Soalan:
Saya ingin bertanya adakah hadis ini sahih atau ia boleh diamalkan?
RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
terima kasih
--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan :
Al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :
- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.
Berkata Ibn Daqiq Al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”
Dr. Abdul Wahab pula berkata :
“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”
wallahu a’lam
Saturday, June 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pd saya, tiada masalah untuk memotong kuku pada hari apa pun. kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.kalau kuku dh panjang hari isnin, x elok rasanya nk simpan smpai hari jumaat.jd,potong shj utk kebersihan.
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat anda, Aboifiro. Terima kasih singgah ke blog.
Delete