Soalan:
Seorang lelaki akan bermusafir dengan menaiki kapal terbang ke Jepun memakan masa selama 12 jam. Bagaimana dia hendak mengetahui waktu-waktu solat, sedangkan dia diudara?
Jawapan:
Orang yang bermusafir dengan kapalterbang, dia menunaikan solat apabila telah masuk waktu solat. Bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh dia mungkin dapat mengetahuinya dengan melihat, iaitu apabila tenggelamnya matahari, maka masuklah waktu Maghrib; apabila hilang cahaya merah, maka masuklah waktu Isyak; dan apabila terbitnya matahari, maka masuklah waktu Subuh.
Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh ditunaikan dengan berijtihad dan berusaha mencari (untuk mengetahui masuknya waktu) , apabila anda dapat mengetahui waktunya di Negara yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah anda solat, ini kerana waktu anda berada di atas (di dalam kapalterbang) tidak sama seperti waktu di bumi.
Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samada jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten kapalterbang, kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, maka dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, kemudian dia solat, maka solatnya sah, melainkan apabila jelas padanya (selepas itu) dia solat sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya, jika tidak ada apa-apa, maka tidak mengapa.
wallahu a’lam.
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment