Friday, June 5, 2009

Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama

Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya: "Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata: "Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?” Jawab Rasulullah SAW, "Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.”

- (Muslim)

Huraian:-

1. Di dalam Islam, SUAMI dan IBU mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.

3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

No comments:

Post a Comment