Friday, January 23, 2009

SURAH AL-HIJR

15. SURAH AL-HIJR (99 ayat) – ‘NAMA SEBUAH TEMPAT DI UTARA MADINAH (KOTA KAUM TSAMUD)’’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al Hijr adalah surah ke-15 dan mempunyai 99 ayat. Ia diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pergunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pergunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80 hingga 84 yang telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Soleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah SWT. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Kepastian nasib suatu bangsa hanya di tangan Allah SWT; Allah SWT menjamin kemurnian Al Quran sepanjang masa; alam malaikat (langit) sentiasa dipelihara daripada syaitan; kadar rezeki yang diberikan kepada manusia sesuai dengan hikmah kebijaksanaan Allah SWT; Allah SWT memelihara hambaNya yang mendapat taufiq dan hidayah daripada godaan syaitan; Allah SWT di samping bersifat pengampun dan penyayang juga mengazab orang-orang yang ingkar; manusia dihimpun pada hari kiamat.

2. HUKUM HAKAM: Larangan terhadap homoseksual; kewajipan melakukan ibadah seumur hidup; larangan menginginkan harta orang kafir; perintah kepada Nabi Muhammad SAW agar melakukan dakwah secara terang-terangan; larangan berputus asa terhadap rahmat Allah SWT.
3. KISAH-KISAH: Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kaum Syuaib dan kaum Soleh a.s. (Tsamud).

4. LAIN-LAIN: Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah SWT; kejadian alam dan isinya mengandungi seribu satu hikmah; asal kejadian Nabi Adam a.s.

FADILATNYA:-

1. Membaca ayat 97-99 ke atas perempuan yang selalu keguguran, kandungannya akan terselamat.

No comments:

Post a Comment