Wednesday, May 20, 2009

Mengapa bacaan di dalam solat pada waktu Zohor dan Asar perlahan, manakala Maghrib,Isyak dan Subuh dikuatkan?

Firman Allah Taala: "Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya." (al-Isra':110)

Selepas turun ayat ini, maka Rasulullah s.a.w. merendahkan bacaan baginda di dalam solat Zohor dan Asar, kerana baginda khuatir akan ejekan dan cemuhan kaum musyrikin.

Manakala di dalam solat Maghrib baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu kaum musyrikin sedang sibuk makan.

Di dalam solat Isyak dan Subuh, baginda mengeraskan bacaan kerana ketika itu mereka sedang nyenyak tidur.

Peristiwa di atas adalah ketika permulaan dakwah Islam, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari kaum musyrikin.

Manakala di dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya, bacaan dikeraskan kerana dua solat ini disyariatkan setelah berada di Madinah. Ketika itu kekuatan kaum musyrikin sudah kian lemah. Islam sudah mempunyai kekuatannya.

Walaupun keadaan sekarang berbeza dengan keadaan semasa permulaan Islam dahulu, namun hukum ini tetap berjalan sehingga bila-bila. Itu termasuk sunnah perbuatan Rasulullah s.a.w. (sunnah fi'liyyah). Juga sebagai memperingati sejarah awal penyebaran Islam dan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melepaskan kaum muslimin pertama di Makkah dari penderitaan dan kemudian memberi kemenangan dan kekuatan kepada mereka.

Sekian, wallahu'alam.

2 comments:

  1. salam... tima ksh krn adanya info ini... sy sdh lama trtanya2... :)

    ReplyDelete
  2. Sama2, finazhanim.

    terima kasih singgah ke blog saya.

    ReplyDelete