Thursday, June 11, 2009

Hukum Mengucapkan “Sadaqallahul Adzim” Ketika Selesai Membaca AlQuran

Soalan:-

1. Apa hukum mengucapkan “sadaqallahul azhim” setelah selesai membaca Al-Qur’an?

2. Saya sering mendengar bahawa mengucapkan “sadaqallahul azhim" ketika selesai membaca Al-Qur’an adalah perbuatan bid’ah. Namun sebahagian orang yang mengatakan bahawa itu boleh, mereka berdalih dengan firman Allah SWT:-

Ertinya : "Katakanlah : ‘Benarlah (apa yang difirmankan) Allah” - (Ali-Imran : 95)

Kemudian dari itu, sebahagian orang terpelajar mengatakan kepada saya, bahawa apabila Nabi s.a.w. hendak menghentikan bacaan Al-Qur’an seseorang, beliau mengatakan, “cukup” dan beliau tidak mengatakan, "sadaqallahul azhim”. Pertanyaan saya : Apakah ucapan “sadaqallahul azhim” dibolehkan setelah selesai membaca Al-Qur’an Karim?

Jawapan:-

1. Ucapan, “Sadaqallahul ‘azhim” setelah membaca Al Qur’an adalah bid’ah, kerana Nabi s.a.w. tidak pernah melakukannya, demikian juga para khulafa’ur rasyidin, seluruh sahabat r.a. dan imam para salafus shalih, padahal mereka banyak membaca Al Qur’an, sangat memelihara dan mengetahui benar masalahnya. Jadi, mengucapkannya dan mendawamkan pengucapannya setiap kali selesai membaca Al Qur’an adalah perbuatan bid’ah yang diada – adakan.

Telah diriwayatkan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa beliau bersabda,
“Ertinya : Barangsiapa membuat suatu yang baru di dalam urusan kami (dalam Islam) yang tidak terdapat (tuntutan) padanya, maka ia tertolak” - (Hadits Riwayat Bukhari dalam Ash Shulh (2697) dan Muslim dalam Al Aqdhiyah(1718))

- (Fatawa Al Lajnah Ad Da’imah, fatwa no. 3303)


2. Ramai orang terbiasa mengucapkan, “Sadaqallahul ‘azhim” ketika selesai membaca al Qur’an, padahal ini asalnya tidak ada, maka tidak boleh dibiasakan. Bahkan menurut kaedah syar’iyah, hal ini termasuk bid’ah bila yang mengucapkan berkeyakinan bahawa hal ini sunnah. Maka hendaklah ditinggalkan dan tidak membiasakannya kerana tidak adanya dalil yang menunjukkannya.

Adapun firman Allah SWT:- “Ertinya : Katakanlah, ‘Benarlah (apa yang difirmankan) Allah” - (Ali Imran : 95). Bukan mengenai masalah ini, tapi merupakan perintah Allah Ta’ala untuk menjelaskan kepada manusia bahawa apa yang difirmankan Allah SWT itu benar yaitu yang disebutkan di dalam kitab – kitabNya yang agung yakni Taurat dan lainnya, dan bahawa Allah SWT itu Maha Benar dalam ucapanNya terhadap para hambaNya di dalam kitabNya yang agung, Al Qur’an.

Tetapi ayat ini bukan dalil yang menunjukkan sunnahnya mengucapkan, “Sadaqallah” setelah selesai membaca al Qur’an atau membaca beberapa ayatnya atau membaca salah satu suratnya, kerana hal ini tidak pernah ditetapkan dan tidak pernah dikenal daripada Nabi s.a.w. dan tidak pula daripada para sahabat r.a.

Ketika Ibnu Mas’ud r.a. membaca awal Surat An-Nisa di hadapan Nabi s.a.w. hingga sampai pada ayat, “Ertinya : Maka bagaimanakah (halnya orang – orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi dari tiap – tiap umat dan Kami mendatangkan kamu” (Hai Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu” - (An Nisaa’ : 41), beliau berkata pada Ibnu Mas’ud, “cukup".

Ibnu Mas’ud menceritakan, “Lalu aku menoleh kepada beliau, ternyata matanya meneteskan air mata” - (Hadits Riwayat Al-Bukhari no. 5050)

Maksudnya, bahawa beliau menangis saat disebutkannya kedudukan yang agung itu pada hari Kiamat kelak, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat tadi; yaitu terhadap umat beliau.

Dan sejauh yang kami ketahui, tidak ada seorang ahlul ilmu pun yang menukil dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa dia mengucapkan “sadaqallahul azhim” ketika Nabi s.a.w. mengatakan, “cukup”.

Maksudnya, bahawa, mengakhiri bacaan Al-Qur’an dengan ucapan “sadaqallahu azhim” tidak ada asalnya dalam syari’at yang suci. Tapi jika seorang melakukannya sekali-kali kerana keperluan, maka tidak apa-apa.

(Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah, Syaikh Ibnu Baz (7/329-331)
(Disalin dari kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, Edisi Indonesia Fatwa – Fatwa Terkini Jilid 2, Penyusun : Syaikh Khalid al Juraisiy, Penerbit Darul Haq, Jakarta, Cetakan Pertama, Dzulhijjah 1424 H/Februari 2004 M)

No comments:

Post a Comment