105. SURAH AL-FIIL (5 ayat) – ‘GAJAH’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Al-Fiil adalah surah yang ke 105 di dalam Al Quran yang bererti gajah. Allah SWT menceritakan peristiwa angkatan tentera yang ketuanya berkenderaan gajah melanggar Makkah lalu hendak meruntuhkan Baitullah. Tetapi maksudnya tidak berjaya kerana niat jahatnya terhadap makhluk yang dipelihara kehormatannya.
Terjemahannya:
1.Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
2.Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
3.Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan,
4.Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras
5.Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Fadilatnya:-
1. Sesiapa yang dizalimi orang, buat solat Tahajjud atau Hajat di tengah malam. Selepas membaca Al Fatihah pada rakaat pertama, baca surah Al-Fiil 40 kali dan pada rakaat kedua, baca surah Al Kaafiruun 1x.
2. Untuk tertunainya hajat, bacalah surah Al-Fiil 20 kali sehari selama 7 hari. InsyaAllah termakbul.
3. Baca surah Al-Fiil 1000 kali setiap hari selama 40 hari untuk memudahkan mendapat rezeki.
4. Kalau ingin dicintai oleh suami/isteri, baca surah ini 170 kali dan tiupkan kepada gula-gula atau minyak wangi. Setelah itu berikan gula-gula itu untuk dimakan atau minyak wangi itu agar tercium oleh dia.
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment