RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH
1. Niat - "Sahaja aku sembahyang mayat lelaki/perempuan/kanak-kanak lelaki/perempuan, empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Ta'ala"
2. Berdiri bagi yang berkuasa
3. Takbir 4 kali termasuk takbirratul ihram.
4. Membaca Fatihah.
5. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.
6. Membaca doa yang khusus untuk si mayat selepas takbir yang ketiga
7. Memberi salam.
PERKARA SUNAT YANG MESTI DILAKUKAN TERHADAP JENAZAH
1. Pejamkan kedua-kedua matanya dan ikatkan dagu supaya mulutnya tidak dimasuki serangga.
2. Lipatkan kedua tangannya di atas dada dengan tangan kanan di atas tangan kiri ataupun luruskan kedua-dua tangannya ke bawah.
3. Tutup seluruh tubuhnya dengan kain yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
4. Ahli keluarga dan juga warisnya hendaklah membayar segala hutang piutang simati sama ada dengan harta peninggalannya atau dari pertolongan ahli keluarga.
5. Memberitahu kepada orang ramai supaya mereka yang datang itu dapat menyembahyangkannya secara beramai-ramai.
6. Letakkan sesuatu yang berat di atas perut si mati agar perutnya tidak kembung.
BARANG-BARANG KEPERLUAN JENAZAH
1. 24 ela kain putih - bergantung pada keadaan mayat.
2. 2 bandai kapas - bergantung pada keadaan mayat.
3. 1 bungkus serbuk kapur barus atau 5 ketul kapur barus.
4. 1 botol air mawar.
5. 1 bungkus serbuk cendana atau 5 ketul cendana.
6. 1 botol minyak atar yang sederhana.
7. Sekeping tikar berukuran 6 x 5 kaki.
8. Seketul sabun mandi.
9. Satu bekas air yang sederhana bagi menyiramnya selepas bacaan talkin.
10. Sepasang batu nisan.
ORANG YANG LEBIH UTAMA MEMANDIKAN JENAZAH
1. Lebih afdal orang yang paling hampir dengan simati atau kaum keluarga yang terdekat.
2. Seorang suami boleh memandikan isterinya begitu juga sebaliknya.
3. Mayat kanak-kanak lelaki atau perempuan yang belum baligh boleh dimandikan oleh orang lelaki dan perempuan.
4. Mayat yang tidak bersifat lelaki atau perempuan yang telah dewasa hendaklah dimandikan oleh kaum keluarganya yang terdekat sama ada lelaki atau perempuan. Jika tidak ada maka bolehlah dimandikan oleh orang lain sama ada lelaki atau perempuan.
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment