Monday, January 26, 2009

SURAH AZ-ZUMAR

39. SURAH AZ-ZUMAR (75 ayat) – ‘ROMBONGAN-ROMBONGAN’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Az-Zumar mengandungi 75 ayat. Dinamakan surah "Az-Zumar" (Kumpulan manusia yang berpasuk-pasuk), kerana pada ayat- ayat 71-73 ada disebutkan perihal orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir yang dibawa "berpasuk-pasuk" untuk menerima balasan masing-masing.

POKOK-POKOK ISINYA:

Sebahagian besar di antaranya memperkatakan soal tauhid dengan berbagai cara, supaya dapat meresap dan bertapak di hati, disertakan dengan pengajaran-pengajaran dan tamsil-ibarat yang menyedarkan hati untuk menerima dan mematuhinya.

Kemudian diterangkan perihal orang-orang yang beriman yang berusaha mendengar perkataan- perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama). Mereka itulah yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah SWT, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Kemudian Allah Taala menegaskan tentang Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya tentang benarnya dan indahnya, dan yang berulang-ulang keterangan-keterangannya dengan berbagai cara. Dengan mendengar dan membacanya: kulit badan orang-orang yang takut melanggar perintah Allah SWT menjadi seram kemudian kulit badan orang itu menjadi lembut serta tenang tenteram hatinya menerima ajarannya.

Golongan-golongan yang melampaui batas dengan perbuatan-perbuatan maksiat diseru supaya mereka jangan berputus asa dari rahmat Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa (kecuali dosa syirik). Kemudian diseru supaya mereka segera bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada Allah SWT sebelum mereka ditimpa azab, kerana sesudah itu tidak akan diberikan pertolongan. Surah ini diakhiri dengan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari akhirat dan balasan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang ingkar.

FADILATNYA:-

1. Ayat 38 adalah doa bertawakal kepada Allah SWT. Amalkan doa ini setiap pagi dan petang , sebaiknya baca 7 kali dengan yakin.


"...“Memadailah bagiku Allah sahaja!" Kepada-Nyalah bertawakal orang-orang yang berserah diri.”

No comments:

Post a Comment