina

Soalan:-

Saya ada membaca fatwa ulama’ di Arab Saudi mengenai kenajisan vaginal secretion. Menurut Shaikh ibn Uthaimeen, dalam buku ‘Islamic Fatwa Regarding Women’ keluaran Darussalam (ms 72-73), vaginal secretion (disebut secretion from uterus) bukanlah najis, tetapi keluarnya membatalkan wudhu’. Bagaimana pula jika angin keluar dari vagina? Adakah ia membatalkan wudhu’ seperti kentut? Kerana pada sesetengah wanita, ia kerap berlaku, dan uncontrollable.

Jawapan:

Angin dari vagina (faraj) juga adalah termasuk dalam istilah feqah sebagai keluar sesuatu dari dua saluran kemaluan. Saya tidak pernah jumpa dalam mana-mana kitab feqah yang ada menyebut perihal angin dari faraj. Maka saya yakin ia dimasukkan dalam keumuman "apa jua yang keluar dari jalan" (Ibn Rusyd, Bidaya alMujtahid 1/1/26). Maka ia membatalkan wudhu’.

sekian

2 comments:

  1. salam..mcm mane bg yang kerap keluar..x kan nak amik wudu bnyak kali bg yg krp keluar..mohon maaf jika tersialp

    ReplyDelete
  2. salam kepada yang bertanya.. saya telah membuat semakan tentang tajuk yang puan tanyakan ini. sila rujuk artikel bertarikh 3hb Nov 2009. mungkin dapat membantu. tapi sebaiknya saya syorkan untuk bertanya lebih lanjut kepada ustazah bertauliah. terima kasih.

    ReplyDelete