Soalan:-
Sebahagian dari kita pernah mendengar cakap-cakap "dia terkena ain.." Apakah ain itu? Apakah ia benar-benar wujud? Bagaimana cara mengubatinya? Contohnya apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji2 kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan 'masya-Allah', maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur. atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kpdnya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah, kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati.
Jawapan:-
Menurut Panel Feqh al-ahkam.net, ustaz Abu Umair :-
Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
Dalam hadis Musnad Ahmad "Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam". (no: 9668)
Oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan. sebagaimana saranan al-Quran: "Dan mengapakah tidak apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata: Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah". (Al-Kahfi ayat 39.)
Ustaz Abu Umair menegaskan bahawa al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis seperti kisah Sahl bin Hunaif , dan lain2 iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu. Menurut beliau, cara pengubatan ini ada ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
Selain dari itu, ain juga boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih bukhari dan Muslim.
Dan dalam hadis lain "Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa". Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).
Wallahu A'lam
Monday, June 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment